10 Petua Mudah Merawat Cirit-Birit

By | October 11, 2015

10 Petua Mudah Merawat Cirit-birit

Cirit-birit … kejap-kejap nak ke tandas. Kejap-kejap nak ke tandas … Kadang tak menyempat-nyempat lagi dah. Kalau masa tu terperangkap pula dalam traffic jam ….ohhhhh . Habis menitik peluh jantan betina 😐

Haa ada sesiapa pernah kena situasi macam tu ?! Memang trauma kan huhuhu

Cirit-birit adalah satu keadaan bila mana perut terasa sakit , memulas-mulas dan rasa terdesak untuk segera ke tandas. Biasanya cirit-birit berlaku akibat keracunan makanan atau kerengsaan usus berpunca daripada makanan terlalu pedas, terlalu berminyak, terdedah kepada pencemaran dan sebagainya lagi.

So, di sini saya kongsikan 10 petua mudah merawat cirit-birit , hanya dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati di sekitar dapur rumah kita. Mungkin kebanyakan anda sudah sedia maklum atau sudah pun biasa mengamalkan petua merawat cirit-birit ni. Apapun tetap ingin saya kongsikan juga di sini , yang mungkin berguna sebagai rujukan generasi masa hadapan. Itu pun jika blog ini panjang hayatnya 😀

Ok, terus ke tajuk kita kali ni … Petua mudah merawat cirit-birit

  1. Minum secawan teh o pekat. Minum 3 kali sehari selagi cirit-birit masih ada. Perhaps tanpa gula ya …
  2. Rendam daun teh sebanyak empat sudu besar bersama segelas air panas sehingga kembang. Setelah itu, minum teh tersebut sebanyak dua kali sehari sehingga cirit-birit sembuh.
  3. Kalau tak suka dengan rasa teh yang kelat tu, anda boleh cari beberapa helai daun ketumbit. Hancurkan daun tu hingga lumat. . Tempelkan pada perut dan balut dengan kain. Apa .. ? Tak kenal daun ketumbit ??! Hihi, sebenarnya saya pun tak berapa nak kenal daun ni. Lepas tanya-tanya dengan mak, rupanya inilah dia daun ketumbit. Ni pinjam dengan Mr GOOGLE jap.
    Kredit: Mr GOOGLE

    Kredit: Mr GOOGLE

    Pucuk jambu batu .. Ni pun pinjam dari Uncle GOOGLE

    Pucuk jambu batu .. Ni pun pinjam dari Uncle GOOGLE

  4. Kunyah pucuk jambu batu dan putiknya sekali yang masih muda dan kecil. Amalkan selagi anda mengalami cirit-birit.
  5. Daun gajus juga berguna untuk merawat cirit-birit. Ambil daun gajus yang agak tua. Rebuskan dengan sedikit air sehingga pekat dan berubah warna. Minum airnya tiga kali sehari.
  6. Lumatkan lapan helai daun setawar. Kemudian tempelkan daun yang telah dilumatkan itu pada bahagian perut .
  7. Rendam beberapa helai daun jambu batu ke dalam segelas air panas. Apabila sejuk, barulah diminum airnya.
  8. Basuh segenggam beras dan toskan. Setelah itu sangaikan dalam kuali sehingga beras tersebut hangus. Setelah itu masukkan ke dalam cawan, tuangkan air panas dan biarkan selama 10 minit. Minum air beras ini dua kali sehari sehingga sembuh.
  9. Jika anda membeli ikan pari, jangan dibuang kulitnya yang keras yang dikenali sebagai kikir pari. Basuh bersih-bersih kemudian jemur hingga betul-betul kering. Simpan di dalam bekas supaya tidak terkena habuk atau dihurung lalat dan semut. .Sekiranya anda cirit-birit, bakar kikir pari tadi hingga kehitaman. Rendam dalam air suam anggaran satu cawan. Kikir pari tadi akan bertukar warna kuning dan air tadi bolehlah terus diminum.
  10. Bersihkan beberapa biji ciku muda dan kupas kulitnya. Potong kecil-kecil dan bubuh sedikit garam sebelum dimakan.

Ok, perasan tak yang kebanyakan petua di atas mempunyai banyak persamaan ketara iaitu rasanya yang kelat. Mungkin unsur rasa kelat ni ada kelebihannya sendiri dalam merawat cirit-birit …. Agaknya lah hehehe .

Cubalah ye! Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati …. Maha Suci Allah 😀 Dan jangan lupa, jaga pemakanan. Jangan main bedal je apa ada depan mata. Kata orang kebanyakan penyakit berpunca dari perut. Dan perut pula tentulah tempatnya jadi gudang makanan… haa, ingat tu. Nak sihat, kena dengar nasihat 🙂

Jumpa lagi.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

6 thoughts on “10 Petua Mudah Merawat Cirit-Birit

  1. ajumohit

    memang mudah nak gunakan tips di atas, kalau untuk sakit gigi ada petua tak kak?

    p/s; kak cantiknya blog ni, akak buat sendiri ke? nak jugakk!

    Reply
  2. ahmadyani

    Alhamdulillah jarang sangat terkena cirit birit ni. Petuanya kena jaga makanlah. Jangan bedal saja apa yang ada depan mata…

    Reply
  3. akubiomed

    Petua kunyah pucuk daun pokok jambu dapat mereda cirit-birit.

    Satu lagi petua boleh dikongiskan adalah minum air basuhan beras.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me