REDIANZE LAH PULAK !

By | October 12, 2014

Redianze lah pulak !

Malam tadi usai solat Isyak , saya dan Mr Hubby ke Guardian, Jalan Bukit Lagi . Dalam 10 minit lebih sikit dah sampai. Maklumlah  Perlis ni kan kecil aje ..

Boleh dikatakan setiap bulan saya akan ke Guardian, yang terletak selang 2 pintu dari Watsons. Biasanya saya lebih suka ke Guardian berbanding dengan Watsons sebab rasa-rasanya barangnya lebih banyak di situ. Jangan marah arr Watsons ye .

Petang  sebelumnya sempat saya survey produk yang dikehendaki melalui Guardian e-Store. Nak tengok produk yang dikehendaki tu ada ke tidak.

Tujuan utama ke Guardian adalah untuk mencari produk kolagen yang sesuai dengan masalah yang sedang saya hadapi sekarang ni. 6 bulan kebelakangan ni, sudah mula muncul pigmentasi atau jeragat pada  wajah saya. Walaupun masih belum banyak tapi ia dah cukup merisaukan saya.  Oleh kerana saya berkulit cerah, jadi jeragat yang sedikit itupun nampak dengan jelas. Pergi ke mana-mana sekarang ni rasa macam orang asyik pandang  je, walhal tak ada lah  siapa yang teringin nak memerhatikan  awak pun Cik Kiah oii !

Keyakinan diri rasa hilang sebabnya selama hidup berpuluh tahun  ni, kulit wajah saya memang tidak pernah bermasalah langsung. Tidak pernah ditumbuhi jerawat apalagi jeragat. Teringat masa kat tempat kerja lama dahulu, pernah pakcik tukang kebun ni cakap “ Cikgu kalau tak pakai bedak atau tak pakai make up apa sekalipun, tak apa. Muka dah ok .. “. Tak tahulah apa niatnya , sama ada  sengaja berbasa basi menegur  ataupun sememangnya dia ikhlas cakap macam tu. Haa Cik Kiah pun apalagi,  terperasan la sat hihihik. Cehhhh.. 😀

Ok, akhirnya lebur RM 233.41 untuk 3 barang seperti dalam pic kat bawah ni. Rabak poket Cik Kiah yang sedia rabak sebelum hujung bulan lagi dah ni.

 photo 212ebad6-798d-434a-ab0f-b51ce3f06a41_zpsed335566.jpg

Percubaan untuk mengatasi masalah jeragat, penglihatan dan keletihan dengan produk Redianze Eskayvie

Redianze  Eskayvie  Age Defying 20 sachets x 20 gm – RM 153

Garden Of Eden Rosa E Pigmentation Serum 5ml – RM 30.51

Biogrow Oat BG22 30 sachets x 9 gm – RM 49.90

Redianze lah pulak !

Produk  Redianze  ni  sebenarnya sudah lama saya dengar sejak beberapa tahun lalu. Tapi disebabkan saya ni jenis yang kurang percaya pada lambakan produk kolagen yang ada di pasaran sekarang ni dan tak berani mengambil risiko, jadi saya ambil keputusan tunggu dan lihat. Apabila kulit dah mula bermasalah, saya survey dan buat perbandingan maklumat antara beberapa jenis produk kolagen dan nekad memilih Redianze  untuk menangani masalah jeragat ,keletihan  dan kesihatan mata.

Serum pigmentasi ni pula kali pertama saya lihat dan tertarik untuk mencuba berdasarkan kandungannya. Juga sebagai jalan penyelesaian agar dapat mengatasi masalah jeragat yang confirmlah tak cantik dan merimaskan tu.

Biogrow Oat BG22  ni pula sudah lama hendak dicuba. Hari ini menjadi kenyataannya , setelah doktor mengatakan paras kolesterol saya sedikit tinggi .Haa, terkejut beruk macam tak percaya apabila doktor cakap kadar kolesterol saya  tinggi sikit. Hujung tahun lepas, masa buat pemeriksaan semuanya ok je. Itu yang terus beli tu.  Kalau tak, jangan mimpilah nak membelinya kan . Haa, jangan ingat tunggu membesar macam mak gajah baru nak hidap kolesterol tinggi tauuu. Kita yang dalam kategori kurus atau sedang-sedang ( saya le ni, tak mengaku gemokkk hihi )  ni pun boleh terkena. Itulah ceritanya  apabila umur dah meningkat . Rumah pun dah kata pergi, kubur pula kata mari,mari … huhu.

Ok, bagaimana pula  kesan atau hasil penggunaan ketiga-tiga  produk tu tak dapatlah nak diceritakan lagi sebab baru sangat menggunakannya. Mungkin pada entri yang lain  boleh dikongsikan nanti.

Apapun, saya sangat suka dengan rasa Redianze yang ada bau jambu batu dan carrot tu. Nak tahu apa bahan yang digunakan dalam produk Redianze Eskayvie dan Garden Of Eden Rosa E Pigmentation Serum tu ?

Baca entri akan datang. Insyaallah akan saya kongsikan…

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

13 thoughts on “REDIANZE LAH PULAK !

  1. cksabihah

    saya cuma pernah amik collagen Shaklee je..selain dari shaklee tak pernah cuba…tp amat2 puas ati..padan dengan harganya ^_^

    Reply
  2. ajumohit

    wahh akak selepas ni makin berseri gittew, yg penting istiqamah menggunakannya tau, semoga mendapat hasil tg diinginkan, nnti akak share ya

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me