Tudung kanak-kanak
Joran Homestay,Pantai Merdeka Kedah – Kongsi Macam2 Cerita

Joran Homestay,Pantai Merdeka Kedah

Dengan Bismillah…

Lama tak menulis, hari ni akak share dengan korang tentang Joran Homestay,Pantai Merdeka Kedah ye. Mana tau kan, kalau ada yang berhajat untuk ke sana dalam masa terdekat ni 🙂

Since kita orang sekeluarga ni suka bercuti di kawasan tepi pantai, jadi suka akak nak share tentang satu lagi homestay tepi pantai di Kedah yang mana mungkin dengan sedikit info ni diharapkan dapat laa membantu anda mencari atau menentukan kat mana nak menginap bila bercuti nanti.

Ok, straight to the point ye .. kadar harga sewa Joran Homestay,Pantai Merdeka Kedah ini  untuk tempoh semalam adalah antara RM 200- 250 berdasarkan harga sewa pertengahan tahun lepas (2016 ).

Heheh, sebenarnya entri berkenaan Joran Homestay ini hampir jadi pekasam coz sudahpun terperap lama dalam draft menunggu diupkan saja, tapi memandangkan den ni sibuk dengan bisnes tudung budak ( konon-kononnye ahaksss ), tenggelam la ia sekejap dalam sarang lelabah ni 😀

Joran Homestay

Joran Homestay ni adalah salah satu antara beberapa chalet dan homestay tepi pantai di Kedah  yang pernah kami sekeluarga inapi pada tahun 2016. Sebab utama homestay ni dipilih adalah kerana selain dapat bercuti dan beristirehat di tepi pantai, mendengar deruan ombak, menikmati hembusan bayu laut  dan melihat pemandangan matahari terbenam gitu  …  cewahhhh, ayat tak menahan ko hihi kami juga dapat memancing  terus dari beranda ( jika air pasang ). Tak perlu susah-susah nak menyusur tepi pantai dan berpanas mencari port sesuai untuk memancing. Keluar dari pintu, terus boleh memancing sampai lebam jari jemari dan biji mata tu haa.

Joran Homestay yang terletak di pinggir pantai ,Pantai Merdeka Kedah ni untuk makluman anda terletak berhampiran perkampungan nelayan dengan sebuah jeti kayu yang kecil tempat nelayan pesisir pantai menaikkan hasil tangkapan dan terletak tak sampai 2 kilometer pun dari pusat perkelahan Pantai Merdeka. So, kalau anda expect untuk menginap di kawasan elit dengan perumahan mewah atau pusat membeli-belah ala-ala SOGO  atau ALAMANDA bersebelahannya, lupakan saja Joran Homestay . Cakap awal-awal lagi memang tak sesuai ko !

Terdapat 2 unit homestay berkembar yang bagi kami memang selesa dan bersih untuk disewa. Tapi jangan la berharap dalamannya macam penthouse pulak ye. Melampau benau laa kalau ada expectation camtu. Agak-agak laaa…

Ok, unit pertama Joran Homestay boleh disewa pada harga RM250 semalam. Mempunyai 3 bilik tidur, 2 daripadanya berhawa dingin manakala yang satu lagi memiliki kipas angin. Juga terdapat dapur dengan peralatan untuk memasak beserta peti sejuk serta sebuah televisyen dengan ruang tamu yang luas, muat agaknya untuk 10 orang tetamu. Mempunyai satu tandas dan satu bilik mandi  bersebelahan dapur serta kemudahan barbeque di beranda.

Ruang tamu Joran Homestay yang sangat luas

Unit 3 bilik Joran Homestay

Beranda Joran Homestay siap dengan kemudahan barbeque

Unit kedua Joran Homestay di sebelahnya pula hanya mempunyai 2 bilik dengan kadar sewa RM200 semalaman. Ruang tamunya juga In Sha Allah agak luas dan selesa. Beza antara unit ini dengan unit 3 bilik, ruang memasak @ dapurnya lebih luas sedikit. Kemudahan yang sama ada di unit ini seperti juga unit sebelumnya. Oh ye, jika datang menginap dalam kumpulan yang lebih ramai,mungkin korang perlu bawa pinggan dan peralatan memasak tambahan ye. Bukan apa, standby takut tak cukup pulak untuk semua.

Perlu diingat ,ini description base on 2016 yer … latest mungkin ada tambahan lain lagi.

Time tu kami pilih unit RM250, memandangkan ayah,mak dan sorang anak sedara akak pun ikut serta.

Bagi kami, Joran Homestay menepati apa yang diperlukan oleh penyewa – luas,bersih dan selesa. Ownernya  suami isteri juga sangat baik dan peramah. Oh ye, cuma liputan internet pada masa tu agak slow macam siput gondang. Mungkin disebabkan cuaca atau coverage syarikat TELCO tu sendiri yang agak lemah.

Ikan tengah pening sebab tu terbalik je gambarnya…hehe sila abaikan

Rezeki kami juga pada hari tu, ada nelayan yang baru naikkan ikan segar. Dapat lah beli 2 ekor ikan merah  saiz agak besar fresh dari laut dengan harga tak sampai RM10 pun . Alhamdulillah .. Jika bernasib baik anda juga akan dapat bertemu dengan nelayan kecil yang membawa pulang ikan , udang segar dan hasil laut yang lain pada harga yang amat murah.

Sebenarnya pepagi lagi, anda boleh menyusuri pantai untuk menikmati kenyamanan bayu pagi sekitar sambil bertemu dengan penduduk sekitar, kebanyakannya kaum isteri yang setia menunggu kepulangan suami masing-masing yang keluar ke laut.

Air pasang pagi surut pukul 5 di Joran Homestay … 😀

Awal pagi menyusur sekitar homestay ni,memang win sangat. Panorama nya cantik dan mendamaikan sekaligus memahat kenangan indah kerana masih diberikan ruang untuk bersama family yang sangat disayangi.

Dan untuk makluman anda juga, Joran Homestay ini juga terketak sangat hampir dengan D’Yan Chalet serta Bayu Samudera Chalet yang terkenal dengan kolam memancingnya. Kiranya ketiga-tiga chalet atau homestay ini terletak dalam satu lingkungan lokasi sahaja. Just buat pilihan ,mana satu yang menepati citarasa.

Oh ye, kitorang juga sempat ke Pulau Sayak menikmati mee udang di gerai hijau kuning. Kalau tak silap gerai Pak Su namanya.

Mee udang adalah menu popular di sekitar Pantai Merdeka dan Pulau Sayak. Nak makan,pilih je gerai mana yang diingini.

Mee Udang Pulau Sayak …. Fuyooooo sodappp !!

Berkenaan D’Yan Chalet, kadar sewa serta kemudahan yang ada, akan saya ceritakan dalam satu entri berasingan  nanti. Hmm, entah bila lah pulak tu yer kikiki

Ok, untuk rate terkini dan tempahan Joran Homestay ,Pantai Merdeka Kedah, silalah  call En Kamarul  a.k.a  Cg Kamarul di talian  019-5499518 . Manalah tahu, kalau-kalau ada lagi kekosongan untuk Cuti Deepavali 3,4 minggu lagi ni.

Kalau ditanya,mana korang dapatkan nombor telefon dan infonye, cakap je dari Cg Dja owner blog apacerita.com. Manalah tahu,kalau-kalau lepas ni dia beri penginapan free 3 malam kat family kitorang pulak.. Kikiki, gurau je lah weihh… 😀

Review Joran Homestay,Pantai Merdeka Kedah ni adalah sekadar ihsan peribadi bagi membantu menyalurkan maklumat berkenaan homestay atau chalet di sekitar Kedah dan Perlis, sama seperti mana review chalet atau homestay lain yang pernah kami sekeluarga inapi. Info chalet-chalet atau homestay ini saya percaya dicari oleh banyak pihak terutama bagi yang gemar bercuti di kawasan pantai atau tasik macam kami ni 😀

Sebenarnya sepanjang tahun lepas dan tahun ini, banyak lagi tempat yang telah kami kunjungi. Salah satu yang tak kurang menarik adalah homestay sekitar Tasik Beris. Memandangkan saya agak sibuk dengan tugas hakiki, entri berkenaanya hanya ada dalam bayangan lagi sehingga ke hari ni:(

Ok, ada beberapa entri lain berkaitan percutian yang mungkin korang nak baca, boleh je klik-klik. FOC jer 😀

<<< Pengalaman Menginap di HIG,Langkawi >>>

<<< Penginapan di Apartment Dr Ayob, Cameron Highland >>>

<<< 3H2M di Cameron Highland >>>

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

1 Comment on "Joran Homestay,Pantai Merdeka Kedah"

  1. Ayah saya suka la tempat2 macam ni. Paling dia suka kalau boleh memancing. Cuma saya je tak berapa minat memancing.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me