Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Peluang Tambah Pendapatan Dengan Forever Living

Duduk di rumah sambil ada pendapatan lumayan yang masuk memang satu perkara yang diidam-idamkan kan oleh ramai lelaki dan wanita di luar sana. Terutama bagi mereka yang sudah hilang ‘keseronokan’ dengan kerjaya sedia ada atau mungkin selalu saja berhadapan dengan masalah poket kering sebelum hujung bulan.

Dalam 2 situasi di atas, ramai yang mengambil pendekatan untuk melakukan kerja-kerja sambilan demi menambah duit poket untuk menampung segala keperluan diri.

Banyak jenis kerja sambilan ditawarkan pada hari ini, terutama secara online. Apapun kerjanya, berhati-hatilah memilih supaya anda tidak terlibat dengan aktiviti scam yang hanya merugikan diri anda sendiri.

Untuk perkongsian kali ini, Cik Kiah nak kupas sikit tentang peluang tambah pendapatan dengan Forever Living.

Andai kata anda berharap dengan join Forever Living ni, klik klik jer terus dapat duit dan jadi kaya .. bermakna anda tersilap chanel. Berhentilah membaca dan carilah entri yang lain.

Forever Living adalah real business. Apabila anda join Forever bererti anda menjadi duta Forever dan ada produk untuk diketengahkan kepada umum. No klik,klik  dapat duit yer 🙂

Ok,macam mana yang dikatakan bila anda join, bermulalah peluang tambah pendapatan dengan Forever Living ?

Begini ya. Apabila anda mendaftarkan diri dengan FL ( Forever Living ), anda akan diberikan akses untuk ke ‘kedai maya’ yang menyenaraikan pelbagai jenis produk FL yang berkualiti tinggi dan bersifat semulajadi. Ada jus aloe vera tulen berkualiti tinggi, ada produk Sunnah berasaskan madu dan delima dan macam-macam lagi yang sangat berpotensi membantu meningkatkan tahap kesihatan pengguna dalam persekitaran yang semakin tercemar ini.

Di ‘kedai maya’ ini ada boleh melakukan pembelian apa-apa saja produk yang menepati keperluan anda. Menariknya anda akan memperoleh potongan harga 15% bagi setiap item. Contohnya bagi produk berharga RM70, anda hanya perlu membayar sebanyak RM59.50 sahaja . Jimat bukan …?! Ya, itulah salah satu daripada keistimewaan apabila anda mendaftar sebagai ahli Forever.  Seumur hidup !

Katakan pula bahawa seorang rakan anda juga tertarik untuk mendapatkan produk FL yang sama daripada anda ( produk yang telah anda beli dahulu ), anda hanya perlu login ke kedai maya anda dan buat pesanan / pembelian pelanggan. Pihak FL akan menghantar terus pembelian tersebut kepada rakan anda tanpa ‘menyusahkan’ anda. Anda tunggu terima komisyen  RM10.50 sahaja. Sekadar menyebut satu contoh.

p/s : produk FL tak ada jual kat pasar raya. Anda perlu mendapatkannya dari pengedar Forever Living.

Itu sekiranya anda memilih untuk menjadi pengedar biasa. Belum lagi cerita jika anda pilih untuk menjadi ahli VIP dan membina rangkaian anda sendiri .

Catatan di atas sekadar menyentuh perkara paling asas sebaik sahaja anda menjadi ahli atau pengedar Forever. Banyak lagi kelebihan menjadi ahli Forever Living yang jika nak saya ceritakan di sini semuanya, akan menjadikan entri ni panjang berjela pula nanti.

Kelebihan-kelebihan lain menjadi ahli FL , in sya Allah akan saya kongsikan sedikit demi sedikit pada entri-entri seterusnya ye.

Mungkin ada yang tertanya, lakukah produk FL di pasaran Malaysia ? Berbaloikah menjadi pengedar Forever Living ?Popularkah  atau ada masa depankah bersama Forever Living?

Andai anda masih berasa was-was, rajin-rajinkan meng’google’ tentang testimoni pengguna FL serta sejarah dan prestasi FL sendiri di pasaran dunia. Di situ anda akan temui jawapan sama ada berbaloi atau tidak menjadi pengedar Forever Living.

Seperkara yang perlu anda sedari, produk kesihatan sentiasa mengungguli carta pilihan pengguna. Semakin maju kehidupan, semakin banyak pembangunan, semakin banyak pula penyakit zaman moden menyerang kesihatan manusia.  Produk FL adalah antara produk terbaik bukan berasaskan dadah yang menjadi pilihan masyarakat hari ni. That’s the reason why u should choose Forever Living .

Berminat untuk tambah pendapatan dengan Forever Living ? Bersedia untuk mengubah kehidupan anda kea rah yang lebih sihat dan selesa ?  Jom sertai saya sebagai ahli Forever Living dan ubah kewangan anda.

 photo 7dc3771e-44cd-46f8-9c32-b0e6b763978e_zpszhpjsqnk.jpg