BAGAIMANA FORMULA DIET ATKINS DAPAT MEMBANTU MENANGANI MASALAH KEGEMUKAN MELAMPAU ?

By | April 26, 2014

Bagaimana Formula Diet Atkins dapat membantu menangani masalah   kegemukan melampau ?

Inilah persoalan yang ingin cuba saya kongsikan bersama anda pada kali ini. Jika sebelum ini anda sudah cuba bermacam-macam cara untuk kurus, habis beribu-ribu ringgit membeli ubat kurus dan produk pelangsingan, puas berkunjung ke pusat pelangsingan namun hasilnya sekejap sahaja sebelum semuanya kembali ke asal .. mungkin  anda perlu pertimbangkan Formula Diet Atkins  sebagai jalan penyelesaiannya. Ya, pertimbangkan DA ini jika anda mahu kekal sihat , hidup lebih bahagia serta tampil dengan personaliti dan perawakan yang lebih meyakinkan

Opps, tahukah anda apakah Formula Diet Atkins ? Dah pernah dengar ke belum tentang formula ini ?

Jika belum, apa kata beri saya sedikit masa untuk menjelaskannya kepada anda. Sekadar perkongsian maklumat berdasarkan apa yang saya tahu dan fahami, Formula atau Teknik Kurus Dengan Atkins ini adalah satu teknik yang holistik dalam menangani masalah kegemukan secara berkesan dan selamat. Insyaallah dengan pelan diet ini, anda berupaya mencapai berat ideal yang diidam-idamkan.

  1. Dipelopori oleh pakar pemakanan  dari Barat yang dikenali sebagai Dr Robert C. Atkins
  2. Ia 100 % langsung tidak berkaitan dengan penggunaan ubat kurus atau produk pelangsingan
  3. Melalui pelan DA ( Diet Atkins ), pengurangan berat badan dilakukan melalui  konsep pembakaran lemak dan karbohidrat secara pantas
  4. Mereka yang memilih untuk mengamalkan DA ini akan dibimbing untuk mengehadkan pengambilan makanan tinggi karbohidrat seperti nasi, mee, kentang dan gula  apabila badan mula bertindakbalas secara positif dalam pembakaran lemak
  5. DA terbukti dapat mengurangkan antara 6 kg berat seminggu sehingga 30 kg dalam tempoh beberapa bulan bergantung kepada berat badan asal serta kesediaan untuk berdisiplin dalam mengawal corak pemakanan
  6. Tidak perlu berlapar, sebaliknya anda mesti makan tiga atau 5 kali sehari  dengan pilihan menu yang sesuai seperti disarankan dalam DA
  7. Terdapat 4 fasa DA yang perlu dipatuhi iaitu fasa permulaan, fasa penyusutan berat berterusan, fasa pra kekal dan fasa pengekalan berat sepanjang hayat

Bagaimana Formula Diet Atkins dapat membantu menangani masalah kegemukan melampau ? Untuk kefahaman lebih terperinci, suka saya mencadangkan agar anda bacanya dengan teliti di sini.

Sebelum ini, saya mempunyai masalah tekanan darah tinggi,namun tekanan darah kembali normal selepas mengamalkan Diet Atkins ( DA ), kata Mariana Othman ,33, ahli Kelab Diet Atkins yang berjaya menurunkan berat badan 40 kg dari 115 kg kepada 75 kg dalam tempoh 4 bulan.

Petikan testimoni di atas adalah pengakuan sebenar pengamal DA yang  boleh anda baca atau rujuk  di akhbar Harian Metro, Sabtu 26 April 2014 ( Halaman 45 ).

Secara peribadinya saya berpendapat masalah kegemukan bukan sekadar masalah yang mencacatkan penampilan fizikal seseorang individu. Lebih buruk lagi, kegemukan mendedahkan kita semua kepada pelbagai jenis penyakit. Lebih malang jika penyakit yang mendatang dek kegemukan kita itu menjadi punca pula kepada keretakan hubungan dalam perkahwinan dan sebagainya. Suami ,isteri, tunang atau kekasih lari menjauh kerana tidak sanggup bersusah payah menjaga diri kita yang sakit, kemudian mencari orang lain pula sebagai pengganti dalam hidup mereka…. Andaikanlah jika itu yang berlaku, siapa yang hendak dipersalahkan ?!

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

11 thoughts on “BAGAIMANA FORMULA DIET ATKINS DAPAT MEMBANTU MENANGANI MASALAH KEGEMUKAN MELAMPAU ?

  1. Tehr

    kalau setakat hajat dan cita2
    memang tak berjaya
    semangat dan usaha nak kena kuat juga

    moga2 berjaya semua

    Reply
  2. zik

    orang kurus pulak kalau tak jaga pun sekarang nih macam2 penyakit boleh kena.. walaupun tak gemuk..

    Reply
  3. amirulfaiz

    Kena kuat semangat, nafsu kena lentur, selentur-lenturnya. Ikut panduan pakar, takut kesan sampingan yang memudaratkan kepada tubuh.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me