TAWARAN DARI WEECLICKS .COM

By | June 1, 2013

Salam Jumaat,

Semalam, setelah  lebih kurang 11 jam perjalanan , akhirnya saya, Mr Hubby dan anak2 selamat tiba di FJ.  InsyaAllah kami akan berada bersama kaum keluarga di sini sehingga Khamis depan. Harap2 dapatlah ke Pasar Kedai Payang untuk  beli stok keropok keping sambil survey2 kain sutera heheh 😛

Actually rasa sleepy sangat ni, tapi tak tahulah boleh tidur ke tidak. Selalunya, lenguh serta sakit2 badan dek lama sangat dalam kereta akan menyebabkan mata tak mahu pejam. Perkara yang sudah dilalui sejak lebih daripada 15 tahun dulu apabila kerap berulang – alik dari utara ke pantai timur. Dah kalih kata orang.

Khamis malam, selepas siap mengemas apa yang patut dibawa, saya menerima email tawaran dari Weeclicks.com. Agak teruja juga kerana tak sangka ada pihak yang menyedari kewujudan blog yang suka saya kategorikan sebagai ‘ masih tersangat mentah’ ni, walhal hakikat sebenarnya bersepah blogger terdahulu yang pernah dapat tawaran serupa.

new social media network

new social media network

From:
KC Theng
theng@weeclicks.com.my

Message:
Hai Dja@ SisHaza, Kami nak tanya tentang iklan di blog anda di apacerita.com Kami adalah sebuah advertising network. Bolehkah kami letak iklan di laman web anda secara CPC, CPM dan CPE? Klien kami mungkin ingin letakkan iklan di laman web anda.

Untuk maklumat anda, CPC kami adalah dari RM0.40-RM1.20, CPM kami adalah dari RM4(tambah bergantung kepada prestasi) dan CPE( dari RM7-8to be confirmed). Kalau anda tidak faham mengenai CPC,CPM dan CPE,
sila membalas kami. Kami akan menjelaskan kepada anda.

Harap terima balasan anda. Terima kasih
KC Theng
WeeClicks.com.my

Sehingga kini, saya masih belum memutuskan untuk menyertai mereka. Bimbang jika timbul pula konflik dengan Mr Nuff.Tak pasal2 nanti kena banned. Mungkin ada rakan blogger yang mempunyai pengalaman bekerjasama dengan mereka, bolehlah berkongsi pendapat di sini.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

6 thoughts on “TAWARAN DARI WEECLICKS .COM

  1. TehR

    nampak ada rezeki nak datang tu, cikgu
    weeclicks ni dari malaysia juga ke
    nuff tak suka kalau ada saingan dalam negeri

    Reply
    1. SisHaza Post author

      setahu saya M’sia. Mereka ni mungkin agak baru lagi. Itu lah, saya pun masih memikirkan lg…. hmm

      Reply
  2. Hafizul

    Wahh seronoknya..hehe..badan penat biasanya seronok jer tidur..tapi kalau sakit urat itu lain cerita,,.hehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me