TERIMA KASIH CIK LAILI

By | April 7, 2013

Salam hujung minggu

Hujung minggu ini kami sekeluarga  tidak ke mana-mana. Hafiy terlibat dengan Seminar UPSR anjuran Kelab TaHa. Selepas menghantar Hafiy mendaftar di lobi Hotel Putra Palace, saya, Mr Hubby dan si abang singgah sekejap di sebuah restoran. Roti canai dan tosei ( tosai ?) jadi pilihan sarapan pagi kami hari ini. Nampaknya balik nanti kena lari beberapa pusingan padang lah…. Bukankah roti canai adalah makanan kegemaran masyarakat Malaysia yang tinggi kalorinya ? Hu hu hu

Saat tiba di rumah, SG Note 10.1 yang menjadi teman baru arena blogging pun dihidupkan. Bunyi ‘kring’ menandakan ada email baru. Cepat2 email dibuka, mana tahu kalau2  ada yang menempah Genius Matematik seperti 2 hari lepas .. heheh.

Rupa-rupanya email makluman melalui ruang komen dalam blog daripada cik laili.com

salam.

jemput baca entri ini – http://www.ciklaili.com/2013/04/6-blog-pilihan-ciklailicom-part-6.html

Hah.. biar betul ?

Berbunga juga rasa di hati. Komen yang sempat membuatkan lubang hidung saya kembang kempis seketika …Juga garis senyum yang melekat pada wajah sejam dua.

Jutaan terima kasih kepada cik laili yang sudi memilih blog ini sebagai antara 6 blog pilihan Cik Laili bahagian 6. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang menyokong saya selama ini, kepada Mr Hubby yang buat2 pejam je apabila saya banyak ‘berbual’ dengan si lappy ni berbanding dirinya, terima kasih kepada semua peminat, pihak penaja, Berita Harian dan sebagainya… i luv u all,

Heheh … mabuk air laut ke apa sishaza ni..

Actually gurau2 je ni… Sekadar memanjangkan entri blog.

Ok, serius. Terima kasih kepada blogger Cik Laili yang sudi memilih blog saya sebagai blog pilihan sempena genap 6 tahun beliau berkhidmat sebagai guru. Sejujurnya blog Kongsi Cerita ini masih terlalu banyak kelemahannya jika dibandingkan dengan blog2 lain yang rata-ratanya hebat belaka, masih bertatih untuk sebuah perjalanan blogging yang panjang, jika masih diizinkanNya insyaallah.

Sesungguhnya terpilih menjadi sebahagian daripada entri di blog beliau merupakan satu bonus buat saya. Tiada apa yang mampu diucapkan selain ‘Terima Kasih Cik Laili’.

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

9 thoughts on “TERIMA KASIH CIK LAILI

  1. suri

    salam/syukur masih ada abakat blh jana ayat dan semkin popularlah nnti.tahniah utk itu.

    Reply
  2. cik matahariku

    salam sdri, first time dtg sini..:)- sy dr segmen blog pilihan ciklaili.com, tahniah kerana blog sdri terpilih, selamat menulis entri2 yang bermanfaat kepada semua pembaca.Salam perkenalan dr saya..:)-

    Reply
  3. ciklaili.com

    hanya mampu senyum bila membaca entri ini…
    seronok rasanya bila dapat menggembirakan seseorang walaupun belum pernah bersua..

    teruskan menulis & berkongsi maklumat dengan semua pembaca..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me