TIPS CEPATKAN LOADING BLOG

Salam hujung minggu,

3 hari tak update, trafik blog merudum jatuh. Huhu, memang cepat sangat nampak kesannya, nak-nak pula bagi blog yang tak berapa popular macam blog ni.

3 hari tak update, tiba2 timbul je terus nak buat tutorial kongsi tips cepatkan loading blog. Haha, biar betul kau Cik Kiah. Layak ke beri tutorial ?

Sebenarnya tips cepatkan loading blog ni saya peroleh dari pembacaan. Tak berani lah  saje saje je nak memandai beri tips sebab saya bukannya pakar bab-bab  ini pun.

Ok, masa loading sesebuah blog atau website secara amnya patut dalam lingkungan 15 saat sahaja. Jika melebihi daripada itu, kemungkinan besar kita akan kehilangan pelawat. Mereka akan klik ke laman lain yang mungkin mempunyai informasi serupa seperti yang ada di blog kita. Sangat merugikan dari segi analisa trafik apatah lagi jika pelawat tu berpotensi menjadi pelanggan kita.

So, bagaimana agaknya cara untuk kita menguji cepat atau lambat proses loading ( membuka) sesebuah blog ? Kalian boleh cuba gunakan tools ini. Jangan risau ,percuma aje tu.

Ok, berikut adalah tips-tips bagaimana menjadikan blog anda lebih mudah dibuka oleh pelawat.

  • Optimumkan Penggunaan Imej / Gambar

1.Ramai yang menyalahtafsirkan tips ni sebagai ‘mengurangkan penggunaan gambar’. Sebenarnya, boleh sahaja masukkan gambar. Ciri ini penting untuk menjadikan sesuatu entri itu lebih menarik. Cuma pastikan saiz gambar itu dikecilkan. Gambar yang besar ( 1 keping hampir menyamai saiz paparan laman) memang akan menyebabkan proses loading menjadi sangat perlahan.

2. Gunakan format gambar yang sesuai. Secara umumnya, format gambar yang paling popular digunakan di dalam sesuatu website atau blog adalah format jpeg dan juga gif. Tetapi, ramai yang keliru, format manakah yang lebih kecil di antara dua format tersebut. Kadangkala dilihat format gif lebih kecil saiznya berbanding jpeg, tetapi kadangkala adalah sebaliknya. Sebenarnya, format gif, adalah lebih sesuai untuk gambar-gambar yang berukuran kecil seperti gambar butang atau ikon. Manakala format jpeg adalah lebih sesuai untuk gambar-gambar “real photo” seperti gambar pemandangan, gambar orang dan sebagainya.

3. Elakkan gambar animasi. Alah, gambar yang bergerak-gerak tu… macam efek salji turun, gambar burung terbang, katak melompat dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Kecualilah, jika terpaksa dan ada keperluan yang memang memaksa anda menggunakannya.

  • Elakkan Lagu

Daripada pemerhatian, ramai juga yang suka masukkan lagu untuk memberi hiburan kepada pembaca di samping mungkin juga sebagai identiti tersendiri sesebuah blog. Kebiasaannya, adik2 yang muda belia tak terkecuali akak2  kita yang jiwang sikit 😉 suka sangat dengan cara ini.

Walaupun menghiburkan, tapi sangat memberi kesan kepada kepantasan membuka atau memuatnaik laman anda. Jadi, selepas membaca entri ini, mungkin anda perlu pertimbangkan semula penggunaan lagu ni ye.

  • Elakkan Penggunaan Bingkai / Frame

Penggunaan bingkai juga boleh menyebabkan sesebuah blog atau laman lambat untuk dibuka. Ini kerana, apabila anda menggunakan bingkai, pelawat bukan membuka satu page sahaja apabila melayari blog anda, tetapi tiga atau lebih muka surat dalam masa yang serentak. Ini kerana, bingkai sebelah kanan akan menggunakan satu muka surat , bingkai sebelah kiri pula satu lagi muka surat dan satu lagi muka surat bagi keseluruhan bingkai tersebut. Oleh itu, elakkan penggunaan bingkai seboleh mungkin.

  • Penggunaan CSS ( Cascading Style Sheet )

Oppss… untuk tips yang ini saya ikhlas akui tidak begitu memahaminya.  Cuma, jika anda mahukan loading yang cepat, penggunaan CSS ( salah satu bahasa pengaturcaraan web atau blog kategori “client side scripting” )  adalah sangat digalakkan. Kemungkinan juga ada kaitannya dengan themes yang dipilih. Bagaimanapun, untuk lebih pasti  mungkin boleh sama-sama kita tanya pada Mr Google bagi keterangan lebih lanjut mengenainya … 😛

Ok, itu je tips cepatkan loading blog. Terima kasih  banyak2 kepada Mr Shuth  yang telah memberi kebenaran untuk saya kongsikan tips ini dengan kalian semua. Oh ya, jika kalian berminat mendapatkan domain sendiri bolehlah melawat ke laman SempoiHosting. Com sekarang juga. Insyaallah , servis mereka setakat ini memang memuaskan.

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

14 comments

  1. tips yg bagus..loading blog penting cepat br ramai pelawat singgah blog…ciktom pn still byk nak perbaiki blog..byk sgt banner animasi..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me