PETUA TRADISI MENGATASI BAU BADAN

By | June 12, 2014

Sebelum ini saya ada berkongsi dengan kalian tentang punca bau badan dan tips untuk mengatasinya.

Bau badan yang tidak menyenangkan ini kadang kala tidak disedari oleh yang empunya badan, namun orang sekeliling dapat menghidunya. Selain daripada menjejaskan penampilan di khalayak ramai, ia juga biasanya menimbulkan konflik dalam diri seperti  hilang keyakinan dan rasa rendah diri.

Namun jangan risau, masalah ini cukup mudah diatasi. Hanya dengan menggunakan pelbagai jenis khazanah alam yang biasanya ada di  kawasan sekitar rumah kita sendiri. Tinggal rajin tak rajin ye dak  😀

Petua Tradisi Mengatasi Bau Badan Menggunakan Bahan Dari Dapur

  • Sisa / Hampas teh

Gosokkan hampas teh ini ke seluruh badan khasnya pada bahagian ketiak 10 -15 minit sebelum mandi. Lakukan 2 kali seminggu.

  • Timun muda

Kupas dan bersihkan sebiji timun muda. Potong kepada beberapa ketulan kecil dan gosok pada seluruh badan terutama di kawasan berlipat yang mudah berpeluh ( ketiak, bawah lutut dll ) sebaik saja selesai mandi. Amalkan sekerap yang boleh.

  • Beras yang disanggai

Beras yang disanggai sehingga hangus ditumbuk halus dan dibancuh bersama air asam jawa. Gunakan bancuhan tersebut dan gosokkan ke bahagian mudah berpeluh khasnya selama 10 minit. Kemudian mandi.

  • Tawas

Gosokkan seketul tawas pada badan terutamanya ketiak selepas mandi.

Tawas dalam bentuk serbuk  juga boleh dicampur dengan serbuk beras ( beras yang dihancurkan ). Gaulkan dengan beberapa titis air dan sapu ke seluruh badan terutama pada bahagian mudah berpeluh setiap malam sebelum masuk tidur. ** Kiranya berfungsi seperti bedak sejuk lah .

  • Hampas kelapa parut

Lumur atau gosok perlahan-lahan hampas kelapa ke seluruh badan 2 atau 3 kali seminggu 30 minit sebelum mandi. Bukan sekadar bau badan hilang, daki degil pun dapat dihapuskan.

Ketahui Sikap Sebenar Pasangan Anda!

  • Daun sirih

Minum air rebusan daun sirih yang dicampur dengan sedikit garam. Lakukan beberapa kali seminggu untuk melihat hasilnya.

  • Daun nanas muda

Lakukan langkah sama seperti ketika menggunakan daun sirih.

  • Batang pokok kantan

Potong pendek-pendek batang pokok kantan lalu ditumbuk hingga lumat. Rebus sehingga mendidih, angkat dan biarkan suam. Jadikan ia sebagai air mandian. Untuk bilasan terakhir, gunakan air paip biasa.

  • Campuran daun serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan

Rebus campuran beberapa jenis daun ini hingga mendidih. Sejukkan . Ketika hendak mandi, ambil separuh daripada air rebusan ini dan campur dengan air biasa, anggaran satu baldi. Jadikan air mandian 3 kali seminggu. Ia bukan saja dapat mengharumkan tubuh malah mengeluarkan angin dari dalam badan juga.

  • Limau nipis

Gosokkan belahan limau nipis pada kedua-dua belah ketiak selama 5 atau 10 minit sebelum mandi. Lakukan setiap hari. Insyaallah bau ‘asyem’ ketiak akan hilang 😀

  • Pucuk jambu batu

Ramaskan dengan sedikit air dan sental pada bahagian ketiak sebelum mandi.

  • Biji delima

Jemur dan keringkan segenggam biji delima untuk beberapa hari. Setelah benar-benar kering, tumbuk hingga halus. Sapukan pada bahagian ketiak sama seperti kita memakai bedak sejuk.

  • Kulit pisang masak

Gosokkan bahagian sebelah dalam kulit pisang masak pada kedua-dua belah ketiak selama 10-15 minit sebelum mandi. Bilas atau bersihkan dengan sabun. Selepas mandi, sapu atau palitkan sedikit kapur makan pada ketiak . Amalkan setiap hari.

  • Kuntuman bunga kenanga

Rebus lima kuntum bunga kenanga bersama 5 helai daun sirih  sehingga mendidih. Didihkan sehingga air rebusan menyusut menjadi satu gelas. Tapis dan campurkan dengan gula merah. Minum ketika suam 2 kali seminggu.

  • Kapur & limau nipis

Perahan sebiji limau nipis dicampur bersama setengah sudu teh kapur. Campuran yang telah sebati itu dilumurkan pada ketiak yang bersih setiap malam sebelum tidur selama seminggu. Insyaallah ada hasilnya nanti.

  • Daun limau nipis

7 helai daun limau nipis ditumbuk hingga hancur. Campur  dengan sedikit madu dan gentel bulat sebesar biji kacang. Makan beberapa biji tiga kali sehari.

Ok, demikian petua tradisi mengatasi bau badan. Selain petua-petua tersebut, satu lagi amalan yang sememangnya sedia diketahui ramai adalah dengan menggosok ketiak dengan bahagian belakang tangan setiap kali mandi.

Selamat mencuba.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

12 thoughts on “PETUA TRADISI MENGATASI BAU BADAN

  1. TehR

    banyak petua yang boleh diamalkan
    mudah dan murah
    asal saja rajin dan ada kemahuan

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Ya sdra Juan, bukannya sedikit kes macam tu .. Lepas ni cer tanya dengan orang terdekat, mana lah tahu kita sendiri tak sedar kan ..

      Reply
  2. hafizi

    memang terbukti, petua dulu dulu xakan ditelan zaman… masih di gunakan hingga ke dalam dunia blogger hiihi

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me