Tudung kanak-kanak
Tips Berbuka Puasa Dan Bersahur – Kongsi Macam2 Cerita

Tips Berbuka Puasa Dan Bersahur

Ramadhan datang lagi !

Sama seperti blogger lain, saya juga ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa bagi musim Ramadhan 1436H ni. Semoga kita sama-sama dapat menghayati maksud sebenar Ramadhan serta mempertingkatkan amal ibadat kita. Semoga diampunkan segala dosa kita dan membuka lembaran baru ke arah menjadi seorang Muslim yang lebih baik dari hari semalam.

Bulan penuh barakah ini juga merupakan bulan yang baik untuk ‘mengatur semula’ dan mendidik diri agar peka dengan corak pemakanan kita, supaya semuanya jadi lebih seimbang dan lebih sihat.

Jangan pula sebaliknya 🙂  Bulan Ramadhan jadi bulan makan-makan. Cukup sebulan, terpaksa berulang-alik ke hospital kerana dah ada darah tinggi, kencing manis atau kolesterol tinggi … Hai, susah jadinya kan.

Wah, bukan main skema Cik Kiah bercakap … walhal dia lah agaknya yang tak habis menyusun jadual bazar Ramadhan nak cari mee udang, laksam, sate bagai huhuhu 😀

Ok lah, untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang Ramadhan ini, ada tips berbuka puasa dan bersahur yang perlu diikuti. Semuanya bergantung juga kepada apa yang dimakan semasa berbuka dan bersahur. Bukannya apa, andai terlebih makan atau terlalu banyak makan pedas-pedas, nanti terganggu pula ibadat puasa. Ye lah kan… kalau dah cirit-birit, tentu letih badan sebab dah banyak kehilangan cecair.Apabila dah letih, macam mana pula nak berpuasa dan bertarawih malam nanti ..haa kan dah terganggu amal ibadat kita tu.

So, tak perlu nak ngomel-ngomel panjang lagi … jom apa kata sama-sama kita baca sedikit perkongsian tentang tips berbuka puasa dan bersahur . Baca saja tak memadai, tapi perlu diamalkan.

Oh ya, tips berbuka puasa dan bersahur ini juga sesuai sekali bagi mereka yang juga dalam proses berdiet atau menurunkan berat badan.

Tips Berbuka Puasa Dan Bersahur

Tips Ketika Berbuka Puasa

  • Semua orang tahu, afdal segera berbuka apabila masuk saja waktunya.
  • Makan kurma dahulu , tak kiralah Yusuf Taiyoob ke apa 😀
  • Ganti minuman manis dengan air kosong / air suam
  • Lebihkan serat sumber buah dan sayur-sayuran, sebagai ganti kuih-muih yang manis . Kuantiti dicadangkan antara 3-5 hidangan
  • Jangan abaikan sumber protein , namun saiz hidangan perlu disesuaikan
  • Hold on sekejap minuman berkafien seperti kopi dan teh kerana ia boleh mengganggu proses penyerapan nutrien dalam badan
  • Kurangkan makanan pedas. Uishh.. bab ni susah sikit lah, tapi perlu diikuti
  • Jauhi sama sekali makanan ringan dan berjeruk. Kandungan asid di dalamnya boleh mencetuskan ketidakhadaman dan ketidakselesaan usus setelah lama perut kosong tanpa makanan

Menu Cadangan :

  • 1-2 biji kurma
  • 1 cawan nasi putih
  • Air kosong atau jus buah yang ringan tanpa gula
  • Sayur-sayuran
  • Lauk-pauk kurang berlemak, dikukus atau dipanggang

Kredit: Kevinzahri.Com

Tips Ketika Bersahur

  • Jangan sesekali abaikan atau lewatkan sahur. Penting agar perut tidak dibiarkan kosong sebelum berakhirnya imsak
  • Ambil hidangan yang tidak terlalu berat.
  • Gantikan nasi dengan bijirin seperti oat, roti gandum penuh sebanyak 1-2 hidangan kerana makanan ini dapat membantu menahan rasa lapar sepanjang berpuasa
  • Kurangkan makanan pedas, berminyak dan berlemak
  • Banyakkan minum air kosong
  • 1 hidangan buah atau sayur-sayuran

Menu Cadangan :

Menu yang lebih kurang sama seperti menu berbuka. Ok, itu saja tips berbuka puasa dan bersahur. Kalau ada tips tambahan, sila sudi2 kongsikan yer ..

Sharing is caring !

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

2 Comments on "Tips Berbuka Puasa Dan Bersahur"

  1. Bandar bola wah ini resep sangat berguna buat buka puasa makasih atas info

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me