SEMINAR 7 HARI PELABURAN HARTANAH

Salam buat semua pembaca dan rakan blogger yang sering mengunjungi blog ini,

Di ruang yang sempit dan masa yang terhad ni, saya ingin berkongsi tentang satu peluang  keemasan yang baru saja tadi dapat tau iaitu peluang bagi mereka yang minat dengan investment untuk menimba sebanyak mungkin ilmu berkaitan pelaburan hartanah.

Difahamkan bahawa pada 23 – 30 Jun depan , akan berlangsung satu seminar pelaburan hartanah yang dijadualkan akan diadakan di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya bermula jam 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang.

Satu-satu nya program komprehensif lagi  intensif seminar 7 hari ilmu Pelaburan Hartanah yang dikendalikan oleh Saufi Karim, Pakar Pelaburan Hartanah Tanpa Modal (PHTM) dan juga Faizul Rahim, penulis buku terkenal “WTF? – 23 Properties by 30” ini pastinya akan membuka mata dan minda kalian betapa pelaburan hartanah merupakan pelaburan yang tidak pernah tidak menguntungkan.

Di seminar ni anda akan berpeluang mempelajari bagaimana caranya  anda boleh membeli hartanah pada harga 10%-30% di bawah harga pasaran (market value).

Saya memang kurang arif bab pelaburan hartanah ni, tapi difahamkan bahawa terdapat kaedah di mana anda mampu beli hartanah tanpa modal atau menggunakan modal yang sangat sedikit. Bagaimana caranya, kenalah hadiri dulu seminar ni sendiri.

Ok lah, untuk menghadiri seminar 2 hari secara langsung bersama 2 tokoh ini, manakala 5 hari berbaki sepenuhnya secara online, kalian boleh lah daftar dahulu di sini. Kemudian pandai2 la kalian adjust untuk mengayat bos kalian agar diberi pelepasan. Yang penting daftar dulu sebab difahamkan juga bahawa tempat adalah terhad. Nak daftar, kalian bolehlah klik  pada banner di bawah.

Siapa cepat dia dapat. Peluang yang jarang2 sekali datang, perlu direbut dengan segera. Justeru, peluang yang datang dalam keadaan kita tidak bersedia itulah, yang mungkin akan menjadi titik mula kepada kejayaan yang tak dijangka. Ceeewahhh 😛  Macam skema je ayat hihi.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me