Dataran Juang Tentera Darat

By | August 21, 2015

Dataran Juang Tentera Darat : Sekitar sejarah pembinaannya.

Bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke -58 # SehatiSejiwa pada tahun ini, sekolah saya macam tahun-tahun yang lepas juga telah mengadakan majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan pada hari Isnin lepas ( 17 Ogos 2015 ).Tema Merdeka 2015

Pelancaran Bulan Kemerdekaan ni memang menjadi acara tahunan kebanyakan sekolah di Malaysia. Tujuannya pasti saja untuk memupuk rasa kecintaan terhadap negara dalam kalangan generasi cilik hari ini yang tidak pernah tahu bahawa bagaimana generasi terdahulu bermandi darah dan ramai yang terkorban, semata-mata untuk membebaskan bangsa daripada belenggu penjajahan.

Mendapatkan kemerdekaan untuk anak bangsa bukanlah satu perkara mudah, begitu juga untuk mengekalkannya. Dengan senario politik semasa hari ini, secara peribadi bagi saya usaha untuk memupuk semangat patriotik melalui kempen sebegini , sangat wajar dilaksanakan.

Bagaimana pengisian yang dirancang, terpulang kepada pihak sekolah untuk menentukannya. Biasanya aktiviti pertandingan melukis poster, pertandingan mewarna, pertandingan mendeklamasikan sajak, pakaian beragam tema kemerdekaan, perarakan merdeka sekitar kawasan sekolah termasuk membina replika Tugu Pahlawan atau monumen lain berkaitan dan sebagainya menjadi aktiviti paling popular dan kerap dilaksanakan di sekolah.

Terlanjur menyebut tentang Tugu Pahlawan ni, suka saya nak kongsikan di sini berkenaan kewujudan Dataran Juang Tentera Darat yang terletak di laluan Jalan Raya Timur Barat ( JRTB ) berdekatan Tasik Banding, Perak.

Harga Bilik Banding Lakeside Inn, Gerik Perak

Bagi yang tidak pernah menggunakan laluan ini, mungkin tidak pernah tahu akan kewujudannya.

Dataran Juang Tentera Darat ( DJTD ) yang siap dibina dan dirasmikan pada 28 Mac 2008 ini terletak di dalam kawasan Markas Taktikal 749 Tentera Darat, Banding Perak. Jika anda datang dari arah utara ( Perlis, Kedah atau Pulau-Pinang )menggunakan JRTB, anda akan dapat melihat Dataran Juang Tentera Darat ini yang terletak di sebelah kiri jalan ,terbina teguh penuh simbolik betul-betul sebelum melintasi jambatan Tasik Banding , menuju Puncak Titiwangsa ke Jeli Kelantan.

Kebetulan , pada cuti sekolah yang lepas ( Mei ) dalam perjalanan balik ke Terengganu, saya sempat mengajak Mr Hubby untuk singgah sekejap dan merakam beberapa keping gambar sekitar Dataran Juang Tentera Darat.

Jom layan gambar-gambar sekitar DJTD.

 photo 4e06b656-02b3-430c-aa77-b7b97fd6bec5_zpsopqh3izu.jpg

 photo a5be4322-5d3a-4b9e-a834-4ad0651a4c95_zps9z8qz6sc.jpg

 photo 219996de-1eff-4b9d-8b4c-0daa4dd0373a_zps1upt5nop.jpg

 photo 749d32a2-a833-44fe-9285-b3d424e2df43_zpsxwendfrq.jpg

Sedikit sejarah berkenaan DJTD ,yang sempat saya petik dan kongsikan di sini.

Ia melambangkan kekuatan TD dengan berbekalkan semangat waja serta kelengkapan persenjataan yang dimiliki, telah mampu meredah tembok kekebalan dan memusnahkan perjuangan PKM yang mengancam keselamatan di sepanjang perbatasan negara sehinggalah perletakan senjata PKM.

Pembinaan Dataran Juang Tentera Darat dan peningkatan pembangunan di Markas Taktikal 749 ini telah dilaksanakan pembinaannya menggunakan kepakaran Tentera Darat.

Projek pembinaan ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) 2 Divisyen bermula pada 15 Julai 2008 dan siap sepenuhnya pada 20 March 2009.

Pembinaan keseluruhan dataran yang mengambil masa selama sembilan bulan ini dilaksanakan oleh sembilan orang pegawai dan 196 anggota lain-lain pangkat.

Pengorbanan ramai anak watan dalam perjuangan ini diaspirasikan dengan lima batang tiang berwarna hitam yang tidak sekata tingginya, melambangkan pelbagai liku perjuangan dalam operasi sementara warna hitam melambangkan jati diri dan kekentalan perjuangan anak watan walaupun nyawa menjadi taruhan.

Warna merah di sekeliling monumen ini pula melambangkan titisan darah yang mengalir dari badan para pejuang negara dan nama-nama pahlawan ini terpahat di Dataran Juang TD yang tersergam kukuh.
Dengan terbinanya Dataran Juang TD dan Markas Taktikal 749 ini, perjuangan anggota mengharungi pahit-maung menentang pengganas komunis dan ideologinya selama 32 tahun diabdikan.

Untuk membaca catatan lengkap sejarah pembinaannya, anda boleh baca secara lebih lanjut di sini.

Semasa singgah melihat monumen ini, terbit juga rasa sebak mengenangkan bagaimana agaknya keadaan atau situasi ibu bapa dan nenek moyang kita yang hidup pada zaman itu dan melihat serta merasakan sendiri kegetiran hidup di bawah belenggu penjajahan kuasa asing. Betapa saya sendiri yang lahir jauh selepas negara kita merdeka dan membangun, tak dapat membayangkan bagaimana kesukaran dan ketakutan yang dialami oleh generasi terdahulu, apatah lagi anak-anak kita sendiri sekarang ini.

Mungkin kerana tidak pernah tahu bagaimana rasanya dijajah itulah yang menyebabkan ramai daripada kita hari ini, memandang mudah dan โ€˜ zero โ€˜ rasa kepunyaan terhadap negara sendiri, berasa tidak kisah dan tidak sedar-sedarย  bagaimana kuasa luar masih berusaha untuk menjajah kita dengan apa jua cara buat kali kedua. Aduhai โ€ฆ

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada ๐Ÿ˜€ ). Jika sudi, follow saya sekali ye ๐Ÿ˜€ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

4 thoughts on “Dataran Juang Tentera Darat

  1. Tehr

    dah banyak kali juga melalui lebuhraya timur barat
    tak pernah pula singgah kat sini
    mungkin lain kali ada kesempatan boleh singgah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me