REZEKI PANDUAN SOYA DAN TAU FU FAH

By | June 13, 2013

** Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang **

Alhamdulillah

Pagi Selasa, tepat jam 5 pagi saya bangun. Panaskan air dan masak nasi, rutin setiap hari bekerja. Ada anak2 comel yang perlu diberi makan agar mereka tak kebuluran sementara saya ke tempat kerja . Miauuu ….. 😛

Sempat juga saya semak account Nuff. Ada 1 CPUV baru singgah. Yang pertama dulu, hanya 2 minggu running. Harap2 yang ini akan kekal bertahan lebih lama. Apapun, syukur !

Kemudian email pula dibuka. Terdapat satu email yang cukup untuk menceriakan hari saya buat beberapa ketika. Macam dapat berjuta-juta ye nak kepoh2 bercerita dalam blog 🙂 Sedikit sahaja jika nak dibandingkan dengan super blogger yang earningnya ribu-riban sebulan.

Salam sejahtera, Dja

Anda telah berjaya menerima komisyen yang telah di
sahkan (VERIFIED) untuk usaha promosi yang anda
jalankan bagi produk kami seperti berikut:

=========================================
Butiran Produk Terlibat
=========================================

Promosi: Pakej Lengkap Rahsia Taufufah
URL Jualan: http://www.rahsiataufufah.com
Nama Produk & Harga Jualan: Video Ebook Taufufah + Air Soya
Jumlah Komisyen: 20
Status Komisyen: DISAHKAN (VERIFIED)

Rezeki panduan soya dan taufufah untuk anak2 hehe

Bukan sesekali niat untuk menunjuk-nunjuk. Siapalah saya .. Sekadar pembakar semangat untuk pemula seperti saya. Inilah juga bukti bahawa memang benar boleh buat duit dengan blog, jika kena caranya.

Moga2 panduan soya dan taufufah  beri manfaat sepenuhnya kepada yang telah membeli melalui pautan di blog ini.

Mungkin kalian tertanya-tanya apa yang istimewa sangat dengan panduan ini ? Bagus sangat ke ? Sejauh mana panduan yang diberi berkesan  dalam menghasilkan variasi taufufah perisa keladi, jagung dan sebagainya ? Boleh ke panduan sebegini rupa membantu menjana pendapatan yang lumayan secara mudah ?

Semua jawapannya ada di sini. Datanglah ke sini bila2 masa sahaja ye untuk membacanya. Sudi-sudikan…

p/s : Lebih kurang 3 minggu lagi, Ramadhan akan bertandang. Di samping mempertingkatkan kualiti amal ibadat, mungkinkah ini masanya untuk mencuba  bisnes soya dan taufufah ? Siapa tahu, rezeki anak isteri anda di sini …

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

5 thoughts on “REZEKI PANDUAN SOYA DAN TAU FU FAH

  1. Hafizul

    Lahhh ingtkan anak kandung..rupanya miauuu yer..untung ada tuan yang rajin mcm ni..hehe..tahnaih sebab berjaya jana pendapatan online..jeles i..hehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me