JANGKITAN SALUR KENCING

By | June 30, 2013

Salam Ahad,

Hari ni tak ada cerita tentang putu.. hihi, tapi nak bercakap bab kesihatan wanita sikit. Kali ini entri berkaitan jangkitan salur kencing : punca dan cara mengatasi

Pernah dengar tentang ‘jangkitan trek urinari’? Maksudnya salur kencing lah.

Gejala ini lazim berlaku di kalangan kita terutama kaum wanita, cuma yang kita mungkin tidak ketahui adalah apakah ia dan apakah puncanya?

Jangkitan trek urinari adalah jangkitan yang berlaku pada sistem saluran kencing.Trek urinari terdiri daripada organ yang mengumpul, menyimpan serta mengeluarkan air kencing daripada badan iaitu, buah pinggang (kidney), ureter, pundi kencing (bladder) dan salur kencing (uretra) .

Jangkitan jenis ini jarang mendatangkan komplikasi tetapi boleh mengundang masalah kesihatan yang serius jika jangkitan telah merebak ke bahagian buah pinggang. Ok, apa kata kita lihat dulu fungsi-fungsi organ secara umum.

Fungsi-fungsi Organ

  • Buah pinggang (kidney)

Mengumpul bahan kumuh dan lebihan air daripada darah dalam bentuk air kencing.

  • Ureter

Membawa air kencing daripada buah pinggang ke pundi kencing .

  • Pundi Kencing

Menyimpan air kencing dan menolak keluar air kencing apabila mencapai takat penuh.

  • Salur Kencing (uretra)

Tiub kecil yang membawa keluar air kencing daripada pundi kencing semasa kencing.

Ok, fungsi-fungsi organ sudah diketahui so bagaimana agaknya  jangkitan bermula ?

Jangkitan lazimnya bermula di trek urinari bahagian bawah (salur kencing & pundi kencing) tetapi jika tidak dirawat, ia boleh merebak ke trek urinari bahagian atas (ureter & buah pinggang). Jangkitan di pundi kencing (sistitis) adalah jenis jangkitan yang lazim berlaku.

Jangkitan di bahagian salur kencing dikenali sebagai uritritis manakala jangkitan di buah pinggang (pilonefritis)memerlukan rawatan segera kerana boleh menyebabkan gangguan fungsi buah pinggang dan juga kematian bagi kes yang teruk.

Siapa berisiko mendapat jangkitan salur kencing atau trek urinari ?

Jangkitan trek urinari boleh berlaku dalam kalangan lelaki, wanita & kanak-kanak. Namun begitu biasanya wanita mudah mendapat jangkitan ini iaitu dalam nisbah 5:2 berbanding lelaki dan 1:5 di kalangan wanita daripada pelbagai peringkat umur.

Punca-punca Jangkitan

1. Dianggarkan 80% kejadian jangkitan trek urinari disebabkan oleh bakteria yang terdapat di bahagian anal (salur najis). Pada bahagian ini, ia tidak akan memberi sebarang kesan penyakit, namun jika ia tiba di bahagian sistem kencing, jangkitan akan berlaku.

2. Bakteria penyebab masalah ini dikenali sebagai Escherishia coli (E.coli). Lain-lain bakteria yang turut menyumbang kepada jangkitan adalah staphylococcus, chlamydia trachomatis dan mycoplasma hominis. Saluran masuk bakteria adalah melalui salur kencing , di mana lazimnya badan manusia dapat menyingkirkan bakteria ini tanpa sebarang simptom. Golongan mudah terdedah kepada jangkitan ini adalah wanita & warga emas.

3. Jangkitan trek urinari lazim berlaku di kalangan wanita disebabkan ukuran salur kencing wanita yang lebih pendek (3.8 cm/1.5 inci) berbanding lelaki (20 cm/8 inci) serta kedudukan salur kencing wanita yang lebih hampir dengan anus (saluran najis)

4. Tersekatnya aliran keluar air kencing disebabkan tumor atau batu karang di pundi kencing.

5. Aktiviti seks yang terlalu aktif juga boleh menyebabkan jangkitan terutama apabila berlakunya iritasi pada salur kencing. Iritasi pada lapisan mukosa salur kencing, menyediakan keadaan lembap sesuai untuk pertumbuhan bakteria ke dalam trek urinari.

6. Penggunaan produk feminin/intimasi yang kuat kandungannya menyebabkan iritasi pada salur kencing.

7. Penggunaan alat-alat pencegah kehamilan seperti diafram juga mendedahkan wanita kepada risiko jangkitan.

8. Jangkitan dalam kalangan wanita yang telah menopaus (putus haid) pula adalah disebabkan oleh penipisan dan kelemahan tisu vagina, salur kencing dan dasar pundi kencing akibat kemerosotan hormon estrogen.

9. Wanita mudah mendapat jangkitan jika turut menghidap diabetes atau lain-lain penyakit kronik yang mengganggu ketahanan badan terhadap jangkitan.

10. Pengambilan ubatan tertentu seperti kortison dalam dos yang tinggi mendedahkan wanita terhadap risiko jangkitan.

Simptom Jangkitan Trek Urinari

  1. Saluran kencing rasa pijar /terbakar semasa kencing
  2. Kencing kerap dengan kuantiti air kencing yang sedikit setiap kali kencing.
  3. Rasa terdesak untuk kencing.
  4. Kehadiran darah dalam air kencing.
  5. Keluar cecair kekuning-kuningan dari salur kencing.  Sakit di bahagian belakang atau bawah abdomen (bahagian pelvik).
  6. Letih lesu
  7. Demam rendah
  8. Air kencing berwarna keruh,gelap dan berbau kuat.

Komplikasi

Jika rawatan awal diabaikan,ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius seperti penyakit polinefritis yang menyebabkan kerosakan kekal pada ginjal. Bagi ibu hamil pula,berisiko melahirkan bayi kurang berat badan dan kelahiran pra-matang. Si ibu juga berkemungkinan berhadapan dengan risiko tekanan darah tinggi.

Kaedah  Mengesan  Jangkitan Trek Urinari ?

Ujian air kencing dilakukan untuk melihat jenis bakteria dan mengenalpasti jenis antibiotik yang boleh memusnahkan bakteria tersebut.

Kaedah Rawatan

  1. Rawatan antibiotik diberi untuk merawat jangkitan berdasarkan jenis bakteria yang hadir di dalam air kencing.
  2. Ubat penahan kesakitan.
  3. Ubat demam.

Langkah-langkahan Pencegahan ( Mencegah lebih baik daripada merawat )

  1. Minum lebih air iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk menyingkirkan bakteria daripada sistem kencing.
  2. Elakkan menahan kencing (membiarkan pundi kencing penuh akan menggalakkan pembiakan bakteria dalam air kencing yang lama bertakung di dalam pundi kencing)
  3. Cuci & lap kering bahagian sulit dengan pergerakan dari atas menghala ke bawah (vagina ke anus) terutama selepas membuang air besar. Pastikan bahagian sulit sentiasa dalam keadaan kering.
  4. Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas.
  5. Pakai seluar/jeans yang agak longgar untuk memastikan bahagian sulit sentiasa kering.
  6. Kencing setiap kali selepas melakukan hubungan intim untuk mengeluarkan bakteria yang mungkin masuk ke salur kencing semasa aktiviti tersebut.
  7. Gunakan kondom semasa melakukan hubungan intim untuk mengurangkan risiko mendapat infeksi.
  8. Elakkan penggunaan produk feminin yang boleh memberi kesan iritasi pada salur kencing.
  9. Gunakan produk feminin yang lembut & bebas pewangi. Bagi wanita yang mengawal kesuburan, elakkan mengguna kaedah diafram & penggunaan spermisid kerana kedua-dua kaedah ini didapati berisiko mendedahkan wanita terhadap jangkitan trek urinari. Pilih kaedah perancang kesuburan yang lain.

** Sumber : Majalah Rapi Julai 06

p/s : Entri ini pernah saya siarkan di blog pertama saya, ujanasihat.com pada Disember 2009. Blog yang kini sangat jarang di update. Kemungkinan besar juga saya akan menamatkan blog tersebut disebabkan kekangan masa . Agak2 kalian semua, wajar tak ?

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

6 thoughts on “JANGKITAN SALUR KENCING

  1. ajumohit

    tq for sharing kak, byk juga yg saya tak tahu, betul tu kak mrncegah lebih baik dari merawat

    Reply
  2. Pingback: TIPS PENTING MENJAGA KEBERSIHAN ZON V : Love Your V ! - Kongsi Macam2 Cerita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me