Tudung kanak-kanak
Sejarah Awal Wabak Demam Denggi – Kongsi Macam2 Cerita

Sejarah Awal Wabak Demam Denggi

Sejarah awal wabak demam denggi

Sharing hari ini daripada Kongsi Macam2 Cerita adalah berkenaan sejarah awal wabak demam denggi. Untuk itu, baca dahulu info kesihatan berkaitan wabak ini.

Sehingga hari ini,wabak demam denggi bawaan sejenis nyamuk yang dikenali sebagai aedes menjadi penyakit yang digeruni, meningkat mendadak bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara-negara yang lain.

Dilaporkan sehingga 18 Mac 2015, terdapat sebanyak 95 kes kematian akibat wabak denggi di seluruh negara dengan peningkatan sebanyak 45 kes berbanding dengan 50 kes pada tempoh yang sama untuk tahun 2014. Berita lanjut yang sumbernya diperoleh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia ini boleh anda baca di sini.

Jika diimbas zaman persekolahan dahulu,seingat saya wabak denggi biasanya berlaku di kawasan-kawasan kampung atau luar bandar, yang dianggap sebagai kawasan ‘hulu’ namun hari ini telah merebak ke bandar-bandar besar melewati kawasan kediaman orang kota yang dianggap sebagai ‘ urban’ & ‘up to date’

Fenomena global ini kini melangkaui sempadan iklim iaitu tidak lagi menyerang negara-negara beriklim tropika dan subtropika sahaja, sebaliknya telah merebak ke negara-negara lain. Perubahan ini dipercayai berlaku akibat perubahan iklim di seluruh dunia menyebabkan proses pembiakan dan kitaran hidup nyamuk aedes bertambah cepat.

Setakat ini, wabak ini masih belum menemui jalan penyelesaian malah dibimbangi virus denggi yang bermutasi memiliki strain baharu iaitu boleh berjangkit dengan kesan yang lebih teruk terutama terhadap bekas penghidapnya.

Sejarah awal wabak demam denggi

  • Dikesan muncul sekitar tahun 1779.
  • Wabak pertama dikesan berlaku serentak di Asia, Afrika & Amerika Utara pada 1780-an, namun wabak ini tidak berbahaya.
  • Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ), wabak sejagat meletus di Asia Tenggara sekitar tahun 1950-an melibatkan beberapa buah negara terutamanya Thailand & Filipina.
  • Pada tahun 1975, wabak denggi berdarah menjadi penyebab kematian utama kanak-kanak di rantau ini termasuk Malaysia.
  • Pada 1980-an ,wabak denggi menjadi kebiasaan dan seterusnya menjadi penyakit virus bawaan nyamuk paling utama menjangkiti manusia selepas demam malaria dengan lebih 40 juta kes demam denggi dan beberapa ratus ribu kes demam denggi berdarah setiap tahun.
  • Pada 2002, serangan denggi paling teruk berlaku di Rio De Janeiro Brazil melibatkan sejuta penduduk tetapi hanya 16 orang daripadanya sahaja yang meninggal dunia.

Kaedah menangani wabak demam denggi

Sehingga kini, terdapat beberapa langkah umum yang sering diambil untuk menangani atau memerangi vektor nyamuk pembawa virus denggi ini iaitu :

Kempen kebersihaan tempat tinggal iaitu dengan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes seperti takungan air dalam kolah mandi,tangki,longkang dan sebagainya.

Kempen di media massa dan media cetak

Penggunaan ubat jentik-jentik yang dimasukkan ke dalam bekas takungan air seperti kolah mandi.

Semburan kabus atau asap yang dikenali sebagai fogging bagi menghapuskan nyamuk dewasa.

Kredit : Google Images

Menyebut tentang kaedah fogging, kaedah ini biasanya dilakukan dari rumah ke rumah melibatkan sekumpulan pegawai dari klinik atau pejabat kesihatan dan mungkin juga kumpulan tertentu yang dilantik secara rasmi oleh pihak berkaitan bagi mengurangkan wabak denggi.

Namun demikian terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ini dengan menyamar sebagai pegawai pejabat kesihatan , datang ke rumah-rumah yang dihuni oleh warga emas untuk menjalankan fogging dan mengenakan bayaran yang tinggi kononnya sebagai bayaran ke atas khidmat tersebut sedangkan mengikut apa yang saya ketahui, servis ini adalah percuma sahaja.

Hal ini telah berlaku kepada ibu bapa saya sendiri dan tidak mustahil juga berlaku kepada ibu bapa anda atau kaum keluarga anda sendiri. Jadi,nyatakanlah kepada mereka sebagai peringatan awal !

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

Be the first to comment on "Sejarah Awal Wabak Demam Denggi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me