Tudung kanak-kanak
SENARAI HARGA DOMAIN DI MALAYSIA – Kongsi Macam2 Cerita

SENARAI HARGA DOMAIN DI MALAYSIA

Semasa blogwalking, saya perhatikan semakin ramai kaum wanita daripada pelbagai peringkat umur  termasuk yang berpangkat nenek terjun ke dalam bidang penulisan blog. Dengan pelbagai sebab yang tersendiri, fenomena ini bagi saya satu perkara yang sihat.  Daripada duduk bertenggek di anak tangga rumah jiran menunggu orang lalu untuk diumpat ( heheh … jangan marah arr. Ada lagi tak scenario begini pada zaman moden seperti sekarang ? ), maka adalah lebih baik menulis blog. Kalau pun bukan untuk keuntungan, sekurang-kurangnya ia boleh menjadi hobi atau terapi kepada diri sendiri.

Dalam hal blogging memblogging ni, ramai yang memilih domain percuma berasaskan platform Blogger ( Blogspot ) berbanding domain berbayar. Ia bukanlah satu kesalahan dan terpulang kepada kemampuan atau target jangka panjang masing-masing.

Alamat atau URL ( Uniform Resource Locator ) domain percuma biasanya diakhiri dengan .blogspot.com. Sebagai contohnya  mamavouge.blogspot.com, manakala bagi domain berbayar, URL nya akan diakhiri dengan .com, .net, .my dan sebagainya. Contohnya mamavouge.com.my.  Sekadar memberikan satu contoh. Ok, nampak tak perbezaannya ? Kalau tak nampak, nampak gayanya kenalah tanya SY dan KE … hehehe 😀

Kepada rakan blogger wanita terutama yang baru saja berjinak-jinak dalam dunia blogging, menjadi hak masing-masing untuk memilih sama ada domain percuma atau berbayar. Cuma jika anda benar-benar mahu pergi lebih jauh dengan blog anda, nasihat saya pilihlah domain berbayar.

Secara ringkasnya, domain berbayar dapat mencipta kredibiliti kepada yang empunya blog terutama jika blog itu dijadikan sebagai medium bagi menjana pendapatan. Blog dengan domain berbayar memberi gambaran kekukuhan dan kebolehpercayaan yang tinggi kepada pelanggan. Ruangan untuk menyimpan semua memori atau maklumat dalam blog juga boleh ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan anda sendiri. Hal ini tidak dapat dilakukan jika anda memilih domain percuma.

Jika anda rajin melakukan blogwalking, anda boleh melihat sendiri terdapat banyak blog hebat yang asalnya bermula dengan domain percuma tapi telah beralih kepada domain berbayar. Agaknya kenapa ? Cuba anda fikir-fikirkan …

Domain berbayar  mana satu yang hendak dipilih. Adakah .com, .net. atau . . Semuanya terpulang kepada anda.

Bagi membantu memudahkan anda untuk membuat keputusan, jom lihat senarai harga domain di Malaysia yang terdapat di SempoiHosting. Pilih saja mana-mana satu yang anda suka, mengikut budget anda.

 photo 3b9a704c-084b-4970-9dd8-86d2b462600c_zpsda6abf45.png

Senarai harga domain oleh SempoiHosting.com

Haa, banyak betul pilihannya kan ?

Senarai harga domain di Malaysia yang saya kongsikan di atas adalah senarai harga yang disediakan oleh pihak  SempoiHosting. Mohon maaf saya tidak pasti pula sama ada harga domain ini sama di pihak hosting yang lain atau sebaliknya.

Saya sendiri sudah menjadi pelanggan SempoiHosting sejak mula berblogging secara serius pada pertengahan September 2009. Sehingga sekarang, saya berpuas hati kerana memilih mereka.

Seperkara yang perlu dipertimbangkan ketika mendaftarkan domain dengan mana-mana syarikat pelayan server adalah after sales services yang mereka tawarkan. Ini sangat penting terutama jika kita berhadapan dengan masalah bandwidth limit, disk space yang sudah penuh, digodam oleh hackers, malah dalam hal-hal yang sekecil-kecilnya seperti terlupa password, gagal login ke cPanel dan sebagainya. Apabila hal-hal sebegini berlaku, tidak dapat tidak kita perlu menghubungi mereka untuk backup atau bantuan.

Sehingga kini, khidmat pihak SempoiHosting sangat cekap dan memuaskan hati saya dan itu menjadi penyebab utama mengapa saya kekal bersama mereka. Bukan mengampu tapi itu kebenarannya 🙂

Ok, senarai harga domain di Malaysia sudah pun di depan mata. Bolehlah anda buat keputusan sekarang. Jika masih was-was, anda boleh layari sendiri laman SempoiHosting untuk melihat dengan lebih jelas.

Seperkara lagi, sebelum saya menamatkan entri yang sekali baca macam skema je ni .. saya ingin berpesan kepada anda, pemilihan nama domain juga berupaya mempengaruhi jumlah pelawat untuk melayari blog anda. Kebiasaannya, dalam jangka panjang pelawat boleh bertukar menjadi pelanggan. Jadi dengan merujuk kepada senarai harga domain di Malaysia, pilihlah satu domain yang sesuai  untuk blog anda.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

19 Comments on "SENARAI HARGA DOMAIN DI MALAYSIA"

  1. Hehe, nenek pun dah canggih sekarang nih, tulis blog. 😀

    • Memang betul pun. Setakat ni saya dah jumpa 3 blogger dari golongan nenek..mereka tak kurang hebatnya. Penulisan mereka matang … zaman milenium,apa nak dihairankan ye tak 🙂

  2. dapatkan nama domain yang pendek dan senang ingat boleh menaikkan jenama blog anda

  3. domain .com.my mahal juga.

  4. zaman sekarang semua celik IT kan kak, serba serbi canggih 😉

  5. Eh..,domain .com bukanya RM35.

  6. siapa pun boleh punya blog sekarang
    bahkan boleh diwarisi kepada anak cucu

  7. Tak mahal pun harga domain, kecuali yang dibelakangnya adalah .my..

  8. MJ pun dok berkira2 nak bertukar ke domain berbayar ha, tp belum bertukar lg

    TQ sharing Sis ;D

  9. harga domain dalam linkungan RM30-RM45 setahun, tiada alasan kalau nak kata mahal kan 🙂

  10. yup..sy suka domain berbayar lagi..sebab macam2 boleh buat..hehe..macam ada pengalaman aje tgu jiran lalu atas tangga..haha

  11. pilih domain yang senang hendak diingati. ^_^ terima kasih dengan info nih.

  12. Rupanya .my lebih mahal dr .com.my..
    Apa bezanya ya?

  13. makin mahal dah tahun ni

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me