Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah  Lagi Maha Mengasihani

Entri terkini selepas 15 hari. Mungkin sedikit ringkas tapi lebih baik daripada tak ada langsung kan.

Kali ini nak tulis review atau kupasan ringkas tentang Garden of Eden Rosa E Pigmentation Serum. Yup, seperti yang telah dijanjikan … inilah dia.

 photo 1bfa85fe-de59-4003-bac3-b75605794eb5_zps15aa7592.jpg
Serum Jeragat Rosa E keluaran Garden of Eden

Rosa E Pigmentation Serum – Lightens Pigmentation & Wrinkles. With rose hip seed oil,natural vitamin e & grape seed oil

  • Serum Jeragat Rosa E  Menyamarkan Jeragat dan Mengurangkan Kedutan
  • Diperbuat 100 % daripada ekstrak tumbuhan
  • Diperkaya dengan minyak biji anggur dan minyak rose hip ( ekstrak biji bunga mawar )
  • Serum ini dijamin tidak mengandungi sebarang sumber daripada haiwan, alkohol, bahan pengawet,bahan pewarna, bahan pewangi dan bahan sintetik.
  • Dirumus khas daripada sumber / ekstrak  tumbuhan yang diketahui bertindak dengan lembut dan efektif terhadap kulit.
  • Dirumus berdasarkan QPA Formula yang menyokong penyerapan cepat dan berkesan untuk menghasilkan keputusan yang tepat dan memuaskan.
  • Tidak melekit atau berminyak
  • Tidak menyebabkan alergi atau alahan.
  • Penggunaan berterusan dipercayai dapat merangsang regenerasi sel-sel kulit, melambatkan kesan penuaan.
  • Merangsang peningkatan  perlindungan anti oksidan
  • Melembap dan melembutkan kulit
  • Sesuai untuk mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata dan kulit yang sensitif
  • Dan yang pentingnya , disahkan HALAL

Arahan Penggunaan Garden of Eden Rosa E Pigmentation Serum :

Sapukan 2-3 titis dan lakukan sedikit urutan pada keseluruhan wajah atau kawasan yang bermasalah. Boleh digunakan setiap hari pada waktu malam dan siang selepas mencuci muka . Walau bagaimanapun untuk penggunaan lebih berkesan, gunakan Grape E Serum pada siang hari, manakala Rosa E Serum pada waktu malam untuk hasil yang lebih memuaskan.

Haha… harap bagi pembaca yang mencari maklumat tentang produk ni ( jika ada ), berpuas hati dengan  review ringkas ni ye.

Boleh dapatkan di Guardian jika ingin mencuba. Kat tempat lain tak pasti pula heheh..

Hasil penggunaan sendiri ?

Emm, kulit rasa lebih lembap .. so far, nampak seperti sudah berkurangan jeragatnya. Tak taulah sama ada perasaan saya sahaja atau cermin yang menipu  😀

 photo 1c6d1b12-8147-4f5b-b9f4-fb827aed2699_zps6afa9302.jpg

** First appearance model dari Pergunungan Himalaya … mata dan hidung terpaksa disembunyikan demi keselamatan politik ahakks, perkara paling cuba makcik elakkan tapi untuk entri kali ini terpaksa bagi memenuhi keperluan entri. Tak nampak sangat kan jeragatnya.  ( kata2 menyedapkan hati huhuhu .. 😀 )

Ok, itu saja review Serum Jeragat Rosa E Garden of Eden.

11 Comments

  1. bahan berasaskan tumbuhan memang terbaik
    gunakan tanpa was-was

  2. H H,dah kahwin macam ini tak pernahlah saya jaga kulit badan.

    1. Author

      Eh,zaman sekarang ada ramai juga lelaki berkahwin terlebih obses jaga kulit ..mengalahkan perempuan 😀

    1. sy pun guna brand ni sangat bagus…

  3. Sis nak tanye..brape lama pakai jeragat tu jadi pudar..cam teringin nak cuba la

Leave a Reply to Salina Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *