2019 : Moga Allah Lorongkan Yang Baik-baik Sahaja

By | January 8, 2019

Selamat Tahun Baru 2019 semua ๐Ÿ™‚

Besar benar harapan dan doa saya agar 2019 ini , Allah lorongkan yang baik-baik sahaja untuk kedua-dua ibu bapa,suami ,anak-anak, adik-adik saya dan saya sendiri.

Tak ketinggalan juga buat anda yang sedang membaca ..In Sha Allah Amin Ya Rabb

2018 adalah tahun yang sukar buat saya secara peribadinya. Dalam banyak-banyak ujian, yang satu ini cukup untuk membuatkan saya rebah. Jatuh ke dalam lohong duka yang paling dalam, cukup dalam untuk membinasakan . Namun Allah itu Maha Penyayang . DiberiNya petunjuk demi petunjuk, dikurniakanNya seribu kudrat untuk bangun mendepani segala ujian itu dengan kuat demi sebuah kelangsungan kehidupan.

Sungguh kehidupan itu ada pahit manisnya. Tak kira derita atau bahagia, sebaik-baik pergantungan hanyalah padaNYA. Justeru itu jangan pernah pergi jauh dariNYA. Usah dipersoal mengapa hal-hal ini dan itu berlaku terhadap kita kerana Allah adalah sebaik -baik perencana. DIA lebih tahu apa sebenarnya yang terbaikย  dan apa yang selayaknya untuk kita hadapi.

Allah itu Maha Adil. Bersabarlah saat diuji. Akan ada sinar selepas kegelapan. Akan ada tawa selepas berakhirnya duka

2019 : Moga Allah lorongkan yang baik-baik sahaja

Amin

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada ๐Ÿ˜€ ). Jika sudi, follow saya sekali ye ๐Ÿ˜€ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me