Tudung kanak-kanak
Syarat-syarat Umum Menjadi Penterjemah Bebas – Kongsi Macam2 Cerita

Syarat-syarat Umum Menjadi Penterjemah Bebas

2 hari lepas saya ada menulis entri berkaitan peluang bekerja sebagai penterjemah. So hari ini , jom kita sama-sama tengok apa syarat-syarat umum  menjadi  penterjemah ( translator ) pula.

Kredit : Google Images

Sebelum tu, suka saya nak ingatkan bahawa penterjemah ni ada 2 kategori iaitu penterjemah tetap dan penterjemah bebas. Yang nak kita fokuskan di sini adalah berkaitan penterjemah bebas sahaja ye.

Sebab ?

Sebab penterjemah bebas ni lebih ‘bebas’ … tak terikat dengan mana-mana pihak. Tak susah-susah nak bergegas ke office, lepas tu tersangkut dalam traffic jam ke apa. Semua kerja terjemahan buat dari rumah je, sambil-sambil buat donat atau sambil masak nasi Arab . Santai sangaatttt gitu 😀

Ok, terus ke topik kita .

Syarat-syarat Umum Menjadi Penterjemah Bebas

  • Mesti cekap atau menguasai lebih daripada satu bahasa, terutama Bahasa Inggeris.
  • Memiliki komputer dan talian internet. Boleh juga guna smartphone … Sekarang kan zaman android segala bagai.
  • Tahu ( kalau cekap lagi bagus ) menggunakan komputer.
  • Memiliki kemahiran asas ICT seperti menggunakan email untuk memudahkan komunikasi dengan pihak yang menawarkan kerja.
  • Bersedia bekerja bila-bila masa & di mana jua. Whoops … jangan panik ! Maksud saya anda mesti sedia bekerja bila-bila masa saja yang anda suka dan free. Contohnya waktu dinihari ke, hujung minggu ke … asalkan ikut deadline ‘bos’ anda. Juga sanggup bekerja time duduk-duduk kat laman , masa tengah menonton ulang siaran “ Maid Pun Nak Raya “ ke … hehehe 😀 Kat mana2 aje lah.
  • Rajin , sabar dan bercita-cita tinggi .. Kerja tetap atau kerja sambilan sekali pun, tetap perlukan ciri ni.
  • Komited & konsisten … ye lah kalau hangat-hangat tahi ayam, susahlah.
  • Ada RM 40 dalam poket … ( untuk bayaran pendaftaran daa ) Murah je ni kalau nak dibandingkan dengan penyedia direktori dari luar. Ia sebenarnya adalah jauh lebih rendah daripada platform lain yang mengenakan “service fee” bagi setiap kerja yang anda selesaikan. Anda dengan mudah dapat pulang modal setelah anda mendapat projek translator yang pertama nanti.

Ok, itu je syarat-syarat umum untuk melayakkan anda menjadi seorang penterjemah bebas.

Sebelum terlupa, suka juga saya nak ingatkan yang RM 40 bayaran pendaftaran ni adalah harga promosi. Tak pasti pula sampai bila. Yang pasti, andai dah habis tempoh, bayarannya akan kembali ke harga tetap iaitu RM 80.

Jadi kalau ada angan-angan nak buat duit poket, daftarlah sekarang sebelum terlambat . Oh ya, boleh daftar percuma di laman rasmi kerja translator ni ye untuk survey dan lihat-lihat sesuai ke tak kerja ni dengan anda.

Terima kasih sudi baca.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

13 Comments on "Syarat-syarat Umum Menjadi Penterjemah Bebas"

  1. penterjemah bebas jangan pula terjemah ‘bebas’ dan ikut suka hati sahaja
    mesti juga tepati isi kandungan

  2. Terbaik, informasi sangat bermanfaat

  3. sekurang-kurangnya boleh jadi sumber pendapatan.

  4. kena pandai terjemah ni, jangan google translate pulak

  5. Yang penting kemahiran, dan minat. Yang sukar jadi mudah. Semangat kena kental. Komitmen tu no 1

  6. banyaknya cara nak cari wang poket skrg ni, antara nak dgn tak aje kan kak

  7. Bagusnya info.. boleh la saya suggestkan pada kawan2 yg nak cari duit lebih n ada kemahiran ni.

  8. dah semakin popular pula kerjaya ni di Malaysia

  9. Jadi penterjemah bebas ni boleh buat kerja untuk macam-macam klien dalam satu masa, kalau kerja penterjemah tetap, kena kerja dengan bos yang sama je la kan.

    … dan yang tak bestnya, kalau jadi penterjemah tetap, kita tak boleh pilih sangat tugasan tu

    Apa yang bos bagi, tu la yang kita kena buat

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me