Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Forever Living, …. Begini Kisahnya !

Begini kisahnya bagaimana saya boleh ‘terjebak’ dengan Forever Living. Sebelum tu, kalau ada yang masih tak tau, Forever Living ni adalah sebuah syarikat antarabangsa yang memasarkan produk kesihatan berasaskan aloe vera atau yang selalu disebut orang Melayu sebagai daun lidah buaya.

Forever dan produk-produknya sudah berada di pasaran lebih daripada 30 tahun. Memang satu tempoh yang cukup lama kan dan jarang sekali boleh kita lihat sesebuah syarikat berkonsepkan MLM boleh bertahan sehingga tempoh begitu.

Oh MLM, Maharaja Lawak Mega Multi Level Marketing rupanya ! Ramai yang skeptic dengan akronim MLM ni ,sejujurnya termasuk saya sendiri. Macam berhantu pulak ye.

Kita lupakan sat pasal pasal MLM , pasal upline downline ni. Bukan itu yang hendak saya kongsikan.

Forever Living, … Begini kisahnya ! bagaimana saya mengambil keputusan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga  mereka. Forever Living lah maksud aii 🙂

Awal tahun 2016 ni, saya berhasrat untuk mendapatkan jus aloe vera  untuk diberikan kepada Mr Hubby dan anak saya yang bongsu, Hafiy.

My Mr Hubby adalah seorang pesakit hipertiriod. Disahkan hipertiriod pada tahun 2003. Bermakna sudah 13 tahun pun diduga dengan penyakit ini. Pernah menghampiri kegagalan jantung sehingga doktor menyarankan untuk menjalani terapi radioaktif bagi mematikan sel-sel tiriod sebelum proses ‘topup’ semula. Namun sampai sekarang, belum dapat dijalankan kerana hormon T4 nya tidak pernah stabil bagi membolehkan terapi tersebut dijalankan dengan selamat dan jayanya.

Hafiy pula mengalami resdung kronik. Kulitnya menjadi begitu sensitive dan meninggalkan terlalu banyak parut sehinggakan penampilannya kelihatan seakan sentiasa ‘comot’.

Saya ? Awal tahun ini disahkan menghidap kolesterol tinggi. Itu pun dapat trace apabila saya demam dan sukar kebah. Padahal baru 3 bulan sebelumnya ada buat medical check up , semuanya ok saja.

Allah hu akbar , Allah Maha Besar. Dugaan memang banyak bersuamikan seorang pesakit hipertiriod. Ditambah pula dengan keadaan anak dan kesihatan diri yang tidak menentu, membuatkan diri jadi pantang mendengar di mana-mana ada ubat atau makanan tambahan yang boleh membantu meringankan penyakit-penyakit tersebut, kalau pun tak dapat menyembuhkan sepenuhnya.

Jadi apabila terbaca tentang khasiat jus aloe vera Forever, saya pun segera mencari senarai stokist yang ada di negeri ni. Malangnya, tiada senarai ditemui dan stokist berdekatan boleh dihubungi ada di Kodiang Kedah. Tak mengapalah, Kodiang pun Kodiang lah. Bukannya jauh mana pun, sekadar sempadan negeri saja. Lagi pun boleh dikatakan hampir setiap minggu saya ke Jitra. Bermakna hampir setiap minggu jugalah saya lalu di hadapan kedainya.

Suatu hari saya ajak Mr Hubby ke kedainya. Malang sekali kedainya tutup. Salah saya juga sebab hari itu hari Jumaat. Lupa yang Kedah bercuti pada hari Jumaat 😀

Selepas itu, pada minggu lainnya saya singgah lagi di kedai si stokist ni ketika dalam perjalanan ke Jitra. Tutup lagi ! Kali ketiga, tutup juga. Saya pun berhenti berulang alik ke kedainya. Lupa terus berfikir tentang hajat nak jadi ahli jus aloe vera.

Beberapa bulan kemudian,sehinggalah minggu akhir Ramadhan lalu, tiba-tiba teringat kembali tentang hajat untuk mendapatkan jus aloe vera Forever tu. Tapi kali ini saya nekad beli saja secara online . Biarlah saya bersusah payah sedikit, asalkan hajat untuk membantu Mr Hubby dan Hafiy kembali sihat tercapai.

Dan akhirnya inilah dia. Saya sah menjadi ahli Forever Living.

Mengapa saya pilih untuk menjadi ahli ?

Sebabnya sama macam orang lain, mahu mendapatkan harga aloe vera secara lebih murah hehehe. Sudah dapat diagak kannnn,

Ok, begitulah kisahnya bagaimana saya terjebak menjadi ahli Forever.

Saya tau, boring membacanya kan. Namun itulah dia ,bila hati dah geram sebab kedai tak buka. Macam nak tak nak saja berniaga.

Forever Living ….Beginilah  kisahnya !

Thanks sudi baca. In Sya Allah akan ada part ke duanya.