Sebalik tabir: Dr Hassan jadi sasaran

October 31st, 2009

Sebalik tabir: Dr Hassan jadi sasaran
Jimadie Shah Othman
Okt 30, 09
12:25pm

 

kemaskini 7.32pm Tindakan menyeret PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin belum dapat meredakan konflik dalaman apabila komen-komen negatif berhubung perjalanan mesyuarat khas parti itu kelmarin mula tersebar.

Beberapa blog yang mengamat perkembangan PAS menggambarkan seolah-olah terdapat sesuatu yang tidak kena dalam mesyuarat panjang sehingga jam 1 pagi di kalangan anggota-anggota jawatankuasa pusat dan barisan pesuruhjaya negerinya.

Penulis politik Mohd Sayuti Omar berkata mesyuarat khas PAS itu memberikan fokus kepada exco kerajaan Selangor, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Hassan Ali.

Katanya, ada cadangan meminta Dr Hasan dipecat daripada mengetuai PAS negeri dan juga exco hal-ehwal Islam kerajaan negeri.

“Alasannya, kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno.

“Bagaimanapun (presiden PAS Datuk Seri) Abdul Hadi (Awang) dikatakan telah mempertahankan Dr Hassan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat,” tulisnya di blog peribadi Merah Tinta sejurus selepas tamat mesyuarat itu.

“Alasan Abdul Hadi, kalau ada tuduhan, penyiasatan perlu dilakukan.

“Sehubungan itu jawatankuasa disiplin PAS yang diketuai (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man akan menjalankan siasatan ke atas Dr Hassan bersama ahli jawatankuasanya.”

Sumber-sumber dalaman PAS, yang hadir dalam pertemuan itu, memberitahu Malaysiakini, mesyuarat tersebut sebenarnya memutuskan hanya Dr Hassan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin, bukannya seluruh barisan kepemimpinan PAS Selangor.

“(Keputusannya) ada lain sikit (daripada kenyataan Abdul Hadi). Dr Hassan yang dihadapkan ke jawatankuasa dispilin, bukan PAS Selangor,” kata satu sumber.

Sementara satu lagi sumber berkata, walaupun presiden menyebut PAS Selangor akan disiasat, ia ditujukan kepada Dr Hassan, seperti diputuskan dalam mesyuarat.

“Bila (beliau) kata PAS Selangor, maksudnya Dr Hassanlah, sebab dia pesuruhjayanya,” jelas sumber.

Sumber sama juga mengesahkan terdapat cadangan supaya Dr Hassan dipecat daripada mengetuai PAS Selangor, tetapi menafikan Abdul Hadi mempertahankannya.

Tiga lagi pemimpin PAS ketika dihubungi enggan mendedahkan butiran mesyuarat panjang tersebut.

Sementara blog Malaysian Waves pula mendakwa sebanyak 75 peratus ahli mesyuarat pada malam itu mahukan Dr Hassan digugurkan daripada jawatan pesuruhjaya PAS Selangor.

“Namun, permintaan majoriti ahli jawatankuasa pusat PAS ditolak begitu sahaja dan dibuat pengumuman bahawa keseluruhan PAS Selangor akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin,” tulis Tulang Besi, penulis blog yang sering mendedahkan konflik dalaman parti.

“Keputusan yang diumumkan oleh Tuan Guru Presiden malam tadi bukan keputusan yang dipersetujui oleh para ahli jawatankuasa pusat PAS.

“75 peratus daripada keseluruhan ahli jawatankuasa yang hadir bercakap dan hanya Cikgu Pa (setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali) serta Datuk Abu Bakar Chik sahaja yang menyokong Dr Hassan.

“Yang lebih menyedihkan apabila Tok Guru (mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang membentangkan tulisan beliau dalam blog beliau jelas tidak mahu berganjak daripada apa yang dituliskan oleh beliau.

“Yakni, jelas beliau mahu ketiga-tiga yang dinamakan dalam blog beliau dibuang.”

Selain Dr Hassan dan Mustafa, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa juga disebut di Blog Tok Guru yang dianggap antara “beberapa kerat pemimpin bermasalah.”

Kesemua sumber enggan mendedahkan jumlah sokongan terhadap pemecatan Dr Hassan sebagai pesuruhjaya Selangor.

Berhubung dakwaan Nik Aziz berkeras mahu PAS menggugurkan tiga pemimpin kontroversinya itu, Malaysiakini difahamkan perkara itu “tidak benar”.

“Kita bincang banyak pasal EGM (muktamar khas). Nama Dr Hassan itu muncul sebab berkait keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang yang ditulis (pensyarah Universiti Islam Antarabangsa) Dr Aziz Bari.

“Tetapi perkara ini agenda nombor tiga, nombor empat,” kata sumber.

Kesemua lima pemimpin PAS - daripada kedua-dua pihak, sama ada dianggap pro-kerajaan perpaduan dan juga “kumpulan Erdogan” - yang dihubungi enggan nama mereka didedahkan.

Sementara itu, sumber-sumber lain memberitahu, terdapat ahli jawatankuasa mesyuarat tersebut membawa surat yang mempertikaikan tindak-tanduk Dr Hassan di Selangor – yang didakwa diserahkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Turut diserahkan kepada mesyuarat itu, rakaman audio perbualan dalam pertemuan sekumpulan penulis blog – sebahagiannya didakwa dekat dengan Umno – bersama Dr Hassan dan Nasharuddin, tambah sumber.

Bagaimanapun, seorang pemimpin PAS yang hadir dalam mesyuarat itu menafikannya kewujudan surat dan rakaman suara itu.

“Kita dalam PAS tidak sampai buat tindakan macam itu sekali,” jelasnya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, lembaga disiplin PAS akan bertemu buat pertama kalinya esok mulai jam 10.30 pagi, kata Tuan Ibrahim kepada media rasmi parti Harakahdaily.net hari ini.

Tidak ada sidang media atau kenyataan berkaitan perkara tersebut sehinggalah keputusan diserahkan kepada jawatankuasa pusat, tambahnya.

“Kami akan bermesyuarat esok dan akan melihat dokumen-dokumen yang ada sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut,” Tuan Ibrahim dipetik berkata.

Lembaga ini dilaporkan mempunyai lima anggota termasuk beliau. yang terdiri daripada peguam, tokoh agama dan anggota veteran PAS.

Menurutnya lagi, beliau telah menerima beberapa dokumen yang disampaikan kepada beliau, termasuk daripada presiden dan setiausaha agung.

Lembaga disiplin akan meneliti segala dokumen itu sama ada ia bertentangan dengan disiplin atau ia hanya ijtihad peribadi individu.

Posted in Uncategorized | Comments (0)

Nizar Desak Hishammuddin Dan Musa Letak Jawatan

October 31st, 2009

Berita Penuh

Nizar Desak Hishammuddin Dan Musa Letak Jawatan

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan.

Menurutnya Hishammuddin dan Musa gagal menunaikan janji bagi memastikan keselamatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bersindang di DUN termasuk ADUN Pakatan Rakyat terjamin.

Katanya, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila polis bertindak kasar ke atas ADUN Pakatan Rakyat terutamanya Speaker Dewan, V. Sivakumar sehingga dicekik.

 “Sebabnya dia berjanji bahawa anggota polis akan menjaga keselamatan seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk Pakatan Rakyat di ipoh masa persidangan 28 hari bulan. Tetapi apa yang berlaku di tempat letak kereta itu adalah disebaliknya.

“Bukan hanya di tempat letak kereta bahkan di tempat hendak masuk Dwan Undangan Negeri pun kami dikasari sehingga YB Sivakumat dicekik dan dihimpit kumpulannya untuk merampas jubahnya sehinga koyak rabak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan ganas polis terhadap ADUN Pakatan Rakyat 28 oktober lalu.

Polis bertindak ganas dengan mengasari ADUN Pakatan Rakyat bagi menghalang mereka memasuki Dewan.

Polis turut mengasari Speaker Dewan, V. Sivakumar dengan mencekik beliau bagi merampas jubah yang dipakainya mengakibatkan jubah berkenaan koyak rabak.

Nizar berkata, pihaknya mempunyai bukti berhubung tindakan ganas polis yang mencekik Sivakumar.

Katanya, institusi polis tercemar kerana diperalat Umno-Barisan Nasional.

 “Saya minta apa yang dinyatakan polis akan menjaga keselamatan, polis tidak akan menggunakan kekasaran. Tetapi apa yang berlaku mereka terlalu kasar dengan kami.
Mereka cuba merampas jubah Sivakumar itu sebabnya saya menyatakan dia tidak pegang kepada apa yang dinyatakan, dia kena berhenti  termasuk Ketua polis Negara sekali.

 “Ini mencemarkan institusi polis setelah mereka diperalat Umno-Barisan Nasional, tiba-tiba apa yang dijanjikan tidak berlaku dan polis cukup

Posted in Uncategorized | Comments (0)

Helang Club family day 2009

May 28th, 2009

Dear All, (yang terpilih)
Helang Club akan mengadakan reunion family day 2009 pada 28.06.2009 hingga 28.06.2009.
Di Desaru Damai Beach Resort, Kota Tinggi..
Bayaran sekeluarga - RM 325.00
Bayaran bujang - RM 135.00 (Seorang)
Sila buat pengesahan sebelum 31.05.2009 dan senaraikan isteri/suami & anak2 yg  pergi bersama umur (please reply)
Bayaran deposit diperlukan sebanyak RM 200.00 dan bujang RM 100.00 sahaja..
bayaran boleh di serahkan kepada saya.
Bayaran akhir ialah pada 06.06.09 sebelum pukul 12.00 tengah hari
Terima kasih.
Best Regards,
Salihan Bin Ahmad
019 7988738

Posted in Uncategorized | Comments (0)

Catatan Hati Nik Nur Madihah

April 17th, 2009

semalam tgk MHI..

ada promosi buku Catatan Hati Nik Nur Madihah..di terbitkan oleh Hijjaz Group dan di tulis oleh Ummu Hani ..tahniah utk ummu hani sbb boleh siapkan buku ni dlm masa 3 hari jer..

tak sabar nak baca buku ni..semalam juga order buku ni dari Ummu Hani..hopefully boleh laa dpt dlm masa terdekat ni..

mendengar kisah Nik Nur Madihah hingga menitiskan air mata..kagum dgn ketabahan dia..kagum dengan ketaqwaan dia..

malu dgn diri sendiri jika nak dibandingkan dgn diri dia…perbezaan umur tidak akan membezakan kematangan dan keimanan seseorang itu..Madihah memang layak atas segala kejayaan yang diperolehinya..dan laa petah berbicara..

ni sedikit kata2 Madihah yang tersentuh dek hati kecil ni..

kalau nak ikutkan..memang selalu menangis..kadang2 tu ada juga rasa putus asa..kena kuatkan semangat untuk melepaskan keluarga dari kesusahan..segala pengharapan diluahkan kepada yang Maha Esa, Dia pasti mendengar..Hadirkan hati ketika berdoa dan ikhlas…YAKIN lah..InsyaAllah..

banyakkan puasa isnin khamis..bukan untuk menahan lapar..ianya ibadah sunnat..banyakkan juga solat malam..masa ni lah kita nak mengadu segalanya kepada Allah…

dan kata2 seorang ayah Nik Kamal (ayah madihah)
tanamkan rasa cinta pada anak-anak tentang agama dan ilmu pengetahuan..hanya ilmu pengetahuan dan agama akan menjadi panduan mereka..

dalam mencari rezeki..carilah rezeki yang HALAL dan HALAL…jauhi dari yang syubhah.. walau sedikit, insyaAllah ianya halal dan BERKAT..hanya rezeki yang berkat akan diberi kepada anak-anak dan ianya akan mengalir menjadi darah daging
yang berkat..

NIK NUR MADIHAH NIK KAMAL

PELAJAR SPM TERBAIK MALAYSIA- 20A

Posted in Uncategorized | Comments (0)

Kemelut Politik Perak Yang Melucukan…

April 17th, 2009

Kemelut politik di Perak tidak berkesudahan.Selepas episod rampas-merampas, rusuh-merusuh, derhaka tak derhaka, saman-menyaman akhirnya sampai kepada episod terakhir perbicaraan di mahkamah Persekutuan.

Apa yang melucukan, hantarlah seramai mana hakim,peguambela,peguamcara dalam menduduki perbicaraan sekali pun, keputusan sebenar sudah dapat dijangkakan.Speaker Perak Tak Layak, Speaker Perak Tak Berhak, Speaker Perak Tak Kebal dan bermacam-macam lagi alasan yang boleh direkacipta untuk memenangkan kerajaan Haram Perak.Walaupun di kalangan hakim-hakim yang bersidang sudah tentu ada yang telus dan jujur, tetapi ada tangan ghaib yang lebih berKuasa untuk memutuskan sebarang keputusan mahkamah yang bertindak sebagai ‘External Decision Maker’.Tunjuklah kitab-kitab Undang2 Tubuh Badan Perak sekalipun, keputusan sudah ada di tangan pemerintah dan rentetan perbicaraan hanyalah aksesori-aksesori tambahan untuk melengkapkan ceritera sahaja.

Walau apa pun, kita sebagai rakyat biasa, hanya dapat mengangguk dan menerima sahaja kerana tiada kuasa sedikit pun untuk men’takwil’ keputusan yang telah dibuat. Sekiranya difailkan rayuan sekalipun saya jamin 100% keputusannya tetap sama dan tidak berubah walau sebesar zarah pun.Apa yang pasti Menteri besar yang baru ini dan kuncu-kuncunya sedang mengejar dateline 13 Mei ini takut benar jika tidak dapat bersidang, terbubarlah DUN dan hilangkah kelayakan masing2 nanti..

Apa pun, saya cadangkan agar Gobind Singh (MP PKR) yang digantung dlam Dewan Rakyat baru2 ni cepat2lah failkan saman terhadap speaker yang menggantungnya dalam persidangan Parlimen tidak lama dulu..Kita tengok apakah speaker UMNO ini boleh dicabar dan tidak kebal sebagaimana Speaker Perak,Sivakumar dan meluluskan serta membolehkan Gobind Singh masuk semula ke Parlimen.Fikir-fikirkanlah

Posted in Uncategorized | Comments (0)

Calender 2008

July 2010
M T W T F S S
« Oct    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

JOIN FORUM

Join aic

AIC JOHOR

Photobucket

PAS FOR ALL

pas2u

Ezi Cookies

Corporate Hamper

Bebaskan Palestin!

Bebaskan Palestin!