Tudung kanak-kanak
7 Tabiat Buruk Yang Merosakkan Kulit Muka – Kongsi Macam2 Cerita

7 Tabiat Buruk Yang Merosakkan Kulit Muka

Assalamualaikum semua,

Korang semua, penghujung 2016 dah ni .. Kalau nak terus nampak cantik, glowing mowing,gebu-gebas ala-ala awet muda cam retis-retis kita tu belajarlah elakkan 7 tabiat buruk yang merosakkan kulit muka kat bawah ni yer.

Kulit muka ni kan penting, sebab first impression orang kat kita mestilah berdasarkan fizikal kita dulu. Mula-mula tengok muka dulu baru hati budi. Nak buat camane lagi, dah adat dunia macam tu.

Ok, tak nak panjangkan lagi omelan ni. Jom baca apa 7 tabiat buruk yang merosakkan kulit muka tu supaya masing-masing lepas ni dah tahu dan tak ulang lagi kesalahan-kesalahan yang nampak kecik tu tapi mampu memberi impak besar pada penampilan kita.

7 tabiat buruk yang merosakkan kulit muka

  • Mandi atau mencuci muka dengan air yang terlalu panas

Air yang terlalu panas sama ada dari pili mandian atau air dari tangki simpanan yang terdedah kepada pancaran terik matahari akan menyebabkan kehilangan lapisan minyak pada kulit muka dan kulit muka akan menjadi terlalu kering. Jika ini berlaku atau tak dapat dielakkan, segera sapukan pelembap selepas mandi bagi mengembalikan kelembapan pada kulit.

  • Menggunakan scrub muka berlebihan

Scrub muka, ramai yang dah tahu  adalah satu bentuk bahan pencuci muka dengan bentuk bijian  atau manik halus yang kasar yang berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati. Walau bagaimana pun penggunaan secara kerap akan menyebabkan kulit muka kehilangan lapisan paling atas yang disebut sebagai stratum corneum yang berfungsi melindungi kulit wajah. Apabila lapisan ini hilang, bakteria atau kulat dengan mudah akan menyerang kulit wajah dan menyebabkan iritasi pada kulit. Kulit wajah juga akan menjadi lebih sensitif dan mudah rosak.

  • Penggunaan berus mekap dan span sapuan yang lama dan kotor

Berus mekap dan span adalah satu alatan solek yang memang tidak dapat dielakkan setiap hari terutama bagi mekap jenis compact atau cecair. Sisa bahan solekan ini akan melekat pada berus atau span dan membantu pembiakan bakteria terutama apabila span atau berus itu tersimpan di tempat gelap dan dalam keadaan yang lembap. So, bagaimana mengatasinya ? Mudah saja, just cuci dan keringkan betul-betul sebelum menggunakannya kembali ye ..

  • Tabiat mengusap wajah dan memicit jerawat

Memang asyik terutama memicit jerawat, tapi kesannya kulit wajah rosak dan yang muncul hanyalah parut. Ada juga sesetengah dari kita yang jika masa bekerja di meja atau di hadapan pc, suka mengusap  atau memegang wajah. Padahal tangan yang sama juga sebelum itu telah menyentuh telefon, memegang tombol pintu dan sebagainya yang kemungkinan sudah tercemar dengan bakteria dari orang lain. Jadi, dengan mudah saja bakteria tersebut berpindah ke wajah dan menjadi punca tumbuhnya jerawat atau penyakit kulit yang lain. Jadi kalau boleh , minimakan tabiat tersebut ye .. 😀

  • Lupa cuci muka selepas bersenam

Ini juga salah satu daripada 7 tabiat buruk yang merosakkan kulit muka. Lupa cuci muka selepas bersenam terutama apabila peluh sudah kering. Memang banyak berlaku kes begini. Jadi selepas ni jangan bertangguh lagi, selepas rehat seketika, cucilah muka anda ye. Amalan cuci muka ini bukan saja perlu dilakukan selepas bersenam tetapi juga selepas melakukan kerja-kerja berat seperti berkebun, bergotong-royong dan sebagainya.

  • Tidak menukar sarung bantal

Hal yang nampak remeh tapi besar akibatnya. Semasa tidur segala kotoran dari rambut, sel kulit mati dan bakteria dari rembesan peluh, air liur 😀 , sisa make up dan sebagainya akan terkumpul di atas permukaan bantal dan melekat pula pada wajah terutama pada pipi kita. Jadi cuci atau tukarlah sarung bantal dan cadar sekurang-kurangnya 2 minggu sekali ( jika tahap kerajinan korang kurang sedikit  heheh )

  • Pemakanan yang tidak seimbang

Hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi dan boleh dikatakan semua orang tahu mengenainya. Mengambil banyak makanan berlemak, berminyak dan pedas  atau makanan yang cenderung mewujudkan alergi akan menyebabkan kulit wajah mudah berjerawat, berminyak, menjadi sembap dan sebagainya. Jadi pastikan anda tahu makanan apa yang harus anda ambil untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit wajah.

Ambillah pemakanan seimbang seperti Omega3 dan Omega6 yang dapat mengekalkan kelembapan kulit. Antara makanan yang mengandungi kandungan Omega yang tinggi adalah seperti minyak ikan, minyak zaitun, flaxseed dan tinggi vitamin E seperti badam dan sayur bayam yang mengandungi antioksidan tinggi.

** Terdapat banyak brand Omega3 di pasaran yang boleh anda pilih mengikut budget anda. Namun jika anda mahu yang terbaik, boleh cuba amalkan Artic Sea keluaran Forever Living. Ini adalah salah satu brand terbaik di dunia yang boleh dipercayai.

Jika nak tahu di mana boleh anda dapatkan Artic Sea ini … boleh WA terus ke talian 019-5519115 untuk info lanjut

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

3 Comments on "7 Tabiat Buruk Yang Merosakkan Kulit Muka"

  1. ciktom skang makin menjadi2 masalah jerawat tu…tension plk rs..mmg tengah mencari supplement lain..cam menarik je produk forever ni..

  2. bila masuk umur 30an ni memang penjagaan muka menjadi keutamaan 😉

  3. mohon ayat “ibu tak sempurna” itu d ganti dgn ayat yg lbh indah atau yg seumpama dgnnya..sbbnya kata2 yg lahir dr mulut atau dr hati adalah doa bg kita..byngkn bila beratus atau berjuta org yg buka blog nih n baca ayat tu..so bila agaknya nk jd ibu yg smpurna??heheheh…sesuai dgn pesanan nabi junjungan kita(muhammad S.A.W) melarang kita berckp atau mengucapkan pekara yg sia2..baik rujuk ustaz adalah yg terbaik dn selayaknya bab pesanan nabi nih..sy pon acap hebat je pon..xbrapa terer jgk.. mohon maaf klau slh..rasa mcm terpanggil je nk menegur nih..huhuhu…sesungguhnya sy tdk brniat utk melukakn hati sesiapa dn mohon ampuuuuuuunnn sgt2 dan sgt lah sgt skiranya ada yg trluka..doa sy hnyalah moga allah mengampuni segala dosa seluruh umat muhammad S.A.W yg msih hidup ataupon yg telah meninggal dunia..skian

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me