Tudung kanak-kanak
TAMPIL CANTIK DAN YAKIN DENGAN BIOVCO – Kongsi Macam2 Cerita

TAMPIL CANTIK DAN YAKIN DENGAN BIOVCO

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani

Salam hujung minggu buat semua

Hampir jam 4 petang semalam, stok baru minyak kelapa dara BIOVCO tiba dan saya terima dengan selamat.  Ini pun rasanya perlu order lagi esok atau lusa kerana 3 botol sudah pun ada yang ‘chup’ sebaik bungkusan tu sampai di sekolah hehehe . Alhamdulillah …senang hati rasanya kerana urusan pembelian  dengan pihak BioHealth Resources sering berjalan lancar. Ini bukan kali pertama saya berurusan dengan mereka. Servis mereka bagi saya memang terbaik. Pembayaran dibuat pada hari Rabu, barang diterima pada hari Jumaat. Cepat sekali sama keadaannya apabila saya membuat pembelian seutas jam tangan  di Lelong.Com. My 3 minggu lalu. Sebenarnya membeli secara online ni seronok juga jika kena caranya. Apa-apa hal pun kita kena bijak memilih supaya tidak termasuk dalam statistik penipuan online yang kadar kerugian penggunanya mencecah angka juta setiap tahun.

Ok, berbalik kepada cerita minyak kelapa dara BIOVCO tadi. Sebenarnya saya sengaja beli beberapa botol setiap kali membuat order. Ini kerana bukan saja Mr Hubby yang meminumnya tetapi saya dan anak-anak juga terutama si Hafiy turut menggunakannya. Sebelum ini sudah saya ceritakan mengapa Mr Hubby mengambil minyak ni setiap hari dan cerita penuhnya boleh kalian baca kat sini.

Si Hafiy pula mengalami masalah alahan makanan dan resdung yang agak teruk. Setiap pagi, dia akan bersin tak berhenti-henti dan gatal-gatal pada mata dan hidung. Habis ditonyoh-tonyoh hidungnya sampai adakalanya berdarah. Jika tidak bersin, hidung pula asyik berair. Keadaan lebih teruk jika hari tu tersilap makan makanan gatal seperti ayam, telur dan seumpamanya. Saya berikan Hafiy vco ni kerana difahamkan ia berkesan untuk mengatasi masalah resdung. Sejauh mana keberkesanannya, insyaallah akan saya update kemudian jika ada nampak perubahannya.

Tampil cantik dan yakin dengan BIOVCO, itu yang ingin saya ulas dalam penulisan entri kali ini. Percaya atau tidak terpulang lah, tapi keinginan untuk tampil cantik dan yakin dengan BIOVCO  boleh menjadi kenyataan kerana minyak kelapa dara BIOVCO adalah minyak kelapa yang 100 % organik , diproses tanpa haba & penggunaan bahan kimia serta selamat untuk digunakan bagi mengatasi masalah kulit seperti berikut.

  1. Jeragat dan parut-parut kecil termasuk jerawat tahap sederhana dan ringan ( yang berat-berat kena jumpa Dr Haseenah ) : )
  2. Mengecilkan liang-liang pori pada wajah
  3. Mendorong pembersihan / pengeluaran sel-sel kulit mati
  4. Mengurangkan masalah garis penuaan sekitar hujung mata, dahi, hujung bibir dan pada bahagian batang hidung antara ke dua-dua mata
  5. Mengurangkan rekahan pada tumit kaki
  6. Mengatasi masalah kaki atau betis bersisik
  7. Mengurangkan gejala psoriasis,eksim dan dermatitis
  8. Mengatasi masalah bibir kering dan menggelupas
  9. Mengurangkan kesan terbakar / kehitaman  pada bibir akibat penggunaan lipstick
  10. Membantu merawat penyakit kulit seperti ruam, ruam lampin, panau, kudis buta
  11. Mengatasi gejala sengatan sinar matahari yang menjurus ke arah peningkatan jeragat dan kanser kulit
  12. Menyuburkan rambut
  13. Mengatasi masalah bau mulut dan bau badan
  14. Mengurangkan berat badan

14 perkara di atas boleh merencatkan keyakinan diri serta mencacatkan penampilan diri jika tidak ditangani dengan segera. Minyak kelapa dara terutama minyak kelapa dara BIOVCO sangat dipercayai dapat membantu menangani 14 masalah di atas kerana vco ini sudah dikenalpasti sebagai minyak yang kaya dengan 9 medium Chain Fatty Acids  yang berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.

Untuk 12 perkara pertama di atas,  BIOVCO sesuai disapukan pada kulit kerana sifatnya yang ringan dan lembut, mudah diserap dan tidak menimbulkan kesan melekit seperti sesetengah losyen dan minyak komersial / kecantikan yang lain.

Bagi mengurangkan berat badan dan mengatasi masalah bau mulut serta bau badan, vco BIOVCO ini perlu diminum 1 atau 2 kali sehari dengan pengambilan 2 sudu setiap kali. Vco jenama ini dipercayai berkesan menurunkan berat badan dengan  pengambilannya yang konsisten ( sudah semestinya termasuk juga kawalan pemakanan dan senaman ) kerana ia mampu merangsang proses metabolik tubuh berbeza dengan kebanyakan produk pelangsingan lain yang berlambak di pasaran yang merangsang pelawasan kerap sehingga menimbulkan risiko lapisan usus besar menjadi nipis dan bahaya berhadapan kanser usus.

Sebenarnya, banyak lagi kebaikan yang terdapat pada BIOVCO. Untuk mendapatkan info lebih lanjut, kalian boleh saja ke BioHealth Resources.

Secara peribadinya, jika anda berasa was-was dengan kandungan aneka produk kecantikan dan kesihatan yang ada melambak-lambak di pasaran dan bimbang dengan kesan jangka panjangnya, saya suka menyarankan agar anda memilih untuk menggunakan minyak kelapa dara. Kebanyakan produk minyak kelapa dara di Malaysia adalah baik untuk kesihatan serta menjadi makanan berfungsi kesihatan yang selamat untuk jangka panjang.

Ingin mendapatkan minyak kelapa dara BIOVCO ? Anda boleh terus ke BioHealth Resources atau boleh juga berhubung dengan saya sendiri untuk pembelian.

p/s: Ini 200% bukan produk MLM yer…harap maklum 😀

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

16 Comments on "TAMPIL CANTIK DAN YAKIN DENGAN BIOVCO"

  1. kak berapa ringgit sebotol dan brp ml
    kandungannya?

  2. Ooo leh rawat resdung gak ekk..memang terbaik la..resdung ni memang susah nak rawat..adoiii la…sabar aje la..

  3. Macam mana erk rasa minyak kelapa dara nih??rse kelat payau ke??

  4. Boleh diperluaskan lagi kepada orang ramai berkenaan dengan khasiat biovco.

  5. Kebetulan sungguh…baru dpt sebotol myk ni…then tak tau nk gune mcm mane.

    Alhamdulillah…dpt ilmu utk myk ni kat sini…terima kasih sis haza berkongsi ilmu..moga dimrhkan rezeki…ameen

  6. salam kak..cane nk bli bioVCO ngn akak?

  7. sis boleh bagi details mcm mana nk order minyak ni

  8. salam kak..cane nk bli bioVCO ngn akak?

1 Trackbacks & Pingbacks

  1. Psoriasis | Blog Info Kesihatan

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me