TUKAR !

By | July 31, 2013

Tukar ! Tukar ! Tukar ! Sesi lepas geram … grrr

Bukan tukar langsir, perabut atau kereta baru bersempena Aidil Fitri yang bakal disambut minggu hadapan … tapi kalau ada yang nak sponsor boleh juga ekeke :P.

Tukar yang  dimaksudkan di sini meliputi 3 perkara . Jika berjaya tukar, tenteram lah sikit jiwa.,insyaAllah. Tiga perkara yang bagai mendesak-desak jiwa raga ni  untuk segera tukar tak lain tak bukan adalah :

1. Bank Gaji

Sudah lama menjeruk rasa dengan servis  BSN yang aduhai tersangatlah lembap dan ketinggalan.  Ye, Cik Kiah masih setia dengan bank ni sejak mula kerja lagi ok!

Orang lain, dah sampai ke bulan bintang tapi bank biru yang satu ni masih lagi di tahap sama. Bukan  setahun dua begini, tapi sejak mula ditubuhkan lagi. Bukan nak menghentam sesuka hati tapi sepanjang berbelas-belas tahun menggunakan servis mereka, tak pernah nampak ada perubahan ketara macam bank-bank lain. Saya akui, gaji sejak mula bekerja memang masuk ke sini. Tak dinafikan jasa mereka. Terima kasihlah untuk itu. Tapi kelemahan servis mereka akhir2 ni memang  ketara nampak.

2 hari lepas, tak boleh nak berurusan di mesin ATM dan CDM . Satu rosak, satu tak ada duit.CDM nya pula memanjang out of service.  Boleh dibilang hanya berapa hari saja yang ok. Lagi buat Cik Kiah bengang, hanya satu saja kiosk ATM yg ada di tengah2 bandar. Dulu elok-elok ada 2, mereka tamatkan. Bayangkan berapa ramai pengguna boleh ditampung dengan jumlah itu ? Oh, tolonglah …

Dua tiga bulan lepas, saya ada urusan tukar kad GIRO yg sudah mencapai tarikh luput .. Masuk ke dalam bank sebelum pukul 12 tengah hari,selesai urusan hampir jam 3 petang. Bayangkanlah …

Seorang pelanggan yang kebetulan bapa anak murid saya, sempat tidur menunggu gilirannya tiba. Siap boleh berdengkur kuat sampai semua pelanggan dan petugas terpaksa tahan telinga mendengarnya. Pengurus yang memantau operasi tak perasan kah dengan situasi yang berlaku ? Tak terlintas agaknya di hati, mesej apa yang  patut diambil dari kejadian tu ?

2. Broadband Cap  Dot Dot

Punca mengapa blog ni menyepi dalam tempoh ni. Mood blogging sudah pun ke laut.. Cakap banyak pun tak ada gunanya. Tunggu je laa… lepas ni tukar kepada cap kuda. Puas hati Cik Kiah ..

3. Theme blog

Jemu dengan theme sedia ada walaupun prestasinya agak ok juga. Sebenarnya ada juga certain part yang agak kurang menepati citarasa. Jemu dengan rayapan yang macam siput, mula2 sekali tukar warna background. Lepas tu mula melarat, sampai lah ambil keputusan untuk tukar theme yang lain.  Theme  Iconic One dari Themonic.com yang baru ni  masih dalam percubaan. Nak tengok kepada prestasinya .. jika ok, kekal. Jika tak, tukar lagi !

Kebetulan agaknya, waktu BW sana-sini saya dapati blogger Hafizmd pun tukar theme juga. Agaknya mood raya  nakkan benda2 baru sampai berjangkit pula ke arena blogging..hihi :).

Dengan rendah hati, saya ingin mohon  jasa baik semua  rakan blogger agar dapat berikan komen sedikit tentang loading page ni boleh tak ? Adakah cepat atau lambat ? Moga2 dapat membantu saya membuat keputusan untuk terus menggunakan theme ini atau  perlu tukar kepada yang asal semula.

Terima kasih ye ..

Updated ; 31/7/2013, 11.00 pm

Theme blog ini tidak lagi menggunakan Iconic One dari Themonic.Com. Sebaliknya ia telah ditukar kepada Catch Box by WordPress tanpa menunggu lebih lama oleh kerana beberapa sebab. Harap maklum..

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

20 thoughts on “TUKAR !

    1. SisHaza Post author

      Tq Mr Shubhi… itu lah saya pun rasa macam agak slow je. Hmm, kena tukar laa agaknya

      Reply
  1. hafizmd

    Bab bsn tu saya pun terkena jugak 2 minggu lepas. Mesin cdm OUS. Mmg tunggu jugalah. Mmg tak byk cawanganya, tu yg pening jugak tu…hohoho

    bab BB tu silakanlah tukar lain jika perlu…hehe

    Bab themes. Saya rasa yg ni agak perlahan loadingnya terutama bila nak load code2 yang last2. tp mungkin juga sbb BB saya yg slow. Saya akan cuba buka balik petang ni guna BB yg lebih laju. Nanti saya inform balik ek.

    Thanks sis utk backlink kat atas tu. Best =)

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Welcome Hafiz… kalau boleh nak beri backlink kepada semua yg menjengah ke sini 🙂

      Reply
  2. PakarNiaga.com (AMIN)

    @Dja,

    Tema blog kebanyakkan tidaklah berat.. tetapi ia memerlukan suatu sokongan yang menyokong melajukan ia.. 🙂

    Loading tema yang default juga berat kerana sistem asas tidak dilengkapi ‘enjin turbo’ untuk memencut..

    Ikhlas,

    Amin Johar
    Jurutera SEO Malaysia
    PAKAR NIAGA

    Reply
  3. Hafizul

    Emm tukar semua ni tukar sempena raya ke kak?hehe..saya lebih suka themes yang dulu..tapi tak kesah la..akak suka yang ni..saya akan selalu masuk gak ke sini tak kira apa themes pun akak tukar..asalkan akak tak lupakan pondok kecil…hahahaha..saya pakai celcom ok lah sikit..

    Reply
  4. TehR

    tukar je mana yang patut
    lagi pun kita sedia ada pilihan
    dan pilihan di tangan kita

    Reply
  5. Cikgu Hairul

    Kalau theme rasa slow, cuba defult twentythirteen yg baru tu. cute gak.
    Broadband, cepat2 kena tukar. Kalau tak akan sakit jiwa nanti. Masa tu hospital pon tak dapat nak tolong.

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Tq atas cadangan cikgu tu…insyaAllah nanti saya intai theme tu. Jodoh dgn Bb tu masih dipertimbangkan, dlm tempoh bertenang. Buat hal lg, confirm tukar ! 😀

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me