Tudung kanak-kanak
8 Info Umum Tentang Nyamuk Aedes – Kongsi Macam2 Cerita

8 Info Umum Tentang Nyamuk Aedes

Salam sejahtera

Entri 8 info umum tentang nyamuk aedes kali ini, walaupun ringkas sahaja, diharapkan akan dapat memberi manfaat kepada pihak pembaca khasnya yang mungkin mencari maklumat berkaitan wabak yang dibawa oleh serangga berbahaya ini untuk tujuan rujukan, pembelajaran dan sebagainya.

Kredit : Google Images

8 info umum tentang nyamuk aedes

  1. Mungkin masih ramai dalam kalangan kita yang tidak mengetahui bahawa hanya nyamuk aedes betina sahaja yang menggigit manusia. Gigitannya bertujuan untuk mendapatkan sumber protein untuk tujuan penghasilan telur.
  2. Nyamuk aedes yang menjadi pembawa virus denggi akan memindahkan virus tersebut semasa ia menggigit dan menghisap darah manusia.
  3. Jangka hayat nyamuk aedes adalah sekitar 3 bulan, manakala kekerapannya bertelur adalah sebanyak 3 kali sepanjang hayatnya.
  4. 100 biji telur mampu dihasilkan setiap kali proses nyamuk ini bertelur.
  5. Takungan air bersih tidak kira sebesar atau sekecil manapun saiznya, sentiasa menjadi lokasi strategik untuk nyamuk ini bertelur dan membiak.
  6. Telur nyamuk aedes boleh bertahan antara 6 hingga 9 bulan dalam persekitaran yang kering dan menetas menjadi pulpa ( jenti-jentik ) apabila hujan.
  7. Nyamuk aedes yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut kepada generasi seterusnya dengan cara menyalurkannya kepada telur-telurnya.
  8. Proses perubahan daripada telur hingga nyamuk dewasa hanya memakan masa selama 7 hari.

Dengan adanya 8 info umum tentang nyamuk aedes ini, diharapkan ia dapat membantu anda mengenal pasti ciri dan yang lebih pentingnya untuk memudahkan tindakan membasmi pembiakan nyamuk ini di sekitar kediaman kita.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

3 Comments on "8 Info Umum Tentang Nyamuk Aedes"

  1. sekitar kawasan rumah perlu dibersihkan utk elak nyamuk ni terus membiak

  2. Baca tajuk ini teringat pagi tadi tolong kemas bekas rumah jiran yang tinggal kosong. Rasa marah dengan bengang pun ada. Susun bekas kemas diluar rumah tetapi terdedah air bertakung. Jadi saya kemas balik bekas dengan telangkup kesemuanya untuk mengelakkan air bertakung dan menjadi pembiakan jentik-jentik.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me