TUKAR TEMPLATE BLOG LAGI

By | November 9, 2012

SEO Friendly ThemesAkhirnya SWIFT BASIC juga yang menjadi pilihan. Sama seperti themes yang saya gunakan untuk blog pertama saya.

Apa hal tukar lagi ?

Banyak sebab yang kurang menepati kehendak pada themes terdahulu. Fikir-fikirkan balik, perlu tukar lagi. Suke ati saya lah nak tukar ke tak … hehe 🙂

Saya sebenarnya inginkan themes yang pertamanya mesti SEO friendly. Tanyalah mana2 blogger pun, ciri ini sangat penting. Walaupun tak reti bab2 SEO ni, tapi saya tahu kalau nakkan blog yang cepat diindeks oleh Mr GOOGLE, kena lah pilih themes yang ada ciri ini.

Kedua, penampilan blog mesti kelihatan bersih dan santai. Sejuk mata memandang. Tak la berserabut sangat. Masing2 punya taste lah..

Satu lagi mesti ada ruang untuk iklan pada leader board. Walaupun banyak blog para blogger terkenal sudah mula tidak menyiarkan iklan pada bahagian berkenaan dan blog mereka ‘boom’ tapi saya masih memilih untuk menggunakannya. Mungkin begini kot citarasa blogger tak dikenali macam saya… agaknya lah huhu.

Tak tahu kenapa,tapi  bagi saya iklan  leader board atau yang dipaparkan pada bahagian bawah header lebih menarik perhatian berbanding yang ada pada bahagian sisi blog ( sidebar ). Selalu, jika blog walking ke mana2 blog, bahagian itu yang biasanya terlebih dahulu menarik perhatian saya.

So setelah  ditimbang tolak ,darab bahagi …. maka saya ambil keputusan tukar sekali lagi themes untuk blog ni.

Harap2 ni adalah kali yang terakhir dan yang terbaik. Sesekali nak tukar themes, sakit kepala juga dibuatnya. Menyusahkan & macam lah dah tak ada kerja lain nak buat.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

2 thoughts on “TUKAR TEMPLATE BLOG LAGI

  1. sabree hussin

    Theme ni nampak macam ala-ala premium theme canvas.

    theme ni memang tak ada tempat nak letak url blog ke?

    kalau berminat nak guna woo premium theme canvas, boleh dapatkan dari saya dengan harga mampu milik 🙂

    hhhe promosi pulak

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me