Senarai 7 Makanan Bakar Lemak Dengan Pantas

By | July 21, 2015

Salam Aidil Fitri

Mood beraya masih lagi terasa walau pun sudah masuk hari ke-5 hari ini umat Islam seluruh dunia merayakan Hari Raya Puasa.

Cabaran paling besar ketika ini adalah mengawal diri daripada makan secara berlebih-lebihan. Sungguh , amat menyeksakan ๐Ÿ˜€

Jemputan rumah terbuka sana sini bukan satu dugaan besar kerana saya pilih untuk hadir hanya jika ia datangnya daripada rakan-rakan, saudara mara dan jiran-jiran terdekatย  sahaja. Yang menggugat dan menggoyahkan semangat untuk berdiet adalah balang-balang kuih raya yang masih berlambak kat rumah ๐Ÿ™‚

Rahsia Badan Slim Melim Dengan Mudah

Masa buat ( kih kih kih bila masa la akak gigih membuat kuih raya pulak niย  ko …) order kuih raya hari tu, memang tak ingat dunia dan tak sedar diri. 2 hari menjelang hari raya semua biskut yang ditempah tu pun sampai. Berbalang-balang juga tapi tak berbaloi pun dengan jumlah tetamu yang datang beraya. Dah cerita dalam entri lepas kannn โ€ฆ yang raya kali ini, entah mengapa hambar semacam je. Kurang meriah ! ๐Ÿ™

So sekarang ni ada stok biskut raya yang masih banyak kat rumah. Tak kan nak simpan sampai raya haji kot. Confirm lah hapak dan kurang sedap kan. Ada 2 orang tuan putera gigih menghabiskan biskut-biskut semua tu depan tv. Tak kan lah permaisuri nak tengok aje kan huhuhu โ€ฆ. Adoihhh la.

Apa pun misi mengurangkan berat badan mesti diteruskan . Banyak sebabnya tapi yang pasti kesihatan adalah segala-galanya. Diulang, kesihatan adalah segala-galanya ! Andai kata dah sakit tentu sukar sekali untuk menjalani kehidupan normal seperti sekarang.

Banyak Sebab Mengapa Perlu Kurangkan Berat Badan

Bagi yang mengalami masalah berat badan berlebihan tentu anda ada banyak sebab mengapa perlu berdiet dan mengurangkan jumlah inci pada pinggang, pinggul ,peha lengan dan sebagainya . Secara peribadi, berat badan berlebihan bagi saya sendiri boleh membuatkan saya :

Rahsia Badan Fit Dalam Tempoh Sebulan Je

  1. Terdedah kepada pelbagai penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis
  2. Berisiko mengalami paras kolesterol yang tinggi yang boleh membawa kepada strok atau serangan jantung. Takutnyeee โ€ฆ mohon Allah jauhkan.
  3. Semput dan menjadi kurang aktif. Asyik rasa nak tidur aje
  4. Dikuasai rasa malas dalam semua perkara.
  5. Hilang keyakinan diri, sebaliknya lebih banyak diserang rasa rendah diri dan menjadi lebih sensitif.
  6. Penglibatan diri dalam aktiviti sukan @ aktiviti lasak menjadi terbatas.
  7. Perlu banyak pakaian baru dengan saiz baru. Bajet jadi lebih daripada biasa.
  8. Risiko pasangan curang atau beralih arah โ€ฆ ya, jangan main-main dan pandang mudah bab ini ye.

Mmm, banyak sebab lagi lah ..

Banyak Cara Membakar Lemak Dengan Pantas

Sebenarnya terdapat banyak cara membakar lemak dengan pantas selepas musim perayaan ni. Tapi andai tiada disiplin, buatlah apa sekali pun, hasilnya akan tetap gagal diperoleh.

Ok, sharing hari ini adalah tentang senarai 7 makanan bakar lemak dengan pantas. Nak tau apa senarai 7 makanan bakar lemak dengan pantas, baca entri ni sampai habis ye.

Senarai 7 makanan bakar lemak dengan pantas

1. Limau gedang

Dipercayai buah limau gedang ini mampu merendahkan kadar insulin dan mengatur proses metabolisme dan menyeimbangkan kadar gula dalam darah. Oleh itu, masukkan limau gedang dalam senarai makanan harian anda.

limau gedang

2. Makan banyak kekacang dan legum

1 cawan kekacang adalah bersamaan dengan 35 peratus zat besi yang diperlukan oleh tubuh. Zat besi perlu ada dalam nutrisi harian anda bagi membantu tubuh berfungsi sebaiknya. Kekurangannya akan menyebabkan proses metabolisme tubuh menjadi perlahan yang mendorong kepada kegemukan.

3. Pilih dan makan daging tanpa lemak

Protein dalam daging memiliki kesan termogenik yang tinggi. Semasa proses pencernaan, makanan berprotein yang memiliki kesan termogenik ini akan membakar kira-kira 30 % daripada kalori makanan yang anda ambil dalam diet anda.

4. Lebihkan produk tenusu rendah lemak

Produk tenusu rendah lemak kaya dengan kalsium dan vitamin D. Ia mampu membantu mengekalkan dan membina jisim otot yang penting dalam memastikan tahap metabolisme tubuh berada pada tahap yang sihat.

5. Makan banyak bijirin penuh

Sudah ramai yang tahu bahawa bijirin penuh memang baik untuk mereka yang berdiet. Bijirin penuh yang kaya dengan serat seperti oat diketahui ramai dapat membakar 2 kali ganda lebih lemak berbanding makanan yang diproses.

6. Tambahkan lada

Tambahkan lada dalam sajian anda kerana Capsaicin iaitu sejenis bahan yang menjadikan lada terasa pedas dapat memanaskan tubuh serta dapat memastikan tubuh membakar kalori dengan lebih baik. Lada ini boleh dimakan dalam bentuk mentah, yang sudah dikeringkan atau sudah diproses menjadi serbuk.

7. Minum teh hijau

Tukar sajian teh biasa kepada teh hijau kerana dengan meminum 4 cawan teh hijau sehari, dipercayai dapat membantu mengurangkan lebih daripada 6 paun berat badan dalam tempoh 8 minggu. Bahan EGCG dalam teh hijau mengikut kajian American Journal of Clinical Nutrition , dikatakan dapat membantu meningkatkan tahap metabolisme tubuh.

Demikian senarai 7 makanan bakar lemak dengan pantas yang boleh cuba anda amalkan mulai sekarang untuk membantu menjayakan misi menurunkan berat bahan secara lebih berkesan. Rasanya senarai 7 makanan tersebut mudah saja didapati dari pasar atau dapur anda sendiri.

Namun satu hal yang tidak boleh diabaikan adalah disiplin ya. Dengan disiplin yang tinggi dan jika rajin, bersenam ikut cara Doktor Hidayat juga akan membantu anda mendapatkan bentuk badan yang lebih cantik dengan lebih cepat.

Ok, selamat membakar lemak ye sahabat semua. Daaa

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada ๐Ÿ˜€ ). Jika sudi, follow saya sekali ye ๐Ÿ˜€ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

2 thoughts on “Senarai 7 Makanan Bakar Lemak Dengan Pantas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me