Tudung kanak-kanak
PETUA MUDAH MERAWAT SAKIT KEPALA DAN PENING – Kongsi Macam2 Cerita

PETUA MUDAH MERAWAT SAKIT KEPALA DAN PENING

Salam hujung minggu buat semua. Diharapkan kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Pada musim cuaca panas begini, masalah kesihatan seperti batuk, demam panas atau sakit kepala lebih kerap berlaku. Puncanya pelbagai, boleh jadi juga kerana kurang minum air. Jika nak tahu gejala kekurangan air dalam tubuh, mungkin kalian boleh luangkan masa seminit dua untuk membaca entri ini.

Ok, untuk perkongsian ilmu @ maklumat kali ini, apa kata kita sama-sama pula lihat beberapa petua mudah  merawat sakit kepala dan pening . Petua ini mudah sahaja untuk dicuba. Ia sekadar menggunakan sumber alam yang ada di sekeliling kita seperti daun sirih, limau nipis, asam jawa dan sebagainya.

Petua Mudah Merawat Sakit Kepala Dan Pening

  1. Tumbuk enam helai daun sawi bersama sedikit garam hingga lumat. Lumur dan gosok perlahan-lahan pada dahi dan sekitar pelipis. Amalkan sebelum tidur dan bersihkan keesokannya.
  2. Ramas segenggam asam jawa dengan secawan santan. Tapiskan dan buang hampasnya. Basahkan kepala dengan air asam tersebut dan litupi kepala dengan tuala lembap. Biarkan hingga kering sebelum dicuci bersih.
  3. Cari 2 atau 3 helai daun setawar lalu ditumbuk lumat. Lumur pada seluruh kulit kepala dan litupi kepala sama seperti di petua nombor 2. Biarkan semalaman dan mandi seperti biasa keesokannya.
  4. Ramas beberapa helai daun sirih  bersama sedikit air. Basahkan seluruh kepala dengan air tersebut sambil diurut pada kulit kepala. Biarkan selama 20 minit sebelum dibersihkan.
  5. Minum air rendaman beberapa keping asam gelugur yang telah direndam semalaman.
  6. Ramas beberapa helai daun kunyit  dengan sedikit air. Sapu rata pada seluruh kulit kepala. Biarkan beberapa ketika sebelum dicuci.
  7. Ambil batang lembut pada bahagian daun lemuni dalam anggaran sekilo. Masukkan ke dalam sarung bantal ,bantal tidur anda. Tidur dengan menggunakan bantal tersebut. Amalkan 2 atau 3 kali dalam seminggu.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

6 Comments on "PETUA MUDAH MERAWAT SAKIT KEPALA DAN PENING"

  1. owh theme baru ye kak, lama dah tak jumpa daun setawar, masa sekolah dulu selalu letak dalam buku teks 😉

  2. daun sawi tuh, sayur tuh ke? huhu
    anyway jemput jalan2 sini http://www.nadiasecreto.com

  3. sakit kepala bila banyak angin dalam badan
    biasanya urut ibu kaki je

  4. pening masuk angin pon ada, pening kalau tak minum kopi pon ada jugak…terus baik pulak tu bila minum kopi.. teruk kan. hohoho

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me