Salam sejahtera salam hormat untuk semua,

Lama tenggelam hari ini timbul pulak 😀 Usahkan ke laut, ke teras bumi pun hakak dah sampai tau huhu iyo lah sangat tuu

Alhamdulillah masih ada di sini.. masih diberi kesempatan untuk menghirup udara  yang dah tak berapa nak segar ni. Nak segar macam mana lagi kalau dalam bernafas pun terasa seperti nak lemas saja. Semua dek cuaca panas yang mencabar keimanan dan kesabaran ni.

Begitulah, di sebalik  dugaan ia juga mungkin bala yang Allah turunkan kepada kita atas segala dosa dan kemungkaran . Siapa tahu kan .. Panas melampau di Utara ni sememangnya sangat ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya dan ramai yang terjejas akibat fenomena ini.

Berbalik kepada agama, kita sebagai seorang Muslim ni ada baiknya berpegang kepada  iman dan tauhid. Sepanas-panas musim kemarau, pasti panas lagi azab api neraka. Ho ho tazkirah sentap !

Ok lah, berbalik kepada perkongsian hari ni jom baca tentang pengalaman kali pertama ke Bumi Kenyalang.

Yup, Selasa  lepas iaitu pada 5 April 2016, buat pertama kalinya saya bersama rakan sekerja terbang ke Sarawak. Pemergian kami ke Sarawak selama 4 hari ni adalah atas dasar urusan kerja.

Pengalaman kali pertama ke Bumi Kenyalang ini memang sangat menguja dan menyeronokkan walaupun rata-rata daripada kami terasa sangat letih disebabkan jadual penerbangan yang melangkau hari.

Jam 8.45 malam kami berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abd Halim Alor Setar dengan menaiki pesawat tambang murah Air Asia dan tiba lebih kurang sejam kemudiannya di KLIA2. Disebabkan penerbangan seterusnya iaitu ke Kuching hanya pada keesokannya , maka berkeliaranlah kami di KLIA2 yang sangat luas kawasannya  dan secara rasminya menyandang gelaran gelandangan atasan 😀  buat beberapa ketika.

 photo 52f52fc7-ff9b-4db1-ab09-61dfeef68002_zpsnve3zmax.jpg

I’ve been here hehe :-D

 photo 5e14975d-787d-4892-b581-8fdee9e59830_zps7qcrz6rx.jpg

Capsule Bar- Kaunter pendaftaran bagi yang nak sewa Capsule

 photo af6cbe2c-3418-4153-bdce-d28f46cd8dfa_zpskqogtmyj.jpg

Ramainya orang kat KLIA2 … sekarang ni terbang adalah perkara biasa. Semua orang dah mampu

 photo 858e8883-9217-4af3-9393-d81016103870_zpsi5lqxffp.jpg

Pemandangan sekitar KLIA2 jam 3.50 pagi dari luar Mac D

Bukan tak ada hotel sekitar KLIA2 untuk dijadikan tempat transit malah dalam kawasan terminal KLIA2 tu sendiri ada pilihan tempat menginap seperti Capsule .. namun memandangkan kami hanya ada beberapa jam sahaja sebelum check in  untuk boarding kali ke-2, makanya macam tak berbaloi pula nak bayor mahal-mahal hihi. Ye la, untuk yang dah pernah terbang tentu tahu kan kos untuk Capsule yang muat-muat je untuk seorang pun dah mencecah RM80. Lain lah kalau duduk sehari suntuk kan..Kisah menjadi ‘ gelandangan atasan’ ni mungkin di lain masa saja saya kongsikan dengan anda ye jika ada kesempatan . Untuk entri kali ni , saya nak kongsikan betapa orang Sarawak sangat mesra layanannya  hinggakan berbekas di hati dan menimbulkan hasrat ke sana lagi. Cewahhhh melangit pujian tapi hakikatnya begitulah.

Di beberapa tempat yang kami pergi  seperti di SMK Taee, SMKTAR , PKG Serian dan BTPN Kota Samarahan, semuanya menyambut baik kedatangan kami. Layanan yang mesra dan diraikan dengan sambutan meriah memang sangat-sangat tidak dapat dilupakan dan di luar jangkaan sama sekali.

Ok, di luar acara rasmi, sempat juga kami berjalan-jalan melihat pemandangan sekitar bandar Kuching. Tempat pertama sebaik check in di asrama BTPN Kota Samarahan ialah di Summer Mall Kota Samarahan. Tak ada agenda beli-belah pun sebaliknya mencari tempat makan. Al maklumlah, kita di tempat orang, first time pulak tu jadi tak tahu kat mana nak makan kan .. Nasib baiklah sepanjang 4 hari di sini, ramai yang sudi membantu. Kami banyak dibantu oleh pegawai dari BTPN sendiri contohnya Encik Herman yang berketurunan Bidayuh  dan  seorang lagi pegawai  yang menjadi pengiring kami sepanjang berada di sana. Kalau nak diharapkan bergerak sendiri tentu ada yang sesat nanti hahaha ..

Hari ke-2, kami melawat SMK Taee yang terletak dalam daerah Serian . Sekolah ini yang keluasan kawasannya saja mencecah 60 ekar dan terletak di kaki Gunung Sadong yang menjadi kemegahan masyarakat Bidayuh Bukar-Sadong, majoriti guru dan muridnya berketurunan Bidayuh dan Iban.

 photo 453dcf9e-c6da-4299-952a-5196b7a18a2e_zpsewytikg7.pngAwal-awal lagi kami disambut dengan iringan seorang ‘Keling’ atau pun ‘bidadara ‘ yang memakai pakaian pahlawan Iban dan kemudiannya dihiburkan dengan tarian tradisional etnik Bidayuh ( betul kan jika saya salah ye ) . Tak ingatlah pulak apa nama tarian tu heee.

 photo c1e0745f-c212-4ffc-a6c8-becd45665645_zpsbmf97zet.jpg

Manis-manis penari SMK Taee

Seperkara yang sangat menarik perhatian saya ialah tapak perkhemahan mereka yang sangat luas, tersedia dengan pondok buluh yang besar yang boleh berfungsi bukan saja sebagai tapak khemah urusetia, tetapi juga untuk makan-makan ,  istirehat dan sebagainya.

Tapak perkhemahan yang terletak di kaki Gunung Sadong ini adalah kemudahan yang masih di bawah pentadbiran sekolah namun terletak agak jauh dari bangunan kelas dan bangunan pentadbiran. Untuk ke sana kami dibawa menaiki pacuan 4 roda, kemudian perlu berjalan kaki sedikit untuk ke tapak tersebut. Difahamkan sekolah-sekolah lain di kawasan sekitar juga pernah menggunakan tapak perkhemahan ini untuk aktiviti perkhemahan sekolah masing-masing.

Di pondok tapak perkhemahan inilah kami disajikan dengan hidangan tengah hari yang unik iaitu makanan tradisional  masyarakat Sarawak. Kalau diikutkan hati, memang tak nak makanlah sebab dah terlalu kekenyangan. Apa tidaknya, itu adalah jamuan ketiga  dalam tempoh 6 jam.

Pagi sebelum bertolak, kami bersarapan di dewan makan BTPN yang ditaja sepenuhnya oleh Pengarah BTPN. Kemudian sebaik sahaja tiba di SMK Ta’ee lebih kurang jam 9 pagi, disajikan sekali lagi dengan hidangan agak berat iaitu mee hoon dan aneka jenis kuih-muih  tradisional Sarawak. Jam 12 lebih kurang makan tengah hari pula. Memang betul-betul  full lah.

So nekad tak nak makanlah. Tapi bila dilihatkan pada menu seperti umai obor-obor, ayam pansuh, ikan terubuk masin dan sayur serta ulaman pucuk-pucuk hutan yang ada sebahagiannya tak pernah dilihat langsung,  yang semuanya best dan rugi kalau tak dicuba, jadi rasa rugi pula kalau menolak. Kat Perlis mana nak cari semua tu 😀 . Lagi pun, tak baik menolak kan bab makan-makan ni. Kecik ati tuan rumah nanti ko.

Jam 1 lebih ( agak2 lah sebab den tak catat nota pun hihi ), kami dibawa ke pula ke PKG Serian. Dan selepas selesai sesi taklimat dan perbincangan , OMG, makan lagi ! Kali ini gulai ayam pula. Sedap rupanya kari ayam orang Sarawak 🙂

 photo ac79de69-d4e9-4654-8bf4-6821dbae0386_zpsrlyva6lg.jpg

River Cruise Sg Sarawak – Waterfront Kuching.

Petangnya sempatlah lajak ke Waterfront Kuching, membeli cenderahati seperti key chain, t’shirt dan batik Sarawak untuk dibawa balik ke Perlis dan berehat menikmati pemandangan Sungai Sarawak.

Agenda rasmi keesokannya adalah lawatan ke SMKTAR, Kuching. Di sini pun, kami mendapat layanan sangat mesra daripada seluruh warga SMKTAR. Banyak ilmu berkaitan pengurusan pusat sumber dan teknologi dalam bidang pendidikan yang diperoleh.

 photo 92053ba3-7315-4543-9e2b-dc9502743e4d_zpske7rryjw.jpg

Sudut PPDA bawah tangga SMKTAR Kuching

Sempat juga kami ke beberapa kedai menjual kek lapis Sarawak, namun akhirnya Mira Cake House juga yang menjadi pilihan .

Tak ketinggalan juga ke Pasar Sehari Serikin. Orang kata tak lengkap kunjungan ke Sarawak jika tidak ke sini. Apa ada di Serikin ? Apa keistimewaannya ?

 photo 870f5b33-de7e-45e9-90b1-34f6e0f580ef_zpspaajoamb.jpg

Dah selamat kembali , Alhamdulillah

In Sya Allah saya kongsikan pada entri berikutnya . Bukan apa, entri pengalaman kali pertama ke Bumi Kenyalang  ni terasa macam skema laa sangat  ( hihi terasa macam tulis laporan pulak  ) Dah laa  panjang berjela pulak tu. Takut  korang muntah je membacanya … 😀