Tudung kanak-kanak
Panduan Ringkas Sahur Dan Berbuka Agar Kekal Sihat Sepanjang Berpuasa – Kongsi Macam2 Cerita

Panduan Ringkas Sahur Dan Berbuka Agar Kekal Sihat Sepanjang Berpuasa

Panduan Ringkas Sahur Dan Berbuka Agar Kekal Sihat Sepanjang Berpuasa

Assalamualaikum semua

Tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh warga Muslim di Malaysia khasnya kepada pembaca yang sedang membaca post pada kali ini. Mudah-mudahan amalan puasa serta ibadah lain sepanjang Ramadhan Kareem ini diterima Allah sepenuhnya.

Terlintas untuk menulis panduan ringkas sahur dan berbuka agar kekal sihat sepanjang berpuasa ini kerana berdasarkan pengalaman puasa lepas yang adakala nya diri berasa cergas sahaja sepanjang hari walaupun hari tersebut dipenuhi dengan kerja-kerja berat. Tetapi pada hari lainnya, ada juga terasa tidak bermaya, pedih perut, kembung, kerap berasa hendak terkucil, dahaga keterlaluan dan sebagainya.

Puas juga memikirkan punca gejala demikian. Mengapa perut terasa pedih, mengapa awal lagi sudah terasa letih… Di manakah  silapnya ?

Rupa-rupanya, apa yang kita makan dan minum sewaktu sahur dan semasa berbuka akan mempengaruhi prestasi tubuh sepanjang hari berpuasa tersebut.

Jadi apa kata kita lihat sedikit panduan ringkas sahur dan berbuka agar kekal sihat sepanjang berpuasa

Panduan Ringkas Bersahur

  • Elakkan minuman manis, bergas, berkafein dan berais semasa sahur. Minuman jenis ini terutama yang berkafein seperti kopi, teh,Nescafe, Milo dan sebagainya cenderung merangsang pundi kencing sesetengah orang menjadi lebih aktif dan kerap membuang air kecil. Ini menyebabkan tubuh kehilangan banyak cecair dan akan berasa letih lebih awal daripada waktu sepatutnya. Minuman berais pula dikatakan menjadi punca mengapa tahap dahaga anda akan terasa lebih ketara semasa berpuasa.
  • Elakkan makanan pedas dan berminyak kerana kebanyakan makanan pedas dan berminyak mudah membuatkan perut dan usus anda berasa pedih dan tidak selesa.
  • Elakkan makan hidangan berat secara berlebihan kerana terlebih makan juga akan menyebabkan tubuh terasa letih dan boleh menjadi penyumbang kepada pertambahan berat badan
  • Banyakkan minum air kosong atau air suam
  • Makan makanan berasaskan bijirin seperti oat, roti gandum penuh sebanyak  satu atau 2 hidangan kerana makanan jenis tersebut dapat membantu menahan rasa lapar sepanjang berpuasa.
  • Pastikan ada hidangan buah atau sayur-sayuran untuk membantu proses penghadaman dan membentuk usus yang sihat

Panduan Ringkas Berbuka

  • Menyegerakan berbuka sebaik masuk waktunya
  • Mulakan dengan buah tamar / kurma dan air kosong
  • Elakkan minuman berkarbonat yang hanya menambahkan lagi kadar gula dalam tubuh
  • Elakkan minuman berkafein kerana ia hanya akan mengganggu penyerapan nutrien yang diperlukan oleh tubuh
  • Elakkan sama sekali junk food atau makanan berjeruk
  • Kurangkan makanan berminyak, berlemak atau bersantan dan lebihkan makanan yang dimasak secara sihat sama ada berkukus atau berpanggang
  • Lebihkan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan pada skala 3-5 hidangan

Demikian sahaja perkongsian cerita panduan ringkas sahur dan berbuka agar kekal sihat sepanjang berpuasa untuk kali ini. Moga anda sihat-sihat sahaja sepanjang sebulan berpuasa.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

1 Comment on "Panduan Ringkas Sahur Dan Berbuka Agar Kekal Sihat Sepanjang Berpuasa"

  1. Bagus tips ni. walaupun dah hampir setengah ramadhan, tp masih boleh dipraktikkan lagi ni.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me