Pengalaman Menginap di Apartment Dr Ayob

By | December 12, 2015

Seperti yang saya dah janjikan pada entri lepas hari ni saya nak kongsikan tentang pengalaman menginap di apartment Dr Ayob . Kalau sebut saja ‘ pengalaman ‘ ramai yang awal-awal lagi membayangkan pengalaman ngeri, pengalaman menakutkan , memalukan dan sebagainya kan. Tapi pengalaman menginap di apartment Dr Ayob ni tak ada lah apa-apa yang menakutkan pun sebaliknya indah-indah saja ye 🙂

Pengalaman menginap di apartment Dr Ayob ni lebih kurang macam review lah tentang sesuatu perkhidmatan ye, yang saya tulis secara sukarela dan tanpa bayaran tak seperti entri tentang Usahawan.Com , Jomjalan.Com dan beberapa entri advertorial lagi tu.

Tujuan sharing kali ini lebih sebagai cara saya untuk membantu mereka yang ingin bercuti di Cameron Highlands tapi pada masa yang sama tak pasti lagi mahu menginap di mana.

Kebiasaannya apabila kita bercuti ke mana-mana tempat yang jauh dan memakan hari, selain daripada tambang atau kos perjalanan , kos penginapan juga antara perkara yang sering bermain dalam fikiran. Ye lah, dalam keadaan sekarang, perbelanjaan perlu dirancang dengan betul nak-nak lagi apabila penghujung tahun, persediaan kelengkapan sekolah anak-anak pun bukannya sedikit betul tak ?

Sangat penting untuk memastikan kos penginapan yang dibayar berbaloi dengan kemudahan dan keselesaan yang bakal kita peroleh.
Seperti yang saya ceritakan sebelum ni, saya melakukan tinjauan melalui internet untuk melihat senarai hotel,homestay dan apartment mana yang bersesuaian dengan budget dan jumlah ahli keluarga yang hendak dibawa bercuti bersama.

Alhamdulillah, pilihan untuk menginap di apartment Dr Ayob ni menjadi pilihan yang tepat bagi kami sekeluarga disebabkan keadaan apartment yang selesa dan berbaloi dengan kadar bayaran RM250 untuk satu malam penginapan.

Sebenarnya sebelum saya menghubungi Dr Ayob, saya ada melihat kadar bayaran homestay dan apartment beliau ni adalah dalam lingkungan Rm300 ke atas. Atas persetujuan Mr Hubby, kami bersetuju untuk menempah apartment beliau walaupun terasa RM300 tu agak tinggi tapi memandangkan kebanyakan homestay dah penuh manakala keinginan untuk bercuti ke sana tu sangat kuat hihi , jadi kami suami isteri ni bersetuju saja dengan harga tersebut.

Tak membuang masa lagi, petang Khamis tu saya pun menelefon beliau. Selepas berbasa-basi lebih kurang, membuat pengesahan tarikh check in, beliau bertanya kepada saya berapa orang yang akan ke sana. Saya nyatakan bahawa saya hanya pergi dengan jumlah yang kecil iaitu seramai 6 orang ahli keluarga saja. Terus beliau katakan bayar pada harga RM 250 sahaja untuk satu malam penginapan. Wah, ini sudah sangat bagus sebab saya dapat jimatkan RM100 untuk 2 malam penginapan.

Ok, pengalaman menginap di apartment Dr Ayob ni tentu tak lengkap tanpa gambar untuk dijadikan bukti kan. Kang nanti anda cakap saya auta saja. So, jom layan gambar-gambar sekitar bahagian dalaman apartment Dr Ayob ..

 photo cbb3ec04-b679-4d8d-b80c-f43746f2a742_zpsbodxue5t.jpg

Lot parking betul-betul depan apartment … tu tengok kereta kitorang kat depan tuh

 photo f428fdc4-d82d-4915-b264-d574f8ea277d_zpsqrjvb3dj.jpg

Pemandangan waktu pagi Taman Royal Lily dari balkoni apartment

 Terdapat 3 bilik di apartment ini di mana, ketiga-tiganya lengkap dengan katil dan tilam Queen size. Setiap bilik juga siap disediakan dengan extra tilam single size. Jumlah bantal dan selimut yang disediakan adalah sebanyak 10 unit ( errr… betul ke penjodoh bilangan ni ).

 photo f355d5d1-a62b-49fd-ac5b-eef1607a0a10_zpsl2oqav98.jpg

Master bedroom … just nice

 photo eb35c267-dea2-4ffd-92af-9755c1be7c38_zpssmjgxedl.jpg

Bilik no 3

Ruang dapur basah walaupun agak sempit dan hanya mampu memuatkan 2 orang ketika aktiviti memasak, namun cukup lengkap dengan peralatan memasak seperti kuali, periuk, dapur gas, pinggan mangkuk,gelas dan cawan, landas cincang, pisau, sudu, garfu , senduk, sudip dan tumbler . Rice cooker, cerek elektrik, pembakar roti, blender, peti sejuk dan seterika pun ada. Boleh dikatakan lengkap ibarat rumah sendiri.

 photo 023446ea-2ab1-4866-abcb-1074df14776a_zpslehdupkx.jpg

Dapur untuk memasak sendiri

Gambar meja makan 6 tempat duduk pun ada, namun tak dapat disertakan sebab loading internet yang very2 slow dan semput .. 😐

Di ruang tamu, terdapat set kerusi rotan dan sebuah tv. Siaran Astro yang biasa-biasa pun dapat. Cuma kalau nak menonton banyak siaran menarik kenalah bawa kad Astro sendiri. Dan jangan lupa pulak untuk bawa balik. Rugi kalau tertinggal kat sana. Jenuh nak kena naik Cameron Highland sekali lagi semata-mata nak ambik balik kad tu huhuhu. Sama juga dengan liputan internet. Kitorang bawa sendiri modem YES tu ..

 photo 5d9ab34e-0a54-41ee-8853-38dbf09757d3_zpstzqnhsg7.jpg

Tandas dalam master bedroom nya pun bersih …. lengkap ada water heater bagi kedua-dua tandas

 photo c46dd66f-43fc-42a2-8009-8835cd732c9f_zpsatovwkck.jpg

Ruang tamu … blur sikit lah. Kena beli DLSR nih hihi baru cantik

Dari segi kekemasan dan kebersihan , memang sangat-sangat memuaskan. Cuma sesekali timbul juga bau sedikit hapak kemungkinan besar kerana hujan yang berlarutan banyak hari dan ada kemungkinan penyewa sebelumnya tak mengesat kaki sehingga betul-betul kering atau mungkin juga bersikap kurang bertanggungjawab dengan masuk ke dalam apartment basah-basah selepas balik dari bersiar-siar. Who knows … !

Kelebihan Menginap di Apartment Dr Ayob

Antara kelebihan menetap di sini adalah kedudukannya yang hampir dengan kedai runcit, restoran  dan warung-warung, kedai dobi dan sebagainya. Boleh dikatakan semuanya sangat dekat dalam lingkungan 3-5 minit perjalanan dengan kereta.

Terdapat playground sesuai untuk riadah anak-anak.

Terletak hampir dengan MARDI Agro Technology Park ( 5  minit ) pemanduan.

Kebanyakan apartment di sini milik Muslim termasuk yang kami sewa. So sangat yakin dengan kebersihan dan kesuciannya.

Cadangan Penambahbaikan

Andai kata Dr Ayob, kaum keluarganya , rakan-rakannya  ada membaca catatan di blog ni, saya ingin mencadangkan beberapa penambahbaikan seperti :

Menyediakan tisu dapur bagi memudahkan penyewa mengelap tumpahan minuman atau percikan minyak semasa memasak.

Menyediakan selipar untuk setiap tandas dan juga dapur basah ….. sejukkkkk kaki tak menahan weihh 😀

Letakkan pewangi  untuk inapan supaya lebih harum dan membangkitkan mood santai percutian….. cewahhh

Over all, semuanya sangat  sangat memuaskan. Daripada 5 saya beri 4.5 ***** untuk apartment ini. Mr Hubby pun ada menyebut untuk memilih apartment ini lagi jika datang untuk kali yang seterusnya. See, maknanya bagus la tu kalau Mr Hubby cakap gitu 😀

Ok, untuk yang berminat untuk menginap apartment Dr Ayob ni, untuk pengetahuan ia terletak di Block D, Taman Royal Lily, Tanah Rata CH. Kalau guna WAZE tu, taip jer macam address di atas, insyallah nanti ‘pemandu pelancong’ ni akan hantar anda sampai betul-betul depan apartment tu.

No contact Dr Ayob – : 0125059220

Oleh kerana Dr Ayob sangat sibuk dan saya difahamkan oleh rakannya iaitu Mr Raman pemilik Raman Kedai Runcit yang beliau sedang sibuk membuat persediaan untuk majlis perkahwinan anaknya yang juga seorang doktor, maka saya tak dapat bersua muka dengan pemilik apartmen.

Sepatah kata Mr Raman kepada saya “…. he’s very very nice person , you know … ” , saya dapat mengatakan apa yang pernah diperkatakan oleh penyewa lain sebagai seorang doktor yang simple , baik dan mudah dibawa berbincang itu memang betul.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

5 thoughts on “Pengalaman Menginap di Apartment Dr Ayob

  1. cik tom

    ciktom rs apartment akak mginap ni sama dgn ciktom pergi dulu jgk..sm harga rm250 jgk..mmg best cuma terkilan pergi sekejap sgt..2 hari je

    Reply
  2. ajumohit

    cantik apartment nya kak, sesuai untuk penginapan seisi keluarga, yang pentinb selesa dan berbaloi dengan bayarannya

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me