Tudung kanak-kanak
REZEKI DUNIA BLOGGING – Kongsi Macam2 Cerita

REZEKI DUNIA BLOGGING

 

 photo 2962cac5-40e3-4864-8b6a-9aece7cca784_zpsdd70fce6.jpg

Cerita beberapa minggu lepas.

Alhamdulillah cek daripada Nuffnang tiba sebaik habis cuti raya. Terpaksa  gunakan alamat tempat kerja justeru alamat rumah sendiri kurang selamat. Selalu sangat surat-surat penting tak tiba ke destinasinya. Terkadang dikhianati tangan-tangan tak bertanggungjawab. Susah jadinya kalau surat -surat tu surat-surat penting dan perlukan tindakan segera 😐

Bayaran daripada Nuffnang ni adalah sebahagian daripada rezeki dunia blogging. Beberapa hari sebelumnya STAR CREATIVES ada membayar  saya RM 60 sebagai komisyen hasil mempromosikan produk mereka. Alhamdulillah, rezeki dunia blogging.

Paparan cek di sini bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk. Demi Allah tidak , tak ada secebis niat pun.  Sekadar untuk diabadikan sebagai kenangan untuk tatapan anak-anak dan Mr Hubby  andai  satu ketika saya tiada lagi di sini.

Apalah sangat jumlahnya. Bukan blog terkenal pun. Kewujudannya pun orang tak tahu, tapi syukurlah usaha menulis sambil-sambilan ini ada juga hasilnya . Andai dilakukan secara lebih serius dan konsisten, agaknya hasilnya mungkin lebih lagi. Agaknye lah 😀

Banyak cara sebenarnya mencari side income melalui penulisan blog. Selain memasang iklan Nuffnang atau pihak-pihak pengiklan yang lain, mempromosikan produk affiliate juga boleh mendatangkan hasil lumayan jika kena caranya.

Baru-baru ini, muncul satu lagi sumber yang sangat sesuai untuk dicuba oleh para blogger. Newbies pun layak menyertainya.

Kalau anda berminat untuk menjana pendapatan melalui penulisan review atau iklan, khabarnya laman kat atas  ni akan cuba membantu mendapatkan pengiklan yang sesuai dengan blog anda. Syaratnya anda mestilah mendaftarkan blog anda terlebih dahulu dengan mereka supaya mereka dapat memahami apa niche blog anda dan pengiklan dari kategori manakah yang sesuai untuk direkomenkan dengan anda.

Saya sudah sign up dengan mereka dan sekarang ni tengah merangka-rangka cara yang sesuai untuk memanfaatkan peluang yang ditawarkan.

Jomlah sama-sama kita cuba . Mana tahu kalau-kalau ada rezeki kita kat situ ..

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

12 Comments on "REZEKI DUNIA BLOGGING"

  1. syukur alhamdulillah
    rezeki allah

    asal ada usaha, pasti ada hasilnya

  2. salam perkenalan..
    rezeki ada dimana mana..asal rajin berusaha..dapatlah hasilnya..

  3. Alhamdulillah..memang seronok bila dapat duit hasil blog ni..hehe

  4. alhamdulillah…syabas tuan.harap saya juga akan dapat juga nnt…inshaaAllah…

  5. Sangat menarik sekali kalau blogging bisa buat cari duit juga. kalau saya saat ini konsentrasi dengan blog usaha agar bisa membantu promosi usaha saya, nanti akan saya coba juga buat blog khusus dan memasang advertiser seperti anda
    Salam dari Indonesia

  6. alhamdulillah tahniah kak, seronok dan bersemangat rasanya 😉

  7. Alhamdulillah, semoga berkah.

  8. Alhamdulillah.. bagus info ni. Saya selama ni tak berapa mahir pasal blogging, sharing yang dibuat pun tak mendapatkan hasil sangat 🙂

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me