PANDUAN MEMASAK SEMASA BERDIET

By | January 14, 2014

Assalamualaikum & Salam Ceria

13 hari mengharungi 2014, sudah ada tanda-tanda kejayaan dalam melaksanakan azam tahun baru atau tidak ? Jika ada, itu memang petunjuk yang bagus tapi jika sebaliknya, cepat-cepatlah buat ‘ U Turn ‘ ye 🙂

Bukan apa lah, sekadar mengingatkan diri sendiri juga secara tak langsungnya. Jika kalian rajin mengunjungi blog ni, tentu perasan kekerapan saya menulis entri baru semakin menurun. Memang diakui awal-awal tahun begini, kerja lebih banyak daripada biasa. Dan tentu saja keutamaan perlu saya berikan kepada kerjaya hakiki, sebab di situ letaknya periuk nasi keluarga..

Ok, khas untuk mereka yang dalam misi menurunkan berat badan, jika semua usaha telah dilakukan tapi kelihatannya masih lagi  kurang berhasil, mungkin kalian perlu ikuti panduan memasak semasa berdiet yang tersenarai di bawah ini sebagai rujukan.

** Panduan Diet Berkesan & Selamat **

Panduan Memasak Semasa Berdiet

  • Pilih untuk beralih kepada cara mengukus,mencelur, merebus atau memanggang berbanding menggoreng kerana kaedah menggoreng pasti saja melibatkan penyerapan lemak atau minyak secara berlebihan.
  • Pilih untuk menggantikan santan kelapa dengan penggunaan susu cair tanpa lemak. Ini kerana kandungan lemak dalam santan daripada sebiji kelapa adalah agak tinggi iaitu 69 %. Jumlah peratusan yang sangat berpotensi untuk menggagalkan misi berdiet anda. p/s : memanglah kurang sedap sebab tekak dah terbiasa dengan santan, tapi lama-kelamaan anda akan menyukainya 😀
  • Pilih untuk menggantikan krim mayonis atau sebarang ‘salad dressing cream’ dengan perahan lemon bagi beberapa jenis hidangan yang berkaitan.
  • Ketepikan sebarang bahagian lemak yang kelihatan seperti kulit ayam (wajib buang – kulit ayam dipercayai salah satu penyebab kanser ) dan lelemak lain yang ada pada daging.
  • Gunakan putih telur sahaja untuk sesuatu resepi.
  • Jika perlu menggoreng, pastikan anda tos betul-betul minyak gorengan daripada masakan tersebut.
  • Hidangkan sebahagian kecil sahaja makanan berlemak dan perbanyakkan bahan berserat seperti sayur,ulam dan buah.
  • Pilih keju rendah lemak seperti keju mozzarella  yang dihasilkan daripada susu separuh krim dan lain-lain keju rendah lemak untuk digunakan dalam masakan.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

15 thoughts on “PANDUAN MEMASAK SEMASA BERDIET

    1. SisHaza Post author

      Betul tu ..tengok macam ayam goreng kat pasar malam atau KFC tu… berebut aje masimng-masing nak bahagian kulit yang ranggup tu. Tapi memang betul bahaya maa

      Reply
  1. suri

    sekarag saya suka goreng ikan tapi bab minyak cerewt gak.semjak umur makin bertingket-tingket heeee.

    Reply
  2. hafizmd

    Terbaiklah. Mmg nampak macam senang, tapi bab nafsu makan ni, kdg2 payah juga nak menahannya..nak2 masa lepas penat kerja…mulut asyik meronta2 nak makan..hahaha

    kulit ayam tu mmg dah lama kami sekeluarga tak makan…masa beli, request sila buang kulit sekali…hehe

    thanks sis utk tips..terbaiklah!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me