KEMASKINI : PEMBERITAHUAN KETIADAAN HUJAN 5 HARI BERTURUT-TURUT (7 Februari 2014)
Dimaklumkan kawasan-kawasan berikut TELAH TIDAK menerima hujan selama/melebihi 5 hari berturut-turut:
a) Perlis (Padang Besar & Arau)
b) Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang, Sik & Kuala Muda)
c) Pulau Pinang (Seberang Prai Utara, Seberang Prai Tengah & Barat Daya)
d) Perak (Larut Matang, Hilir Perak, Hulu Perak, Perak Tengah, Kerian, Kinta, Batang Padang, Kuala Kangsar & Manjung)
e) Selangor (Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kelang, Petaling & Sepang)
f) Kuala Lumpur (Kepong)
g) Negeri Sembilan (Jempol, Port Dickson & Tampin)
h) Melaka (Jasin & Melaka Tengah)
i) Johor (Segamat, Batu Pahat, Muar, Ledang, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Johor Bahru & Senai)
j) Pahang (Bentong, Cameron Highlands, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Rompin & Pekan)
k) Terengganu (Kemaman, Besut, Hulu Terengganu & Kuala Terengganu)
l) Kelantan (Gua Musang, Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah & Kuala Krai)
m) Sabah (Pantai Barat, Keningau, Pedalaman, Kudat, Sandakan & Tawau)
n) Sarawak (Kuching, Lundu, Serian, Sibu, Miri, Kapit & Kanowit)
Sumber : Laman Rasmi Jabatan Kaji Cuaca
Salam Hormat semua,
Ya, senarai di atas adalah senarai kawasan yang tidak menerima hujan selama 5 hari berturut-turut, dikemaskini pada 2 hari lepas. Untuk maklumat lebih lanjut kalian bolehlah layari Laman Meteorologi Malaysia ye.
Sememangnya cuaca di Perlis sekarang sangat panas dan kurang berangin tidak seperti 2,3 minggu lalu yang sangat ‘windy’ dan menyamankan. Nak mengajar terpaksa pegang control-control kain dan tudung takut kalau-kalau tersingkap @terselak 😀 . Petang-petang hari pula boleh tengok banyak lelayang menari-nari di udara. Memang best. Itu belum lagi dihiburkan dengan dengungan bunyi wau bulan yang ditambat sepanjang malam.
Tapi beberapa hari kebelakangan ni, cuaca sangat panas. Kulit menggelupas, tapak kaki menjadi kasar dan tumit pecah serta sakit kepala berulang-ulang. Kulit juga menjadi gatal. Itu lah keadaan yang berlaku pada diri saya, juga kepada kebanyakan orang lain di sini apabila tiba musim kemarau.
Dikatakan bahawa ini adalah salah satu gejala kekurangan air dalam tubuh. Mungkin ada betulnya kerana saya akui, saya memang jenis yang kurang minum air 🙁
Sebenarnya kurang minum air adalah sangat bahaya kepada organ dalaman tubuh seperti jantung, buah pinggang dan juga otak. Ya otak juga akan menerima kesan daripada masalah ini di mana kemungkinan ia akan membengkak dan terkena serangan strok haba adalah tinggi. Ha’ah memang menakutkan … jadi tidak ada jalan lain melainkan memaksa diri belajar minum air sebanyak mungkin 🙂
Kekurangan air dalam tubuh yang berterusan boleh mengundang bahaya dan risiko hipovolemik yang berlaku apabila jumlah darah yang dipam ke organ-organ penting berkurangan dan boleh menyebabkan kematian mengejut.
Ok, di antara tanda-tanda tubuh kekurangan air ialah :
badan menjadi cepat letih berasa terlalu dahaga bibir dan kulit menjadi kering kerap rasa mengantuk air kencing menjadi sedikit, pekat, bau hancing yang kuat serta warnanya gelap berasa lemah pada otot atau sendi sakit kepala dan pening ( dizziness) dan terasa seperti hendak pitam.Sumber : GOOGLE IMAGES
Sebagai langkah mengatasi gejala di atas akibat tubuh kekurangan air, juga bagi mengelakkan anda diserang demam panas dan bagaimana caranya menghadapi cuaca panas ,anda digalakkan :
minum air secara kerap @ mencukupi banyakkan makan buah serta jus buah seperti jus tembikai ( jus tembikai mampu meredakan sakit kepala ) kurangkan minuman berkafein ( minuman jenis ini lebih banyak mendorong penghidratan ) mandi lebih kerap memakai pakaian daripada kain kapas yang boleh menyerap peluh elakkan berada di bawah panas terik pakai topi atau gunakan payung jika terpaksa berada di bawah panas terik gunakan losyen pelembap untuk mengatasi kulit kering / menggelupasDiharapkan tips mudah di atas dapat membantu. Banyak juga carian keyword mengatasi demam panas di blog ini seminggu dua ni. Itu puncanya mengapa entri ini ditulis hehehe …
bahaya juga kurang air ni ya…
Saaaangat bahaya…manusia tak boleh bertahan lama jika tak ada air berbanding makanan
dah banyak hari tak hujan
pagi berkabus dan panas menjelang tengahari sampai petang
memang perlu minum banyak air
Yup…jam 3,4 pagi baru ada rasa sejuk sikit
kebiasaannya saya akan letakkan air mineral 1.5 liter di meja ofis supaya tak lupa nak minum, teringat masa breastfeed dulu, 3 liter sehari 😉
Wah contoh yang sangat baik ni
dijangka tahun ni akan jadi tahun yang teramat panas kerana el-Nino. memang kena rajin-rajin minum air
Kesihatan diri penting juga. Kalau tak, susah le nak jaga ahli keluarga kan…. jom sihat dengan air
Pingback: PETUA MUDAH MERAWAT SAKIT KEPALA DAN PENING | Kongsi Macam2 Cerita
Terima kasih sis berkongsi info bermanfaat tentang ni. Penting utk sama2 kita faham. Ramai juga yg culas nak minum air masak. Minum air manis rajin pulak..hehe
apapun, Alhamdulillah. semalam hujan walaupun sekejap di gombak
Alhamdulillah … rahmat Allah untuk sekalian hambaNya