TAK ELOK TIDUR LEWAT

By | June 23, 2013

Salam,

Pada Khamis lepas, saya ada tulis tentang punca hati rosak.  Secara kebetulan, keesokannya ( Jumaat ) jiran saya yang juga rakan baik ayah  meninggal dunia kerana kanser hati.

2 hari sebelum itu, arwah diarahkan membuat ujian darah rentetan rasa tidak selesa pada perut selepas lebih 2 minggu menjalani pembedahan hernia ( angin pasang ). Keputusan ujian darah mengesahkan bahawa arwah menghidap kanser hati tahap 4. Sesuatu yang sangat mengejutkan kerana tiada sebarang petanda yang menunjukkan bahawa penyakit tu sudah sekian lama bersarang dalam tubuhnya.

Al-Fatihah …Moga-moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan golongan  orang-orang yang beriman.

Berbalik kepada entri tersebut, ada beberapa orang rakan blogger memberikan feedback yang baik tentang post tersebut. Thanks sebab kalian sudi komen ye 🙂

Rata-rata mengakui tidur lewat termasuk blogger yang sedang menaip entri ini … huhuhu. Memang tak elok tidur lewat untuk kesihatan, uolls…

Sumber : Google

Sumber : Google

Persoalannya mengapa tidur lewat dikatakan menjadi punca kepada kerosakan hati ? Ok, tanpa perlu nak berceloteh panjang-panjang lagi, rasionalnya begini ye…

Setiap inci bahagian tubuh kita, telah dijadikan oleh Allah SWT bekerja mengikut waktu-waktunya yang tersendiri dalam usaha mengekalkan tahap kesihatan seseorang manusia supaya berada pada tahap terbaik.

Dikatakan bahawa pada pukul 9-11 malam, sistem antibodi tubuh ( lymph nodes ) akan melalui  proses detoksifikasi atau nyah kimia toksik dari badan. Jadi, pada waktu ini, kita sepatutnya berada dalam keadaan relaks atau santai dengan cara berehat,  menonton atau mendengar muzik yang menenangkan. Bagi orang Islam, masa ini patut diisi dengan ibadah ringan seperti membaca Al-Quran atau berzikir.

Namun, seperti yang diketahui, pada masa inilah kebanyakan suri rumah masih lagi bekerja menyiapkan segala urusan rumah tangga seperti mengutip & membasuh pakaian kotor, mengemas dapur, mencuci pinggan mangkuk atau membantu anak-anak menyiapkan kerja rumah.

Seboleh-bolehnya elakkan tabiat begini, atau cubalah alternatif lain yang lebih sesuai agar pada waktu ini anda berpeluang berehat .Bekerja berterusan pada waktu begini hanya memberi impak buruk terhadap kesihatan.

Pukul  11 malam – 1 pagi : Pada waktu ini pula proses detoksifikasi dalam hati berjalan. Untuk membantu kelancarannya, pada waktu ini kita tidak lagi sepatutnya makan atau berjaga. Sewajarnya ini adalah waktu untuk mendapatkan tidur yang nyenyak. Tapi faham-faham sajelah, waktu ni lah pula kumpulan-kumpulan manusia yang bergelar blogger  sibuk mencari dan menaip bahan untuk entri terbaru. Ye la,dah waktu ni jer yang aman daripada gangguan-gangguan lain kan…

Pukul 1 – 3 pagi : Proses nyah toksik berlaku dalam hempedu pada waktu ini. Tiada perkara lain yang patut dilakukan pada waktu ini, melainkan tidur.

Pukul 3 – 5 pagi : Proses detoksifikasi dalam paru-paru. Penghidap batuk, biasanya pada jam ini akan lebih kerap batuk oleh kerana proses detoks telah sampai ke saluran sistem pernafasan. Disarankan agar jangan mengambil sebarang ubat batuk pada ketika hal ini berlaku untuk mengelakkan gangguan proses nyah toksin.

Pukul  5 – 7 pagi : Detoksifikasi dalam kolon ( usus besar ) sedang berlaku. Pengosongan usus ( proses membuang air besar ) pada waktu ini adalah amat menyihatkan. So, kalau ada terasa nak pergi ke tandas, janganlah ditahan-tahan ye 😛 walaupun takut nak bangun sorang-sorang bimbang terjumpa pocong atau toyol …

Pukul  7 – 9 pagi : Adalah amat baik  jika sarapan dapat diambil dalam tempoh ini. Ini kerana inilah masa terbaik bagi usus menyerap nutrien yang penting untuk tubuh. Namun bagi anda yang mungkin sedang sakit, ambilah sarapan lebih awal sedikit iaitu sebelum jam 6:30 pagi. Dan jika anda mahu kekal sihat, sarapan sebelum jarum jam mencecah 7:30 pagi amatlah digalakkan.

See, mengapa  tak elok tidur lewat-lewat … bukan sebab takut mengantuk kat tempat kerja je.

Sumber : Majalah ANIS

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

21 thoughts on “TAK ELOK TIDUR LEWAT

    1. SisHaza Post author

      dulu sis pun x tahu juga fyna yg setiap bahagian tubuh kita ni rupanya ada jam-jam kerjanya juga

      Reply
  1. Hafizul

    So, kena tidur awal lah lepas ni..ok..hahaha..memang saya tak leh tidur lewat dah sekarang..otot dan saraf rasa semacam jer kalau tidur lewat..emm padahal muda lagi..adoiii

    Reply
  2. ajumohit

    tq for sharing kak, elok untuk suami saya baca ni, hnm. lepas ni harap2 dia jarang keluar malam dah 😉

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Kalo macam tu kena cepat2 laa turunkan semua ilmu blogging sambil buat duit tu kpd kiteorg ni…hihi

      Reply
  3. maza

    Info yang menakutkan maza dan menarik sekali.

    Maza juga antara orang yang termasuk kategori tidur lewat malam. Untuk beberapa tahun ini acapkali tidur setelah jam 3.00 pagi.. Semuanya gara-gara kerja keras hendak cari makan, uhuk!

    Harap-harap malam ni boleh meng-adjust-kan kembali rutin tidur maza.. uhuk!

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Sampai jam 3 bhya tu Maza. Jgn lupa …kurang tidur,ada risiko serangan jantung..cuba2 lah tidur awal ye

      Reply
  4. Anuar

    Bahaya betul penyakit dalam diam ni.. Nampak sihat macam takder penyakit… Tapi tahu-tahu jer terus meninggal… Semoga roh arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman… amin…

    Reply
    1. SisHaza Post author

      aminn..itu lah, kadangkala tak boleh tengok luaran je. Kena ada kesedaran tentang pentingya pemeriksaan berkala

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me