REZEKI AWAL OKTOBER

By | October 3, 2013

printscreen cimb

Alhamdulillah, rezeki awal Oktober.  Walaupun ciput hanya RM20 saja, namun tetap bermakna apatah lagi ini adalah hasil dari aktiviti blogging.

Eh, hari tu cakap tak nak riuh-riuh takut jatuh riak. Kenapa pula cerita dalam blog ? Betul tu, saya ingat lagi. Mencoret di sini sekadar membuktikan bahawa jika rajin berusaha blog kita boleh dijadikan sumber sampingan.  Mungkin jauh sekali daripada nak kaya, tapi setakat  nak buat belanja anak-anak makan di McD 2 kali sebulan tu  tanpa usik duit gaji boleh aje. Orang kata daripada cempedak, baiklah nangka daripada tidak baiklah ada. Lainlah ceritanya dengan Mamat Cendol atau  Cikgu Laili tu… mereka special case huhuhu.

Komisyen ke-5, dari Pakej Panduan Air Soya & Taufufah. Alhamdulillah dan terima kasih banyak-banyak kepada pembeli yang membeli melalui link saya. Diharapkan mereka berjaya buat taufufah dan air soya yang lembut dan sedap. Bolehlah kirim ke sini sikit 🙂 Jika mereka membeli panduan tersebut untuk memulakan perniagaan, percayalah pilihan itu tepat dan diharapkan mereka akan sukses.

Berniaga air soya, taufufah atau putu buluh dan  bekerja dari rumah pada zaman serba-serbi mahal dan terus naik, naik dan naik harga lagi merupakan satu langkah bijak  memandangkan keadaan ekonomi yang kian meningkat serta bertambahnya persaingan dalam merebut peluang pekerjaan.

Jana Wang Di Rumah – Khas Untuk Wanita!

Zaman sekarang ramai cerdik pandai lulusan tinggi di luar sana. Ditambah pula dengan kebanjiran tenaga kerja asing, maka peluang menjadi lebih terhad. Bukan masanya untuk memilih kerja. Jika tak mampu mendapatkan kerja yang setaraf dengan kelulusan, mungkin bekerja sambilan dari rumah adalah pilihan yang patut dicuba. Tak tahu di mana hendak bermula, anda boleh dapatkan panduannya dari sini.

Alhamdulillah, selain daripada hasil promosi Rahsia Taufufah, merasa juga bayaran daripada Panduan Putu Buluh. Juga sedikit hasil daripada penulisan review beberapa bulan lepas.

Mudah-mudahan Allah permudahkan rezeki kita semua, diberi kesihatan yang baik dan diberi ketabahan dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. Jangan lupa ucapkan Alhamdulillah.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

8 thoughts on “REZEKI AWAL OKTOBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me