Soal rezeki adalah hak Allah.

Sebaik-baik perancangan manusia, hebat lagi perancangan Allah SWT. Begitulah juga soal rezeki. Andai sudah tertulis bukan untuk kita, usaha lah sehabis daya sekali pun tetap tak akan memihak kepada kita.

Kisah rezeki tak lekat ni berlaku pada saya lebih kurang seminggu lepas.

Seperti yang saya pernah kongsikan dalam entri lepas, saya telah mendaftar di Advertorial.My pada 23 Julai lalu sebagai langkah untuk melihat sejauh mana blog saya ini berpotensi menjadi mesin duit. Kalau ada yang nak tahu apa cerita sepenuhnya, bolehlah baca ceritanya di sini.

Mungkin satu kebetulan, 2 hari selepas saya mendaftar dengan platform pengiklanan dan kerja sambilan terkenal ni, saya menerima satu email pemberitahuan daripada Advertorial.My mengatakan bahawa ada pihak yang berminat untuk mendapatkan khidmat penulisan review daripada saya. Agak mengejutkan dan mengujakan saya kerana hanya selepas 2 hari mendaftar dengan mereka , saya sudah pun mendapat ‘ kerja ‘.

 photo e16fd0d7-25f8-4390-8f57-843ae9989205_zpsbixankyf.png

Namun,sebaik membuka email tersebut dan melihat kepada butiran di dalamnya, hati saya kuat mengatakan bahawa pelanggan ini mungkin sekadar mahu mempermainkan atau nak menguji saya sahaja.

Sungguh pun demikian, saya menghubunginya dan bertanya dengan baik tentang kehendak sebenar beliau sama ada mahu saya menulis tajuk yang diberikan untuk kegunaan blog beliau sendiri atau untuk tujuan pemasaran produk yang mungkin diwakilinya. Dan seperti yang saya jangkakan, tiada sebarang email balasan atau respon sehingga ke hari ini.

Nak dijadikan cerita lagi, pada 29 Julai iaitu 4 hari selepas job pertama, saya terima satu lagi makluman daripada Advertorial.My mengatakan ada client baru yang berminat dengan kerja-kerja saya.

 photo f417269e-94e3-4b9f-b738-2880b0852e75_zpstug6exst.jpg

Kali ini, permintaan datang daripada seorang pemilik kedai online yang saya kira agak popular. Servis yang diminta bukannya penulisan review, sebaliknya sewaan ruang iklan untuk tempoh 5 bulan. Selepas berbalas-balas email tentang syarat, harga dan item yang diperlukan untuk memudahkan kerja-kerja saya, tiba-tiba pada email terakhir, beliau nyatakan bahawa beliau tidak mempunyai coding-coding atau script untuk banner yang mahu diletakkan di blog saya.

Saya tidak melenting walaupun ada juga rasa sedikit geram ( bohong lah pula kalau kata tak ada apa2 rasa langsung kan … ) , kerana saya sudah menjangkakan perkara-perkara sebegini boleh berlaku pada bila-bila masa. Saya sudah lama berada di dunia online jadi saya tahu permainan dan rencahnya.

Cuma yang membuatkan saya sedikit ralat, adalah kerana saya sudah pun maklumkan daripada awal-awal lagi bahawa coding banner diperlukan kerana saya tidak mampu menyediakan servis merekabentuk banner buat masa ini. Perasaan ralat itu juga bertambah apabila tidak ada sepatah pun permohonan maaf dinyatakan beliau. Lupa agaknya, yang kita ini orang Melayu yang kaya dengan sopan santun dan budi bahasa 😐 Kalau tiba-tiba berubah fikiran sekali pun, at least hantarlah email makluman atau mohon maaf ke … Saya pun faham dan insyaallah boleh menerimanya.

Apa pun, saya redha. Soal rezeki adalah hak Allah. Saya anggap ini adalah ujian kecil daripada Nya. Mungkin ada perlakuan atau perbuatan saya sendiri yang tidak kena menyebabkan rezeki menjauh.

Namun dari satu segi yang lain, saya melihatnya dari sisi yang positif. Walaupun urus niaga tu tak menjadi, namun sekurang-kurangnya ia memberi petunjuk kepada saya bahawa di Advertorial.My , blog saya ada peluang besar untuk dilihat oleh para pengiklan. Saya percaya, dengan izin Allah insyaallah akan muncul peluang atau job baru nanti buat saya.

Allah itu Maha Adil dan Maha Pemurah. Satu peluang ditarik dan diganti dengan yang lain yang mungkin jauh lebih baik untuk perjalanan blog saya.

Beberapa hari selepas pembatalan tersebut, pada 30 Julai saya berjaya membuat 3 jualan sekaligus untuk Panduan Putu Bambu , satu sale dengan laman affiliate KlikJer.Com pada 2 Ogos, dan bayaran komisen untuk sales seterusnya bagi Bisnes Air. Jumlah komisen yang diterima adalah sebanyak RM125.90. Mungkin kecil saja jumlahnya bagi rakan blogger yang blognya dah femes amos, tapi bagi blogger kerdil macam saya, ia cukup besar. Alhamdulillah 🙂

Kepada rakan blogger yang mungkin pernah mengalami kejadian yang sama, bersabar dan pandanglah ia dari sudut yang positif. Anggaplah Allah tarik sesuatu mungkin kerana nak berikan kita perkara yang lebih baik.

Kepada rakan blogger yang masih ragu-ragu, usah ambil masa yang terlalu lama untuk daftarkan blog anda. Insyaallah, saya percaya keputusan yang diambil adalah sangat berbaloi.

Oh ya, lagi satu ye .. ingatlah soal rezeki adalah hak Allah. Jadi jangan sesekali bersangka buruk dengan Allah andai belum ada rezeki untuk apa-apa saja yang sedang anda usahakan. Mungkin DIA ada perancangan yang lebih baik untuk kita.

Sekadar sharing ingat mengingatkan sesama kita.

Terima kasih sudi baca. Daa ..

10 Comments

  1. rezeki ada di mana-mana
    tak dapat di kiri, kita akan dapat dari kanan
    insyaallah

    saya sendiri hari ni dapat rezeki dari belakang rumah

    1. Author

      Setuju sangat cikgu. Dari langit dari perut bumi … rezeki ada di mana2

  2. tak sangka macam tu pun ada..saya boleh bagi pandangan untuk sis belajar buat coding iklan..mana tahu dah pandai boleh servis tu pula

    1. Author

      Itulah dia kan.. memang bagus kalau belajar bab-bab ni. T.kasih atas cadangan

    1. Author

      Apa2 sekali pun … hanya akan berlaku dengan izin Allah

Leave a Reply to Khairul Zamri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *