PETUA REDAKAN BATUK

By | August 31, 2013

Salam Merdeka

Saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Anda bagaimana ?

Batuk. Batuk dan selesema ( lambat pula baiknya 🙁 ). Itulah keadaan saya sekarang yang menjadi punca mengapa blog tak di update. Bukan sebab server down tapi saya yang down .. tension,tension !

Sungguh, batuk yang menyerang kali ini sungguh menyeksakan. Buka mulut nak mengajar , irama koh,koh,koh yang keluar. Pergi ke pasar raya pun begitu juga. Ramai yang berpaling melihat. Malu betul ;(  Nak singgah di warung kegemaran pun terpaksa berfikir banyak kali. Tak selesa. Macam ada ‘benda’ yang menggaru-garu tekak. Batuk sampai terasa bersimpul urat perut.

Sesetengah wanita ada yang terkucil akibat batuk ni. Alhamdulillah setakat ini belum lagi sampai ke tahap itu. Hanya yang pernah mengalami saja tahu betapa terseksanya dalam keadaan begini.

Bermacam-macam petua redakan batuk telah dicuba.

Sumber : Google Images
  1. Lumurkan pada bahagian luar tekak ( ye laa, mana boleh buat pada bahagian dalam tekak huhuhu ) dengan kapur barus makan yang telah dicampur dengan perahan limau nipis .
  2. Campur sesudu makan madu dengan perahan lemon ( jika tak ada boleh guna limau kasturi ) lalu minum  3 kali sehari.
  3. Minum sesudu besar perahan limau nipis yang telah dicampur dengan sedikit kicap
  4. Minum perahan air asam jawa yang telah diembunkan semalaman
  5. Ambil kerak nasi, rendamkan dalam air suam dan biarkan hingga kembang. Minum air rendaman itu setiap pagi
  6. Tumbuk atau kisar lumat secekak daun pegaga bersama sedikit gula. Tapiskan, buang serat  dan ambil patinya sahaja. Embunkan semalaman lalu minum 2 kali seminggu.
  7. Minum sesudu madu yang dicampur dengan air perahan  limau nipis setiap pagi ketika perut kosong selama seminggu.
  8. Minum sesudu besar madu yang dicampur dengan air suam 3 kali sehari

Ok, setakat ni, kebanyakan petua di atas telah pun dicuba kecuali petua no 4 dan 5.  Selepas dicuba nanti, jika masih tak hilang nampaknya tak ada pilihan lain lagi selain bertemu janji dengan tuan doktor. Bab paling malas nak dilakukan. Bukan kerana takut ke klinik, takut kena inject ke apa … ( orang perempuan dah biasa ulang-alik ke klinik untuk pemeriksaan berkala ketika hamil dan kemudiannya bersalin, jadi jarang dengar orang perempuan takut ke klinik … biasanya kes2 takut ke klinik ni orang lelaki ….. teng,teng,teng 😛 . Bukan mengata, sekadar berkata-kata hihihi jangan marah ).

Malas sebab nak kena tunggu turn yang panjang, jumpa doktornya kejap aje. Kadang tak sampai 5 minit pun 😐

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

4 thoughts on “PETUA REDAKAN BATUK

  1. ajumohit

    saya pun amalkan madu campur perahan limau kak, anak2 pun begitu juga, mula2 pergi klinik tp klu dh 4/5 hari tak elok2 baru saya berikan madu tu, sama juga dengan selsema biasanya serbuk kunyit campurkan dengan cuka makan dan sapu kat hidung ;). Semoga akak segera sihat sentiasa 😉

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me