Tudung kanak-kanak
Penginapan Selesa dan Berbaloi di Hotel Ismail Group Langkawi – Kongsi Macam2 Cerita

Penginapan Selesa dan Berbaloi di Hotel Ismail Group Langkawi

õ

Dengan Bismillah ..

Penginapan selesa dan berbaloi di Hotel Ismail Group Langkawi . In sya Allah, servis yang bagus, sangat bersih dan saya memang recommend jika anda tak pasti kat mana nak menginap bila ke Pulau Langkawi.

Percutian 3 hari 2 malam ni sebenarnya adalah cerita penghujung tahun lepas, menjelang akhir tahun  2016 iaitu 3 hari sebelum Cuti Krismas.

Sebenarnya planning membawa anak-anak ke Pulau Langkawi sudah lama kami bincangkan, cuma tarikh tak ditetapkan sebab bimbang berlaku banyak pertindihan dengan urusan kerja dan urusan sekolah anak-anak.

2 hari sebelum ke Pulau Langkawi, kami suami isteri sibuk meng Google hotel mana yang sesuai dengan tujuan percutian kami kali ni. Rata-rata hotel yang dicari, sudah penuh dan kalau ada pun, tinggal bilik yang mewah dan tak sesuai dengan budget kami huhuhu.

Setelah sepakat,kami pilih sebuah hotel yang terletak di kawasan perumahan, based on rating kat Trivago dan Booking .Com . Sebenarnya ini adalah pilihan kedua selepas saya call Hotel Haji Ismail Group tapi tak berjaya dapat bilik sebab semuanya dah penuh. Cumanya, kekurangan hotel pilihan ke dua ni adalah agak jauh sedikit dari gerai makan atau kedai-kedai lain. Agak sukar bagi kami sebab kami tiada perancangan pun untuk menyewa kereta sewa. Dah tujuan pun nak pi rehat-rehat saja.. jadi planning pun cara santai-santai sajalah

Namun sehari sebelum bertolak, mungkin dah nak dijadikan rezeki kami pihak HIG call saya dan memaklumkan ada bilik kosong sebab ada reservation yang dibatalkan saat akhir.

Bahagian hadapan HIG ..sekali tengok ala2 Tabung Haji kan 😀

Lobi HIG berdekatan kaunter penyambut tetamu

HIG Hotel

View dari luar bangunan HIG Hotel

Hotel HIG

HIG Hotel night view

Lega dan gembiranya hati apabila hasrat untuk menginap di hotel yang Islamik dan dekat pula dengan gerai makan serta kedai-kedai lain termakbul.

Kompleks HIG

Penginapan selesa dan berbaloi di Hotel Ismail Group Langkawi

Ok berbalik kepada tujuan sharing hari ni, ada beberapa sebab mengapa kami memilih HIG dan ternyata ia adalah penginapan yang berbaloi-baloi  untuk dipilih

Pertama, ia milik saudara seagama iaitu diasaskan oleh Allahyarham Tn Haji Ismail yang kemudiannya diwariskan kepada anak-anak

Kalau dah hotel orang Islam, pengurusannya, kebersihannya tentulah kena ikut syariat Islam jugak kan… gitu le kekdahnya kot. Hopefully 🙂

Hotel HIG masih baru beroperasi ,kalau tak silap dalam 3-4 tahun ni saja

Terdapat deretan gerai dan kedai makan di sekitar hotel,banyak pilihan makanan. Sediakan duit je hihihik. Kedai runcit pun ada, jadi kalau terlupa nak bawa pampers anak ke, berus gigi ke…turun je dan beli.

Sarapan yang enak dan pelbagai.

Bilik yang bersih, luas dan sangat selesa

dav

º

Kemudahan WIFI percuma yang superb. Berdesup je ..memang serius laju ( kemudahan macam ni penting bagi certain people especially mereka yang running on a business

Tandas /bilik mandi yang bersih dan moden. Tapi bilik yang kami sewa tiada tab mandi … Kalau nak, mungkin ada kat suite yang mewah.

Oh ya, lupa nak sebut pasal pricing  / rate. Kami pilih pakej bilik Superior berharga RM213.00 untuk satu malam. Bayaran ni adalah selepas diskaun sikit sebab kami suami isteri ni kaki tangan kerajaan. So kalau anda pun kategori sama, masa buat reservation  tu jangan lupa maklumkan kepada receptionist  yer ..

ˆ

ˆ

Î

My Hotel

Ni pula adalah view dari bilik. Boleh nampak Sinaran Hotel, My Hotel dan Bayview Hotel … gerai makan pun bersepah

Oh ye, bilik yang kitaorang sewa ni adalah connecting room ye sebab anak-anak pun dah besar. Tak sesuai lah pulak dok sebilik in case  kalau nak menukar baju ke apa kan … So, kalau anda nak bawa anak-anak especially yang dah meningkat remaja atau mungkin nenek dan datuknya ikut sekali, sesuai sangatlah ambik bilik yang macam ni. Keselesaan menginap dan pada masa sama ketenangan hati dari dok memikirkan keselamatan anak-anak di bilik sebelah terjamin gitu ..

Secara ringkasnya kami sekeluarga sangat sangat berpuas hati dengan hotel ni dan pasti akan jadi pilihan utama kami jika datang lagi ke Langkawi

Ok lah bagi yang berminat nak mencuba menginap di Hotel Ismail Group ( HIG ) ni, sila lah buat tempahan anda di talian 04-9668001 atau boleh juga melihat kadar sewanya di sini

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

Be the first to comment on "Penginapan Selesa dan Berbaloi di Hotel Ismail Group Langkawi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me