Buat pembedahan untuk kurus ?
Biar betul … ada ke perkhidmatan sebegitu kat negara kita ni ? Dah terdesak sangat ke ? Macam mana dengan kosnya, mahal tak ? Selamat ke ?
Mungkin itulah persoalan yang bermain di benak fikiran sesetengah daripada kita yang masih belum mengetahui tentang adanya rawatan secara lebih pantas untuk menangani masalah obesiti.
Buat pembedahan untuk kurus atau bagi mengatasi kegemukan melampau adalah salah satu lagi alternatif bagi menurunkan berat badan. Berdasarkan apa yang saya ketahui selain liposuction atau proses menyedut lemak terdapat juga kaedah pembedahan untuk menguruskan badan.
<<< TURUN 4 KILOGRAM SEMINGGU >>>
Pembedahan adalah salah satu cara paling mudah untuk mengatasi masalah obesiti. 3 jenis pembedahan yang mungkin akan disarankan oleh doktor kepada anda ialah :
Jaw Wiring
Pembedahan jenis ini dilakukan untuk mengecilkan bukaan rahang mulut supaya individu dengan masalah obesiti tidak akan berupaya makan dengan jumlah yang banyak.
Gastric Reduction
Pembedahan untuk mengecilkan kandungan perut supaya makanan tidak dapat diisi dengan banyak.
Ile-jujenal bypass ( Roux-EnY )
Pembedahan pintasan di mana perut akan disambung terus ke usus kecil yang sekaligus menghalang makanan daripada dihadam
Namun perlu diingat bahawa bukan semua jenis pembedahan ini sesuai untuk anda dan semudah yang disangka. Ia hanya akan dilakukan jika doktor mengesahkan bahawa anda sememangnya perlu berbuat demikian atas faktor kesihatan yang mungkin perlu diatasi dengan kadar segera. Banyak perkara lain yang perlu dipertimbangkan seperti sejarah perubatan termasuklah kos biaya pembedahan.
Sekadar berkongsi apa yang saya tahu. Bukankah blog ini ‘ Kongsi Macam2 Cerita ‘ namanya … !? 🙂 Nak tahu secara mendalam anda perlu berjumpa dengan orang yang selayaknya. Please, jangan tanya saya … tak pasal2 dituduh menyamar jadi doktor pula.
Dari segi kewangan, mungkin bukan semua orang mampu. Kalau mampu pun, bukan semua orang sanggup. Ye lah setiap sesuatu tentu ada risiko, tentu ada buruk dan baiknya. Jadi pilihan lain yang ada adalah dengan mengawal pemakanan, mengamalkan diet sihat secara seimbang serta banyakkan bersenam.
Jika masih ada impian untuk kurus tapi tanpa suntikan, ubat kurus, pembedahan dan sebagainya, anda bolehlah dapatkan maklumat lanjut di sini.
<<< CAPAI BERAT IDEAL DALAM 25 HARI >>>
pernah tgk kat tv, ngerinya kak, baiklah saya begini je 😉
tak sanggup nak buat pembedahan
cabut gigi pun dah takut
Haa ha … betul tu
Emm amalkan gaya hidup sihat dan rajin bersenam serta jangan stress sakan..dah cukup dah..kan kak?
Ye laa Hafizul. Cara tu lebih sihat,jimat dan selamat