Salam Ramadhan , Sudah masuk hari ke-15  kita berpuasa hari ini . Saya percaya ramai  suri rumah yang sudah mulai sibuk membuat persiapan bagi menyambut hari lebaran nanti. Membeli baju raya anak-anak pastinya menjadi keutamaan setiap daripada kita selain daripada perkara-perkara lain seperti langsir baru, perabut baru serta hiasan rumah dan tidak lupa juga biskut raya. Menyebut tentang biskut raya, saya pernah menulis berkaitan panduanRead More →

 ” Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah “ Sudah Ramadhan ke-7 hari ini. Diharapkan 7 hari Ramadhan ini telah sedikit sebanyak terisi dengan limpahan rahmat dan hidayah buat kita semua. 7 hari berada di sisi Ramadhan 1435 Hijrah, sudah 7 jenis biskut raya moden sempat saya siapkan. Bersengkang mata menyiapkannya selepas Terawih ..Kalau harap nak buat siang hari memang tak sempat. Balik kerja pun dah lewat. Mana nak menjemput anak-anak kat sekolah lagi..dah tu nak masak untuk hidangan berbukaRead More →

Resepi Ketupat Sotong Ala-ala Terengganu Bulan-bulan puasa ni selera  memang lain macam. Serba serbi teringin nak makan .Syaitan dah memang kena rantai,tapi nafsu makan still tak kecik-kecik.. 😀 Hehe, ada yang terasa ? Maaflah, bukan nak mengata sesiapa pun tapi lebih kepada menilai diri sendiri. Ramadhan bulan seribu rahmat, bulan untuk melipatgandakanRead More →

Menu hujung minggu kali ini ialah masak lemak buah setul  dan udang ( juga diterima pakai sebagai sentul mengikut Kamus Dewan ). Pernah tengok atau makan buah setul tak ? Buah setul , nama panggilan kepada sejenis buah di tempat saya ( tak tahu kalau namanya lain di tempat anda … ), pada zaman kanak-kanak saya popular kerana dijadikan jeruk. Rasanya masam-masam manis dan dijual pada harga 5 sen atau 10 sen sebiji ketika itu. Ada juga yang dimakan cicah garamRead More →

Salam sejahtera buat semua Setelah 11 hari berlalu hari ini baru ada sedikit kesempatan untuk terus mencoret. Lega rasanya kerana tugas-tugas melatih anak-anak didik bersama dengan jurulatih dan ‘juruletih ‘ 😀 bola tampar untuk ke Kejohanan Bola Tampar Sekolah Rendah Peringkat PKP telah pun berakhir Khamis lepas. Walaupun rasa tak puas hati  dan terkilan masih tebal bersarang kerana hanya layak berada di tempat ke-3 sedangkan potensi untuk bergelar juara ituRead More →

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Buat beberapa hari kebelakangan ni, Cik Kiah tak sempat nak update blog …. dah bersawang jadinya blog ni. Nak menjengah ‘rumah’ kawan-kawan pun tak berkesempatan. Memang beginilah senario awal tahun, mesyuarat sana-sini, juga latihan merentas desa dan latihanRead More →

Salam Ahad Cerita tentang pau masih tak habis-habis lagi. Biasalah .. Cik Kiah kalau tak mengomel panjang bukan le Cik Kiah  namanya tu  😛 Kali ini bukan tentang resepi pau tapi nak mengajak semua rakan pembaca agar kenali bahan asas membuat pauRead More →

Salam semua. Happy CNY untuk Chinese readers ye .. RESEPI PAU UDANG LADA HITAM Ok, seperti yang dijanjikan inilah dia resepi pau yang sedap dan best iaitu resepi pau udang lada hitam. Jom lari sedikit daripada  kebiasaan. Kalau dulu kita biasa makan pau inti kacang, pau kaya, pau daging danRead More →

Selepas menulis post berkaitan tips buat sambal belacan yang sedap, boleh dikatakan setiap hari ada saja keyword  sambal belacan sedap atau resepi sambal belacan yang sedap  menjadi carian hangat di blog ni. Nampaknya ramai rakyat Malaysia yang sukakan sambal belacanRead More →