Rezeki Masing-Masing

By | September 18, 2015

Rezeki masing-masing cerita kali ini.

Bermula esok anak-anak sekolah termasuk juga cikgu sekolah 😀 akan mula bercuti. Cuti selama hampir 9 hari ini pasti dipenuhi dengan pelbagai rancangan sama ada balik kampung beraya , menghadiri majlis kenduri kahwin atau pun makan-makan angin dalam atau pun luar negara.

Bagi yang mampu tentu lah mahu menggunakan kesempatan ni untuk membawa keluarga makan angin ke luar negara. Contohnya macam rakan-rakan blogger yang ngetop dan masyukkk, bukan tak ada yang pergi melancong ke luar negara. Tapi bagi yang tak ngetop dan tak masyukkk malah asyik ‘keluar’ ja macam saya ni hanya mampu makan angin kat Wang Kelian ajelah kot 🙂

Tak mengapalah , dah rezeki masing-masing pun kan.

Bercuti dalam negara pun bukannya tak bagus. Ada banyak tempat menarik, malah tempat penginapan yang selesa lagi murah pun ada berlambak sekarang ni.

Ok, bercakap pasal rezeki masing-masing ni teringat saya akan kawan-kawan lama yang saya temui kembali setelah seorang kawan add saya dalam group WhatsApp bekas pelajar sekolah saya dulu. Bayang kan lah ye, dah berbelas tahun tak jumpa, macam-macam lah cerita nak dikongsikan bersama.

Sampai beratus-ratus post masuk dalam masa yang singkat . Rasa tension pula dibuatnya nak membaca dan memadam kesemuanya tu. Saya pula jenis yang suka jadi tukang baca saja dan hanya akan respon bila benar-benar perlu saja . Bukanlah saya ni anti sosial atau sombong tapi saya ada banyak kerja nak dibuat, jadi tak ada masa nak merapu merepek entah apa-apa cerita.

Satu yang menarik daripada inti pati perbualan dalam group tu adalah kerjaya masing-masing. Selepas bertahun,  ramai yang jadi cikgu macam saya. Biasalah, tak ada apa yang menarik sangat pun tentang itu.

Tapi ada juga yang dah jadi lecturer, doktor pakar kanak-kanak, usahawan produk IKS, pembekal beras ke luar negara yang memanjang bila post apa-apa mesti al kisahnya ada kat airport nak ke Manila, Bangkok dan sebagainya. Si dia ni siap jadi penaja utama untuk majlis reunion kami. Hebat kan … Seorang lagi pula sudah ada jenama ice cream sendiri kat Penang. Hmm memang hebat kawan-kawan saya.

Memang terkejut lah saya. Terkejut bercampur baur dengan rasa kagum. Ye lah, kalau diimbas dahulunya, itulah orangnya yang paling lembab dalam kelas, yang paling tak makan saman , yang paling nampak macam tak ada masa depan. Macama-macam yang lagi lah …

Tapi …

Itu lah yang dikatakan rezeki masing-masing.

Mungkin selepas sekolah, ada yang berubah, lebih matang dan diberikan kesedaran. Mungkin ada yang ulang ambil SPM, ada yang sambung belajar sendiri-sendiri , ada yang bernasib baik bertemu dengan peluang ke arah kejayaan. Semuanya mungkin.

Memang semuanya sudah ditentukan, tapi jangan lupa Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka berusaha sendiri untuk mengubahnya.Tak kira dalam bidang apa sekali pun insyaallah ada rezeki masing-masing.

Seperti nya juga dunia blogging yang menjadi pilihan saya untuk cuba menambah rezeki keluarga . Yang saya pilih untuk lakukan secara sampingan sahaja. Ada masa ada pendapatan yang masuk. Ada masanya tidak. Ada ketika sedikit sahaja, ada ketikanya serentak dan banyak. Sedikit atau banyak , Alhamdulillah !

Yang penting ada kemahuan untuk mencari kerja sampingan yang sesuai . Juga sikap tidak mudah putus asa.

Ramai sudah blogger sambilan yang saya kenali, melakukan kerja sambilan menulis, memperoleh hasil yang tak kurang lumayan setiap bulan. Mereka berjaya menjana komisyen daripada penulisan review pelbagai produk digital dan fizikal yang ada di pasaran. Memang seronok dan memberikan inspirasi apabila membaca cerita kejayaan mereka.

Mungkin ada segelintir adik-adik atau makcik-makcik macam saya ( haha sedar  pun dah tua ye 😀  ) di luar sana yang minat menulis. Kalaulah ada keinginan begitu, cubalah saja. Bukan ada had umur pun. Yang penting kemahuan untuk mencuba dulu

Tulis lah apa saja. Mungkin cerita tentang gubahan bunga kalau itu kecenderungan anda. Tulis tentang tips memasak kalau anda memang suka dan pandai memasak. Pokoknya tulis apa saja yang dikira boleh memberi manfaat kepada yang membacanya. Daripada suka-suka, insyaallah nanti ada lah hasilnya tu.

Apa rezeki ada dalam dunia blogging sahaja kah ?

Tak, saya hanya sekadar memberikan contoh. Usaha untuk mencari rezeki tak pernah terbatas. Rezeki di bumi Allah ni banyak, ada di mana-mana. Cuma kena pastikan cara dan sumbernya tak menyalahi hukum agama dan undang-undang negara .

Semua sedia maklumkan, apa yang anak-anak kita makan akan menjadi darah daging. Salah satu perkara yang perlu dititikberatkan untuk melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah.

Ok, cukup -cukup sudah bebelan kali ini. Asalnya nak berkongsi cerita tentang peluang buat kerja sambilan, tapi dah terbabas jadi cerita caca merba pula.

Maaf la yer ..

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

6 thoughts on “Rezeki Masing-Masing

  1. Tehr

    pentingnya kita sedar ada rezeki masing-masing
    tak usah nak dengki bagai

    lebih penting kita tahu cara nak belanjakan rezeki ke arah yang memberi faedah yang berpanjangan

    Reply
  2. ajumohit

    aah rezeki masing2 kan kak, rezeki bukan shj dlm bentuk wang ringgit tp juga kesihatan, keluarga yang bahagia dan sbgnya. Cuti sekolah ni akak kemana?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me