SEKALI LAGI

By | June 12, 2013

Mimpi ngeri berulang lagi . Sekali lagi  Symlink hackers menyerang buat kali ke dua dalam tempoh seminggu. Seperti kali pertama, semalam post terkini  berkenaan hasil dari berblogging yang diterbitkan bertahan hanya seketika sebelum terpaksa ‘dihilangkan’ dari paparan. Post yang ini pun belum tentu lagi selamat. Penatnya terasa Ya Allah ….. 😐

“ {+ ADw-/title+AD4APA-HTML+AD4+ADw-HEAD+AD4+ADw-TITLE+AD4-Hacked BY Hayal-El-06 … “

Lebih kurang begitulah coding2 yang muncul melalui komen yang dihantar ke kotak email, disusuli dengan paparan pada blog pula.

Saya ‘google’ ke merata ceruk dunia maya melihat apakah puncanya blog digodam begitu. Banyak punca diberikan antaranya wujud ruang2 yang lemah dalam sistem blog menyebabkan timbul ‘lubang 2’ atau bugs yang mempercepatkan serangan.

Selain itu dikatakan bahawa pemilihan password yang lemah juga turut menyumbang ke arah itu. Entahlah, password yang saya pilih  rasanya sudah  sangat cukup panjang dan strength indicator nya juga cukup bagus  dan jauh sekali daripada mempunyai kaitan dengan identiti diri seperti nama, tempat lahir ,ahli keluarga dan sebagainya.

Tapi terkena juga.

Terdapat satu saranan agar kita menukar password atau kata laluan setiap seminggu sekali. Adakah itu wajar ?

Apa pendapat rakan blogger di luar sana ?

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

8 thoughts on “SEKALI LAGI

  1. ajumohit

    saya risau betul terkena serangan virus ni, saya pun tak pasti cadangan utk tukar password tu berkesan atau tak

    Reply
  2. Hairul Hissam

    rasa kurang wajar sebab lama juga saya tak tukar password..
    saya rasa hosting yg bagus juga dpt mengelakkan blog digodam..

    Reply
    1. SisHaza Post author

      betul tu, saya contact mereka, dan mereka akui puncanya pd server. Dah hampir 4 tahun dgn mereka, sebelum ni reputasinya baik je

      Reply
  3. TehR

    tukar kata laluan seminggu sekali?
    wah, memang dah parah tu

    tapi kalau terpaksa, apa salahnya
    ia lebih baik berbanding dengan akibat yang terjadi

    Reply
  4. Hafizul

    menukar password wajar lah seminggu sekali..tapi tak tahan alik kita lah..hehe..emm kasi letak password yang panjang lah..campur segala aksara..haha..Harap ni kali yang terakhir hacker melawat blog akak..hehe

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Hope so… kena buat satu buku khas utk password list laa kot. Actually, mcm tak relevan lah kan

      Reply
  5. Pingback: KOMISYEN KE-2 RAHSIA TAUFUFAH DAN REZEKI ANAK YATIM - Kongsi Macam2 Cerita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me