DIET MENGIKUT JENIS DARAH

Salam

Alhamdulillah, sementelah ada sedikit ruang untuk menulis, jadi saya mahu mengotakan janji sebelum ini tentang kaitan diet dan kumpulan darah. Diharapkan catatan yang sedikit ringkas ini berguna buat anda yang sedang dalam perancangan cuba menurunkan berat badan.

Mengikut apa yang diperkatakan oleh Dr. Peter D’Adamo melalui bukunya yang berjudul ‘ Eat Right For Your Type ‘ pengambilan makanan atau diet  mengikut jenis darah tidak akan mendatangkan mudarat pada tubuh, sebaliknya ia berupaya mencegah penyakit ringan sehinggalah kepada penyakit berbahaya seperti kanser.

Apa yang menariknya, dengan pola pemakanan begini, anda tak perlu risau tentang jumlah kalori yang memasuki tubuh !

Formula Diet Extreme – Kurangkan Berat Badan Anda Sekarang!

Berikut ini adalah senarai makanan mengikut kumpulan darah. Terlebih dahulu kenal pasti apakah kumpulan darah anda.

  • Kumpulan darah jenis O :

Sesuai mengambil makanan berasaskan bijirin & juga kekacang. Namun adalah lebih baik, memakan produk daripada daging.

  • Kumpulan darah jenis A :

Sesuai jika anda memilih untuk menjadi ‘vegetarian’ kerana individu dari kumpulan ini digalakkan memakan banyak makanan berasaskan tumbuhan

  • Kumpulan darah jenis B :

Untungnya jika anda tergolong dalam kumpulan ini. Jenis makanan yang elok dimakan lebih  bervariasi  termasuk daging & produk tenusu. Namun harus diingat, makan sekadar mengikut keperluan saja jika mahu menjayakan misi menurunkan berat badan

  • Kumpulan darah jenis AB :

Digalakkan mengambil banyak daging lembu, namun pastikan bukannya dipanggang atau dibakar.

Ok, tidak kira apa jenis darah anda sekalipun, makanlah makanan yang serasi dengan kumpulan darah anda itu secara berpada-pada. Jangan tersalah anggap bahawa anda bebas mengambilnya tanpa batasan kerana ini akan menggagalkan misi anda untuk mengawal berat badan dan mengekalkan  kesihatan diri supaya berada pada tahap maksima.

11 Comments

  1. betul tu kak, tak kira jenis darah apapun kita, tapi makanlah secara berpada2 😉

  2. jom pakat2 turunkan berat badan dan tambahkan pengetahuan mengenai badan

    1. Author

      haa jgn sampai lebih2 pula Khairul..takut kena darah tinggi pula muda2 ni 😀

  3. Saya pulak dari kategori yang digalakkan untuk mengambil banyak daging lembu, tapi bukannya daging yang dipanggang atau dibakar..
    ** Lama tak singgah sini..theme dah responsif…

    1. Author

      Still cari yg lebih responsif lg ni…tamak sungguh hihihi 😛

  4. saya berdarah jenis A.. patut la saya suka makan sayur, ulam.. so makan nasi pun okay laaa

  5. Saya kumpulan darah A. Tak tahu pulak diet saya rupanya “vegetarian” style. Patot susah nak turun brt badan. Actualy sy ada dgr kalau kita derma darah, kte akan turun brt bdn kalau kte jaga pemakanan n exercise,sbb lepas kte derma darah, darah kte akan hasilkan darah baru. Haha. Ntah eak, tp yg pntg kalau nak kurus n sihat, istiqamah gn ape yg kte dah buat n usaha. Inshaa Allah.

Leave a Reply to SisHaza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *