Cameron Highlands Bukan Sekadar Strawberi

By | April 14, 2015

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Cameron Highlands bukan sekadar strawberi. Ia lebih daripada itu.

Sebenarnya, sudah lebih setahun perancangan kami suami isteri hendak membawa anak-anak bercuti di Cameron Highlands tertangguh. Kasihan dengan anak-anak yang belum sekali pun berpeluang menjejakkan kaki ke pusat peranginan yang terkenal dengan ladang strawberi nya itu.

Tanah tinggi yang terkenal dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negara ini sangat sinonim dengan tanaman strawberi. Hampir apa saja perbualan berkaitan Cameron Highlands, pasti terselit sama kisah ladang strawberinya.

Sedangkan, bukan itu sahaja keistimewaannya. Terdapat banyak tarikan lain yang menjadikan Cameron Highlands sangat menarik untuk dikunjungi.

Ya, Cameron Highlands bukan sekadar strawberi ., malah ia lebih daripada itu.

Bagi pembaca yang belum pernah ke Cameron Highlands, atau mungkin bercadang untuk ke Cameron Highlands cuti sekolah nanti, sebenarnya terdapat beberapa tarikan lain yang menunggu anda di sana.Mungkin ada antaranya yang tidak pernah anda ketahui. Jadi, apa kata jom sama-sama kita ‘terjah’ …

Taman Lavender Cameron Highlands

Ini merupakan destinasi terbaru yang semakin mendapat perhatian pengunjung untuk bercuti di Tanah Tinggi Cameron akhir-akhir ini. Masih ramai yang tidak menyedari kewujudan taman ini di sana, mungkin kerana ia masih agak baru. Taman Lavender ini terletak di Tringkap yang dibuka kepada pengunjung secara rasminya pada tahun 2013. Terdapat aneka jenis tanaman lavender yang sememangnya sangat terkenal di Eropah boleh dilihat tumbuh subur di lereng-lereng bukit di sini. Bukan sekadar menikmati panorama warna-warni litupan lavender yang indah, namun anda juga berpeluang mengabadikan foto kenangan bersama orang tersayang di sini.

Bayaran masuk yang dikenakan kepada pengunjung dewasa adalah sebanyak RM 5 dan RM 3 untuk kanak-kanak. Di sini anda berpeluang untuk menikmati hidangan enak dan segar kerana terdapat juga rangkaian gerai atau kedai makanan dan minuman di samping kiosk yang menjual cenderahati.

Ladang Lebah

Ladang lebah juga merupakan tarikan yang menawarkan pengalaman percutian menarik kepada para pengunjung yang berkunjung ke Tanah Tinggi Cameron . Ini kerana anda berpeluang melihat sendiri bagaimana lebah diternak dan bagaimana koloni lebah bekerja untuk menghasilkan madu. Sangat menarik, jika proses ini dapat dilihat oleh anak-anak kerana ini juga akan menjadi satu bentuk proses pembelajaran secara tidak langsung buat mereka.

Antara ladang lebah yang popular untuk dikunjungi ialah Cameron Tringkap Bee Farm, Highlands Apiary, Ee Feng Gu Apiary dan beberapa ladang lebah lain lagi. Jika anda berhasrat untuk membeli madu lebah segar dengan harga yang lebih murah, maka di sinilah tempatnya.

Time Tunnel Gallery

Galeri atau lebih tepatnya muzium tempatan yang menjadi tempat pameran koleksi barang –barang lama ini terletak bersebelahan sebuah ladang strawberi yang terletak tidak jauh dari pekan Brinchang. Galeri ini kini semakin mendapat perhatian ramai kerana ia menampilkan barang –barang lama era terdahulu seperti koleksi foto lama Cameron Highlands, alatan permainan dan keperluan isi rumah yang sudah tidak dikeluarkan lagi pada masa kini. Bagi pengunjung yang lahir dalam lingkungan era 40-an sehingga 80-an, pasti akan tersentuh hati melihat koleksi barang pameran di sini kerana ia mengingatkan kembali nostalgia kehidupan masa lalu.

Untuk masuk ke Time Tunnel Gallery ini, bayaran sama jumlahnya seperti di Taman Lavender akan dikenakan ke atas para pengunjung.

Hidangan scone yang enak

Terlanjur berkunjung ke Tanah Tinggi Cameron, cubalah nikmati hidangan scone yang enak . Scone merupakan sajian ringkas berbentuk kek, roti dan mentega yang berasal dari Britain, boleh dinikmati bersama hidangan teh segar. Sungguh mengasyikkan jika dapat menikmati scone ini sambil berehat menikmati panorama indah dan merasai suasana nyaman di Cameron Highland.

Untuk pengetahuan anda, hidangan scone boleh didapati pada waktu pagi dan petang dengan mudah di mana-mana restoran atau café seperti di Ye Olde Smokehouse, Heritage Hotel dan The Lords Café. Harga satu set scone adalah dalam lingkungan RM 18 – RM 25. Menarik bunyinya ..

Ladang strawberi dan ladang teh

Kedua-dua tarikan ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Boleh dikatakan semua orang tahu mengenainya. Cameron Valley, Sungai Palas, Bharat Tea dan Boh Tea yang terletak di Brinchang, Tanah Rata , Tringkap dan Ringlet adalah antara ladang teh paling popular dan dikunjungi ramai pelancong yang berhasrat melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana ladang-ladang ini beroperasi setiap hari. Anda juga dialu-alukan untuk mencuba memetik sendiri daun teh di ladang teh  ini jika berminat.

Di ladang strawberi, anda juga boleh melihat, memetik dan membeli strawberi segar ketika berkunjung ke Kea Farm atau ladang-ladang strawberi lain di Brinchang. Sangat rugi jika meninggalkan lokasi yang satu ini kerana Cameron Highlands memang terkenal dengan buah strawberi dan menjadi buruan pelancong dari serata dunia.

Menginap atau pulang segera ?

Ya, ini satu perkara yang perlu dipertimbangkan oleh sesiapa sahaja yang bercadang mahu bercuti atau berbulan madu di Cameron Highlands.

Memandangkan terdapat banyak tarikan percutian yang ditawarkan di sini, menginap semalam dua di sini mengikut pandangan saya adalah lebih baik daripada pulang segera. Alang-alang bercuti atau berbulan madu, biarlah berbaloi. Pengisian cuti yang bermakna, anda tentu lebih puas hati. Apa lagi jika datang dari jauh ..

Mencari penginapan di Tanah Tinggi Cameron ini bukan satu masalah yang besar. Terdapat banyak hotel,apartmen, chalet, homestay, banglo dan sebagainya. Sekadar pilih mengikut kemampuan anda dan lebih penting buatlah tempahan lebih awal.

Di sini, saya kongsikan beberapa tempat penginapan yang mungkin ada salah satu daripadanya sesuai untuk anda. Walau bagaimanapun, harga yang dipaparkan adalah mengikut harga /sewa semasa dan boleh berubah –ubah.

Century Pines Resort, Tanah Rata

Harga : Dari RM 109.00

Lokasi : Lot 42, Jalan Masjid, Tanah Rata

Status : 3 ***

Kemudahan : Restoran, Peti Sejuk, TV Kabel / Satelit, Bilik Bersambung, Alat Pembuat Kopi / Teh, Pengering Rambut, TV, Pancuran Hujan, En suite, Bilik Mandi Persendirian, Tandas Persendirian

The Smokehouse Hotel, Tanah Rata

Harga : Dari RM 397.00

Lokasi : PO Box 77, Tanah Rata

Status : 3 ***

Kemudahan : Perkhidmatan Bilik, Bar Mini, TV Kabel / Satelit, Pengering Rambut, TV, Jubah Mandi, Pancuran Hujan, En suite, Bilik Mandi Persendirian, Tandas Persendirian, Makanan Tengah Hari Bungkus

Casadela Rosa, Brinchang

Harga : Dari RM 185.00

Lokasi : Lot 48, Jalan Circular, Brinchang

Status : 3 *** -( Bilik yang luas dan selesa serta pemandangan yang menakjubkan )

Kemudahan : Perkhidmatan Bilik, Bar Mini, TV Kabel / Satelit, Filem di Dalam Bilik, Alat Pembuat Kopi / Teh, Pengering Rambut, TV, Pancuran Hujan, En suite, Bilik Mandi Persendirian, Tandas Persendirian

Perkhidmatan : Concierge, Elevator / Lif, Penyambut Tetamu 24 Jam, Cucian Kering, Perkhidmatan Penjagaan Bayi / Kanak-kanak, Peti Deposit Selamat, Khidmat Kejut Tidur, Bilik Mesyuarat, Perkhidmatan Dobi, Cucian Dobi Sendiri

Casadela Rosa

Nova Highlands Resort and Residence – Dari RM 192.00

Country Lodge Resort – Dari : RM 97.00

Camellia Budget Inn – Dari: RM 63.00

Senarai penginapan di atas adalah merupakan sebahagian kecil daripada kemudahan penginapan yang ditawarkan di Cameron Highlands. Untuk melihat senarai lain anda boleh dapatkan semua maklumat harga sewa bilik, status dan kemudahan yang disediakan di laman agensi pelancongan harga termurah ini.

Diharapkan entri kali ini memberi banyak maklumat baru kepada anda. Dan insyaallah, saya akan cuba update harga penginapan lokasi pelancongan yang lain pada sidebar blog ini.

So, stay tune … intai-intailah selalu ye.

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

7 thoughts on “Cameron Highlands Bukan Sekadar Strawberi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me