TIP MEMBERSIHKAN MATA DIMASUKI SAMPAH

By | June 27, 2013

Assalamualaikum & Salam Petang

Nampaknya petang atau malam aje lah yang ada ruang sikit untuk saya  update blog. Itu pun jika tiada aktiviti lain di tempat kerja. Ranking di Malaysia oleh Cik Alexa pun sudah mencanak-canak turun dari 2000 + ke 4000 ke atas .. 😐

Ok, entri yang ringkas sahaja petang ni. Tips membersihkan mata dimasuki sampah, habuk atau benda asing.

Biasanya kalau mata dimasuki sampah atau lain-lain objek kecil, mudah saja mengeluarkannya jika objek berkenaan terapung di permukaan mata putih. Tapi kadang-kadang anak-anak kita ni , pantang je terasa ada benda-benda asing dalam mata, belum sempat kita buka mulut, mereka sudah pun menenyeh-nenyeh mata tu hingga bengkak-bengkak. Bahaya jika terkena pada bahagian iris sebab ia boleh melukakannya.

Berikut ni adalah tips mudah yang boleh dilakukan dengan segera jika mata anak atau ahli keluarga lain dimasuki sampah. ( ** Keselamatan tanggungjawab sendiri ye …. saya hanya share apa yang saya tahu saja )

  1. Pastikan mangsa duduk tegak menghadap ke arah cahaya . Jangan biarkan mereka menggosok mata.
  2. Berdiri di belakang mereka lalu buka kelopak mata mangsa perlahan-lahan dan periksa setiap bahagian mata.
  3. Kalau didapati terdapat sampah atau benda asing, titiskan air atau eye-mo @ pencuci mata yang telah disteril untuk mengeluarkannya.
  4. Anda juga boleh gunakan bucu sapu tangan atau kapas kesat yang lembab secara berhati-hati untuk mengeluarkannya.
  5. Satu lagi cara ialah pejam celikkan mata yang dimasuki habuk atau sampah pada permukaan air bersih di kolah mandi atau dalam baldi.

Jika semua cara di atas, tak berhasil nampaknya anda perlulah berjumpa dengan doktor dengan segera. Tak boleh memandai-mandai sendiri takut nanti jadi cerita lain pula. Kat TESCO, GIANT hatta mana-mana shopping complex sekali pun tak ada jual mata gantian ye…. ingat tu, heheh 😛

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

10 thoughts on “TIP MEMBERSIHKAN MATA DIMASUKI SAMPAH

  1. Anuar

    Terima kasih di atas perkongsian Tips… Lepas ni bolehlah saya gunakan Tips ini untuk menasihati anak saya… 😉

    Reply
    1. SisHaza Post author

      rasanya Zool.. sampai sekarang pun, kalau mata terasa kesat atau gatal2 sikit pun, laju je tangan nak gosok juga kan

      Reply
  2. Hairul Azni

    Selalunya saya akan kelip2kan mata sehingga keluar air mata sebab air mata juga boleh berfungsi untuk menolak keluar habuk tersebut..kalau tak boleh jugak, baru saya guna cara No. 5..

    Reply
    1. SisHaza Post author

      betul tu.. biasanya gitu le yg dibuat kecuali kalau dah tergosok, no 5 jd pilihan

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me