Salam sejahtera semua,

Yes masih lagi berkisar tentang Sarawak. Tapi kali ni fokus pada jalan-jalan di Pasar Serikin pulak. Itu pun cerita sekadar pada pandangan mata saya selama hampir 3 jam di sana. Nak tau lebih-lebih kena tanya orang tempatan sendiri . Tak  pun pi sendirilah jalan-jalan di pasar Serikin ni hehehe.

Ok tanpa membuang masa lagi ye ..

 photo 4716648d-d69b-4ced-b13b-1e9127a5334c_zps0tndz55i.jpg

Replika kucing di tengah Bandaraya Kuching … comel2 jer Super Cat ni :)

Hari terakhir di Sarawak iaitu pada 9 hb April lalu, kami geng GPM ni berpeluang berjalan-jalan cuci mata sambil beli belah sekadar apa yang patut sebagai cenderahati untuk dibawa balik ke Perlis. Hmm kalau diturutkan hati, memang semua nak dibeli. Batik Sarawak, kraf, telekung ,kain sulam, kain tenun pua kumbu fuhhh macam-macam lah … tapi mengenangkan yang kite orang ni nak naik ‘ belon’ terpaksalah ‘tabahkan hati ‘ 😀 je melihat semua benda yang buat rambang mata tu. Nanti tak pasal-pasal tersadai pulak kat Kuching Air Port tu kan ..

Lain kali kalau terasa nak memborong macam tu, datang naik ‘belon’ sendiri yek . Eheh zaman bila laa nak ada syarikat belon sendiri yerk .. 😀

Ok, di asrama BTPN Kota Samarahan pagi tu jam 4.50 saya dah setkan jam hp. Lepas mandi, solat Subuh jam 5.20 pagi dan bersiap-siap kemaskan barang sebab kite orang dah nak kena check out. Jam 6 atau  6.15 lebih kurang kite orang dah siap sedia menaiki van yang disewa khas sepanjang 4 hari di sana , untuk bertolak ke Serikin.

Nak ke Serikin ikut nasihat orang tempatan kena bertolak awal pagi supaya dapat tempat parking yang dekat dengan tapak pasar sehari tu sebab Serikin ni memang popular sebagai tempat beli-belah barang murah yang kebanyakannya di bawa masuk oleh peniaga-peniaga yang datang dari Pontianak.

Kalau korang biasa datang ke Pasar Sehari Wang Kelian di Perlis ni, macam tu lah keadaannya di Serikin ni. Datang awal boleh parking dekat. Kalau lewat, terpaksa menapak lah nampaknya. Lagi satu untuk mengelakkan cuaca panas, jadi better datang awal-awal pagi. Selesa dan tak perlu bersesak-sesak dengan pengunjung lain. Hampir serupa lah dengan Wang Kelian ni ( tapi sayangnya sekarang ni Wang Kelian pun tak dapat pi dah atas sebab-sebab perubahan dasar keluar masuk sempadan nih ).

Ok lebih kurang 1 jam 30 minit atau lebih sikit ( tak pasti sebab aii tak catat nota pun ye heeeeeeeee ) kite orang pun sampai di Serikin. Serikin ni terletak kat daerah Bau ye. Jangan sampai tersalah info pulak. Serikin ni tak sama dengan Sarikei ye uolls. Dua tempat yang berbeza. Kalau dari Kuching nak ke Sarikei ni ada lebih kurang 300 + km lagi huhu. Jauh sesangat.

Ok sepanjang perjalanan dan sebaik sampai tu, dalam hati saya tak habis-habis menyebut wah, rasa macam datang Wang Kelian jer ni. Bezanya kat sini ramai orang Indon sedangkan kat sana tu didominasi oleh warga Thai.

Alhamdulillah kite orang bernasib baik sebab sampai betul-betul di kawasan parking untuk pengunjung, so tak perlu jauh-jauh berjalan.

Ok, ni gambar-gambar yang sempat kite orang snap. Kata orang biar gambar yang bercerita kali ni ye 🙂

 photo 5f3bae63-f646-4202-a49c-0bb6f1e84452_zpsq8g8drau.jpg

Gambar model mata sembap tak cukup tido tu abaikan 😀 . Kat belakang tu pondok apa tak pasti tapi tu laa kot lambang seni budaya rumpun Indonesia

 

 photo 37b5f55b-32a1-4ae0-861b-0d2efe2845f3_zps9y1cbe8t.jpg

Pandangan pertama sebaik menjejakkan kaki ke Pasar Serikin

 

 photo e4cccc58-a7da-4964-84e5-b46ebb382de4_zps5hgem3zv.jpg

Laa tangan sape pulak tu sesat masuk sini hihihik… pemandu pelancong kot

 photo 4af8e7fa-9363-4d5a-8be7-b8dce3338b26_zpslxdywoag.jpg

Telekung sulam Indon … masa ni saya jumpa ramai peniaga on9 yang datang beli borong telekung sulam ni

20160409_084852

Selepas puas jalan-jalan kat sini , kite orang berhenti minum dan test menu mee kolok yang sangat terkenal di Sarawak kat sebuah gerai Muslim kat sini . Berhati-hati ye.. make sure, gerai yang akan korang singgah tu betul-betul gerai Muslim sebab ramai kaum lain turut berniaga makanan kat sini.

Sebenarnya ada banyak lagi pic yang saya sempat snap untuk dikongsikan di sini termasuk satu gambar eksklusif yang korang pasti suka dan mungkin payah nak tengok kat tempat lain. Ha cer teka gambar apa tu .. Cer teka,cer teka  😀

Actually ada satu part tepi jalan kat pasar ni, terkejut beruk saya bila tengok ada orang jual mengkarung kering . Adoihhh tak menahan den sambil cepat-cepat buat tengok tempat lain. Huuuu tak sangka betul. Tapi kite positif aje la ye. Lain bangsa, lain agama tentu lah lain budaya dan kepercayaannya kan.. 🙂 So, respect each others ya.

Sayang sekali tak dapat nak upload kat sini sebab sejak dari tadi Encik Photobucket ni pening lalat. Asyik dok berpusing jer. So mungkin bukan rezeki korang lah kali ini.

Ok, tu je cerita tentang jalan-jalan di pasar Serikin. Kite orang juga sempat singgah sekejap di Tasik Biru ketika dalam perjalanan untuk ke airport .Untuk korang yang ada planning untuk jalan-jalan makan kat sini, pastikan bawa $$$$$$ banyak-banyak ha ha. Takut terlajak membeli sampai kering kontang pulak poket nanti. Tak balik ke Semenanjung nanti haa ..