Tudung kanak-kanak
Petua Putihkan Dan Hilangkan Karat Gigi – Kongsi Macam2 Cerita

Petua Putihkan Dan Hilangkan Karat Gigi

Dengan Bismillah

Petua putihkan dan hilangkan karat gigi .

Bila sebut pasal gigi, saya ada kenangan zaman kanak-kanak  tentang sakit gigi yang tak mungkin dapat dilupakan.

Tak ingat masa tu sama ada tadika atau dah masuk darjah satu. Satu malam gigi saya sakit sangat . Mungkin dah berlubang dan bergoyang dan perlu dicabut. Semalaman menangis sampaikan emak dan ayah pun tak boleh tidur.

Keesokan paginya, bila dapat tahu ayah hendak bawa saya ke klinik untuk cabut gigi, saya melolong atas vespa  ( lelaki ada vespa masa tu memang dikira macho habis laa kikiki ) sepanjang perjalanan hingga ke klinik. Masya Allah langsung tak ada rasa malu pun masa tu 😀 … Tak nak cabut, doktor guna playar..sakitttt,sakit !! Ayat itu lah yang saya ulang beratus kali agaknya .

Sampai sekarang, umur dah mencecah 4 series, emak masih mengulang cerita serupa bila ada anak cucu yang sakit gigi. Alahai omak …

Ya, gigi yang sihat, putih berseri memang penting untuk penampilan dan keyakinan diri. Tidak dapat tidak apabila kita bercakap dan tersenyum, gigi tetap akan kelihatan. Beruntunglah bagi yang rajin dan pandai menjaga kesihatan gigi, senyuman akan terlihat lebih cantik dengan barisan gigi yang putih berseri. Namun bagi yang ada masalah gigi kuning, berkarat atau ada karies gigi .. penampilan cantik tetap kelihatan ada cacat celanya.

Di sini saya kongsikan petua putihkan dan hilangkan karat gigi secara tradisional berdasarkan beberapa petua orang lama yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah gigi kuning dan karat pada pada gigi.

Petua Memutihkan Gigi Yang kuning

  • Colekkan sedikit kapur sirih pada hujung putik kapas. Gosok perlahan-lahan di celah gigi yang kuning. Berkumur-kumurlah selesai melakukannya.Amalkan selalu.
  • Bakar sehingga hangus sebiji pinang kemudian tumbuk halus. Gosokkan serbuk pinang ini pada  gigi. Kumur bersih.
  • Bakar daun kelapa hingga menjadi abu. Gosokkan abu tersebut pada gigi hingga putih. Kemudian, berkumurlah dan gunakan ubat gigi serta gosok gigi seperti biasa.
  • Goreng tanpa minyak sedikit asam jawa kemudian tumbuk halus dan ambil debunya. Gosokkan pada gigi setiap hari sehingga nampak kesannya.
  • Tumbuk sepotong halia dan sesudu garam kasar sehingga lumat. Tambah sedikit air dan berkumurlah dengan air tersebut setiap kali selepas menggosok gigi pada sebelah malam iaitu sebelum tidur. Gigi anda bukan sahaja akan kuat dan putih malah mulut anda pun akan berbau harum.
  • Campurkan sedikit garam pada ubat gigi. Kemudian gosoklah pada gigi setiap pagi. Gigi akan kelihatan lebih putih berseri.
  • Sapukan soda bikarbonat pada berus gigi dan gosok sehingga berkilat. Selain itu makan buah strawberi setiap hari untuk menjaga gigi.

Petua Menghilangkan Karat Gigi

  • Bersihkan biji asam jawa dan goreng tanpa menggunakan minyak sehingga garing. Selepas itu tumbuk sampai hancur. Campurkan sedikit air dan gaul rata. Sapu pada gigi setiap hari dan lihat hasilnya.
  • Gosokkan sedikit pasir laut pada gigi dengan menggunakan tangan atau berus gigi. Amalkan selalu.

Ekstra dalam petua putihkan dan hilangkan karat gigi : Tip Atasi Gusi Bengkak

  • Rebus kulit mempelam atau mangga dengan air dan campurkan dengan sedikit garam. Biarkan sehingga suam panas dan  berkumurlah.
  • Amalkan berkumur-kumur dengan air garam setiap pagi. Ini bukan sahaja untuk kesihatan gusi tetapi juga diamalkan untuk mengekalkan kesihatan gigi.

Petua putihkan dan hilangkan karat gigi ini adalah petua tradisi amalan orang -orang tua zaman dahulu yang tak lekang dek zaman. Cuma perlukan sedikit kerajinan untuk melakukannya. Maklumlah untuk mengamalkannya, perlu sediakan bahannya dahulu. Macam buah pinang tu ..Hmm, agak-agak mudah tak nak jumpa buah pinang pada zaman sekarang ni ? Bukannya apa, pokok pinang pun ada yang tak kenal sekarang ni. Inikan pula buah pinang ..kikiki. Jangan marah naa, realiti tu.

Bagi yang tiada masa untuk menyediakan bahan-bahan tersebut, nampaknya perlulah berdisiplin dalam menjaga kesihatan dan kebersihan gigi.

Pilih ubat gigi yang betul-betul dapat menyokong kesihatan gusi dan gigi. Zaman sekarang kan ada pelbagai jenama. Semuanya bagus-bagus belaka. Jika tidak berjaya juga menghilangkan karat dan kekuningan pada gigi, mungkin anda perlu mencuba ubat gigi keluaran Forever Living. Ubat gigi berasaskan aloe vera ini  mungkin sedikit mahal berbanding jenama biasa di pasaran, namun ramai yang telah memberikan feedback positif sebaik mencuba ubat gigi ini .

Forever Toothgel2Forever Toothgel3

Ingin mencuba ubat gigi berkualiti tinggi keluaran Forever Living ? Klik pada tab “Hubungi” di atas atau whatsapp sahaja ke talian 019-5519115 untuk info lanjut

Terima kasih sudi baca entri Petua putihkan dan hilangkan karat gigi kali ini.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

2 Comments on "Petua Putihkan Dan Hilangkan Karat Gigi"

  1. memang nak cari petua putihkan gigi ni, barulah yakin bila tersenyum 😉

  2. wow..berita baik untuk mereka yang menghadapi masalah tersebut..

    gusi berdarah memang mencabar juga tu.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me