APA ISTIMEWANYA KUCING ?

By | March 15, 2014

Apa istimewanya kucing ?

Selain rupanya yang comel, karektornya yang manja, keletah yang sering mencuit hati … apa istimewanya kucing di mata anda ?

Di negara-negara Barat, terapi haiwan peliharaan  atau animal assisted theraphy ( AAT ) yang dijadikan sebagai alternatif bagi mengurus dan merawat tekanan sangat popular dalam menangani masalah depresi. Kajian oleh para saintis  mendapati individu yang memiliki haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing, lebih bijak serta lebih berupaya mengurus sendiri tekanan atau masalah yang mereka hadapi berbanding individu yang tidak memelihara apa jua jenis haiwan.

Dari sudut perspektif Islam, terapi haiwan peliharaan juga sememangnya membantu meredakan tekanan emosi seseorang individu. Tubuh manusia mengikut sudut pandang agama adalah terbahagi kepada 3 iaitu badan kasar ( jasad fizikal ), badan halus ( emosi  ) dan roh. Bagi menjamin kelangsungan hidup yang sejahtera , keseimbangan antara ketiga-tiga  bahagian ini adalah sangat penting. Jalinan komunikasi atau interaksi sosial antara kedua-dua makhluk ciptaan tuhan ini sangat berupaya membantu manusia untuk mengurus tekanan dalam kehidupan.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa untuk menjayakan interaksi sosial ini, individu yang ingin mencuba terapi haiwan peliharaan haruslah memiliki 4 syarat berikut iaitu minat terhadap haiwan, penyabar, pembersih dan bersedia untuk bertanggungjawab. Kalau tiada minat seperti seorang makcik jiran saya di sini yang sangat takutkan kucing, alamat huru-haralah jawabnya 😀  Silap-silap makin bertambah stress nya kan …

Ok apa istimewanya kucing sebagai haiwan terapi ?

Dikatakan bahawa kucing mampu :

  • mengurangkan tekanan darah. Hanya dengan bermain, membelai dan mengusap kucing, tekanan darah yang meningkat akibat depresi atau emosi yang tidak stabil akan dapat dikurangkan.
  • mengurangkan kadar kolesterol. Membela kucing dapat menurunkan tahap kolesterol dalam badan berbanding pergantungan terhadap ubat-ubatan, mengikut kajian yang pernah dijalankan di Kanada pada tahun 2006.
  • mencetus atau membangkitkan mood gembira. Interaksi dengan haiwan peliharaan yang disayangi tak kira sama ada ketika bermain bersama, usapan, memandikan  atau ketika memberinya makan boleh menukar tenaga dan pemikiran negatif kepada positif.
  • membantu pesakit autisme. Individu kategori autisme memiliki kesukaran dalam berkomunikasi dengan orang lain di sekeliling mereka. Justeru interaksi sosial dengan haiwan peliharaan dapat membantu mereka melatih diri secara tidak langsung untuk berkomunikasi secara lebih efektif.
  • mengurangkan kesepian. Mereka yang hidup berseorangan dapat mengatasi kesepian dan kesunyian apabila ada haiwan yang menjadi peneman. Itu sebabnya mengapa kita sering kali terbaca kisah kehidupan segelintir warga emas yang hidup bersendirian, apabila diselidiki pasti akan ada seekor kucing, anjing atau kambing bersamanya yang menjadi peneman hari tua.

Anda bagaimana ? Haiwan apa yang menjadi pilihan sebagai terapi emosi ?

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

2 thoughts on “APA ISTIMEWANYA KUCING ?

  1. ajumohit

    sebagai terapi minda jugak kan kak, apa taknya muka kucing yg comel tu boleh meredakan segala keresahan sebab mesti senyum
    tgk dia walaupun kucing tu x senyum hehe

    Reply
  2. Hairul Azni

    Saya minat bela kucing sebab pernah bela kucing di zaman kanak-kanak tapi bila dah kahwin, niat tu terbantut sebab isteri jenis takut kucing.. 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me