TIPS CEGAH KETAGIHAN GULA

By | September 29, 2013

Sumber : Google Images

Teringat satu cadangan yang pernah dikeluarkan oleh seorang Menteri berkaitan naikkan harga gula demi mengurangkan subsidi gula  dan secara tak langsung membendung penyakit kencing manis @ diabetes yang kian menular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tak tahu nak diklasifikasikan dalam kategori apa saranan  orang besar ini …  😀 . Apapun biarlah, perkara sudah berlalu kan…

Hakikatnya bukan sedikit rakyat Malaysia yang ketagih gula. Makan nasi tak kira malam atau siang pasti bersulam air sirap, oren, bandung dan sebagainya. Itu tak termasuk sarapan pagi yang selalunya diserikan dengan teh tarik.

Kadang-kala apabila ke kedai runcit atau super market untuk mendapatkan barangan dapur, dapat dilihat ramai sungguh yang menjadikan minuman berkarbonat sebagai minuman wajib beli. Tak cukup dengan itu, jika ada anak-anak yang turut serta menemani mak bapa dalam sesi ‘belian borong’, maka ais krim akan jadi ‘saguhati’ untuk permata keluarga.

Bukan mengata,tapi hanya berkata-kata 😛 sebab yang buat semua tu termasuk juga Cik Kiah sendiri. Ayoyo …

So, bukannya masing-masing tak tahu yang pengambilan gula berlebihan hanya mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh badan. Apa kata kita semua pakat-pakat cuba tukar menu minuman wajib yang sebelum ni kepada ‘sky juice’ sahaja. Jimat dan menyihatkan.

Tips untuk dikongsi kali ini adalah tips cegah ketagihan gula, baik dalam kalangan orang dewasa mahupun kanak-kanak. Cakap memang lah mudah, tapi cubalah untuk berubah secara perlahan-lahan. Belum cuba belum tau kan ..

Tips Cegah Ketagihan Gula

  1. Elakkan membeli dan menyimpan terlalu banyak minuman bersirap @ kordial di rumah. Sediakan sekadar hanya untuk keperluan jika ada tetamu yang berkunjung.
  2. Jika sebelum ini anda banyak membeli gula pasir dan gula perang, cuba untuk kurangkan kepada sejenis sahaja. Dalam hal ini, gula perang pernah dikatakan sebagai lebih baik atau lebih sihat daripada gula pasir.
  3. Ketika lapar dan terasa ingin makan atau minum sesuatu yang manis, cuba gantikannya dengan buah seperti betik, kurma dan buah-buahan kering seperti  kismis gred tinggi. Makanan jenis ini lebih selamat kerana kandungan gula semulajadinya.
  4.  Minum banyak air kosong saat terasa inginkan minuman manis. Semua orang tahu, air kosong sangat baik untuk kesihatan.
  5. Gantikan ais krim dengan buah sejuk beku yang selalunya didatangkan dalam bentuk puri.
  6.  Amalkan 3 makanan harian utama  setiap hari yang menggabungkan karbohidrat kompleks dan lemak sihat. ** Makanan ini membantu untuk mengekalkan  paras gula dalam darah sepanjang hari yang tentu sahaja dapat mengurangkan ketagihan gula.
  7.  Kenyangkan perut anda terlebih dahulu ( pasti saja dengan menu yang sihat ) sebelum keluar rumah juga dapat mengurangkan risiko anda terlajak mengambil sejumlah makanan tinggi kandungan gula.
  8.  Tidur secukupnya, dapatkan matahari pagi dan banyakkan bersenam bagi mengurangkan keinginan terhadap gula. Selain itu banyakkan aktiviti riadah yang menyeronokkan serta secara tak langsung dapat membantu anda melupakan sebentar keinginan terhadap minuman dan makanan manis.
  9.  Belajar urus tekanan dengan betul. Ini kerana stress, kebimbangan dan gejala tekanan lain kerap mendorong seseorang mengambil sejumlah makanan dan minuman di luar kawalan diri.
  10. Tambahkan multi vitamin atau suplemen tambahan dalam rutin makan anda.

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

20 thoughts on “TIPS CEGAH KETAGIHAN GULA

  1. Mohd Shubhi

    Menteri kata naikkan harga gula, orang akan kurangkan gula. Saya kata boleh juga turunkan harga air supaya orang tambah air dalam gula…kuranglah manisnya. Hehe

    Reply
  2. Mizz Aiza

    setuju dengan semua tips di atas.. rumah aiza kalau beli guna 1kg tu boleh bertahan sampai 2-3 bulan sebab memang tak bancuh air manis.. kami sekelaurga selalu minum air kosong saja.. gula hanya kami gunakan jika membancuh air kepada tetamu yang datang atau sekadar penambah perisa di dalam masakan..

    Reply
  3. ajumohit

    stok minuman bergula memang sentiasa ada dirumah kak, skrg ni mmg dlm proses nak kurangkan gula dan garam tapi dugaan hebat melanda bila lapar itu datang, grrr tak bleh tahan hihihi

    Reply
  4. puteri kasih

    gula yang berlebihan memang tak elok untuk kesihatan, tapi kerana kemanisan rasanya ramai yang tak memikirkan tentang akibat jika terkena penyakit kencing manis

    Reply
  5. Hazmin Hamudin

    Memang bahaya ambik gula berlebihan ni. Tapi masalahnya kalau naikkan harga gula, makanan lain pun akan turut naik. Cuba guna pendekatan yang lain.

    Reply
  6. TehR

    punca utama ialah kerana tak ikut peraturan dan berlebih2an
    bukan kerana harga

    jom sama2 kita ikut peraturan untuk hidup sihat dan selamat
    dunia dan akhirat

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me